Game Connect menawarkan pencarian senang serta pembelian tambah nilai dan baucer gaming yang mudah untuk 63 jenama game dan kedai game antarabangsa yang ternama
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2022 – Boost, syarikat fintech milik Axiata, Berjaya melancarkan “Game Connect”, solusi kedai sehenti untuk komuniti gamer Malaysia melalui anak syarikat, Boost Connect (dahulu dikenali sebagai Apigate), pelantar pembayaran rentas sempadan serantau dan pertumbuhan pelanggan. Kedai online tersebut dibangunkan untuk Boost Life, pelantar eDompet pengguna dan pembayaran gaya hidup digital.
“Game Connect” menawarkan solusi sehenti sepenuhnya untuk komuniti eSukan dan gaming di Malaysia untuk menemui dan membeli kredit serta baucer game dengan mudah. Dalam beberapa bulan yang akan datang, beberapa produk baharu berkaitan game akan dilancarkan.
Sebagai permulaan, Game Connect menawarkan 63 tajuk game terkenal, termasuk game mudah alih seperti Mobile Legends, Genshin Impact, PUBG dan Roblox. Selain itu, baucer untuk Playstation, Unipin, Razer, Google Play, Garena, Steam, Nintendo dan Amazon turut tersedia.
Mengulas tentang perkembangan ini, Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Di Malaysia, komuniti eSukan dan gaming aktif dan semakin berkembang. Dua tahun lalu, kajian pasaran menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 20 juta gamer di dalam negara, dan ternyata bilangan mereka semakin bertambah. Game Connect ialah salah satu usaha kami untuk menawarkan komuniti gamer solusi sehenti dan akses mudah untuk semua keperluan gaming mereka di satu lokasi.”
Raja Mansukhani, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect berkata, “Kami gembira dengan pelancaran ini, Game Connect menawarkan Boost Life peluang meningkatkan tawaran nilai produk bagi memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mudah, selain memenuhi permintaan komuniti gamer yang kian meningkat. Ini merupakan solusi kedai online kedua kami di peringkat rantau, dan permintaan produk proaktif seperti ini semakin bertambah dalam kalangan pelanggan.”
Pengumuman ini menyusuli pelancaran kedai online terdahulu oleh Boost Connect, untuk syarikat gergasi telekomunikasi Kemboja, Smart, bagi menembusi pasaran baucer game di negara tersebut.
Game Connect boleh diakses secara langsung melalui app Boost atau laman sesawang di https://www.myboost.com.my/
Sementara itu, langganan pas game, peranti dan aksesori gaming, pas masuk ke kejohanan gaming, serta ciri ‘Pay Later’ untuk game dan peranti akan diperkenalkan sepanjang 2022. Bilangan penyedia perkhidmatan gaming dan rakan niaga akan turut bertambah pada masa akan datang.
0 Comments