Kempen Baharu KFC Cetus Kembali Perasaaan Cinta Rakyat Malaysia dengan Saat-saat Manis dengan KFC

(Tengah) Stephen Chew, Ketua Jenama KFC Malaysia dan Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia bergambar semasa pelancaran acara It's Finger Lickin' Good.

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2022 – Bukan sekadar ayam goreng, KFC sentiasa dekat di hati kita semua – daripada sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga peristiwa harian biasa – tersematnya memori KFC yang dikongsi kita bersama. Kita semua membesar menggemari ayam sedap hingga menjilat yang terkenal di dunia dan tidak pernah berhenti menyukainya. Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan KFC sudah berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak mengira muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, perkongsian cinta kita terhadap KFC mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama.

KFC unik dengan sejarah kaya. Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, jenama global terkemuka ini bermula dengan seorang lelaki yang mempunyai semangat tinggi. Kolonel Harland Sanders mula menjual ayam goreng di restoran tepi jalan di Kentucky semasa Zaman Meleset (Great Depression).

Resipi rahsia ini telah dicipta lebih daripada 75 tahun yang lalu menggunakan kaedah adunan tepung menggunakan tangan yang dipatenkan dan memasak ayam menggunakan periuk tekanan. Resipi rahsia ini mengandungi 11 herba dan rempah yang masih misteri sehingga kini.

Disebabkan inilah ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy popular sememangnya signature yang hanya boleh didapati di KFC yang disediakan segar di restoran dengan penuh ketekunan dan kawalan kualiti ketat.

Gambar》Ketua jenama KFC Malaysia, Stephen Chew memberi ucapan semasa pelancaran acara It's Finger Lickin' Good. Ianya Finger Lickin' Good - imej kempen Zinger Burger.

KFC berbesar hati menjadi sebahagian daripada fabrik sosial Malaysia selama hampir lima dekad dengan lebih 740 restoran di seluruh negara menghidangkan juadah KFC kepada rakyat Malaysia setiap hari. Sepanjang beroperasi, KFC Malaysia sebagai sebuah jenama telah mencapai pelbagai kejayaan dan sebaliknya lebih-lebih lagi dua tahun ini yang cukup mencabar disebabkan oleh pandemik yang tidak dijangka dan susulan kesan buruk ekonominya. 

Gambar》 Dasar Jaminan Rasa yang berkualiti membolehkan pelanggan menggantikan mana-mana ayam yang mereka rasa tidak memuaskan dari segi kualiti dalam apa jua cara. pelanggan hanya boleh mengimbas kod QR unik yang disediakan di kedai, mengisi dan menyerahkan borang gantian, dan membentangkan halaman 'terima kasih' di kaunter untuk mendapatkan pengganti.

Namun, KFC kekal memegang kukuh komitmen yang sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan dan pengalaman bermakna untuk semua, tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti supaya setiap lawatan anda tidak mengecewakan. Melalui siri prosedur keselamatan makanan yang ketat, KFC membawakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Pelanggan kami berhak untuk mendapat ayam goreng yang berkualiti tinggi sahaja untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari yang lengkap. Oleh itu, bermula hari ini, KFC telah melancarkan polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”. Polisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.

Gambar》Jimat Siang menyediakan kombo makan tengah hari yang lebih bernilai untuk wang, diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, antara 12 tengah hari – 2 petang dari serendah RM7.99.

Memberi anda lebih sebab untuk mencetuskan kembali rasa cinta terhadap KFC dan mengimbau semula saat berkumpul bersama rakan dan keluarga di restoran KFC untuk menjamu juadah sedap dan mengenyangkan, KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini. Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang dari harga serendah RM7.99. Ianya mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat **6 variasi kombo untuk dipilih:

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49), 
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60), 
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49), 
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49).

Jimat Siang boleh didapati pada hari Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang melalui khidmat Makan-di-restoran, Bawa Pulang, dan Pandu Lalu di *kebanyakan restoran KFC seluruh negara. 

Gambar》KFC Moments Asal kFC NFTs bekerjasama dengan 3 artis tempatan berbakat Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya seni NFT yang unik sebagai penghormatan kepada adunan resipi rahsia KFC yang terdiri daripada 11 herba dan rempah ratus.

Sementara itu, mencipta lebih cinta “tidak sepiawai (non-fungible)” untuk dimiliki peminat KFC, KFC Malaysia yang sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju teknologi dan invovasi merupakan peruncit makanan pertama yang menyertai pasaran rantain blok (blockchain). Diinspirasikan oleh rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC bekerjasama dengan artis berbakat tempatan Wilson Ng, Book of Lai, dan Arif Rafhan Othman untuk menghasilkan 11 karya NFT unik sebagai penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC. Peminat boleh mendapatkan 8 NFT KFC eksklusif – Original KFC Moments bermula 1 petang hari ini di OpenSea, pasaran NFT terbesar. Sementara 3 NFT lagi boleh dimenangi melalui pertandingan di media sosial Instagram KFC @kfcmalaysia

Saya percaya untuk kebanyakan rakyat Malaysia, KFC bermaksud ‘keraian’ dan ‘waktu makan yang menyeronokkan’. Ianya juga sebuah tempat untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga. Aroma istimewa daripada ayam goreng lazat terkenal di dunia ini sangat kasik dan membangkitkan perasaan riang dan gembira buat seluruh generasi. Disebabkan inilah kami melancarkan kempen “It’s Finger Lickin’ Good’ untuk mencetuskan kembali perasaan cinta yang juga dirasai oleh ibu, bapa, atuk dan nenek kita. Melalui kempen ini, kami merancang beberapa intiatif penglibatan pengguna yang membawakan nilai bertambahdan kepuasan pelanggan terjamin. Kami komited untuk berterusan menjadi relevan kepada rakyat Malaysia dan membawa kami nostalgia kepada jenama ayam goreng kegemaran negara,” kata Stephen Chew, Ketua Jenama KFC Malaysia semasa majlis pelancaran kempen di restoran KFC di Pusat Beli-Belah Pavilion hari ini. 

Pelakon Selebriti yang Baru naik ialah Sweet Qismina dan Adam Lee turut hadir sewaktu Pelancaran KFC. Ketika di Galeri Piazza@Starhill.

KFC Klaw for Chicken Claw Machine ditempatkan oleh KFC Bucket gergasi yang terletak di Galeri Piazza@Starhill.

KFC Klaw for Chicken Claw Machine ditempatkan oleh KFC Bucket gergasi yang terletak di Galeri Piazza@Starhill.

Majlis pelancaran ini juga memperkenalkan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi. Peminat KFC yang melawat Pizza@Starhill Gallery boleh main dan menang baucar KFC dan bantal Drummie, bermula hari ini sehingga 9 Jun 2022 pada tarikh dan waktu yang dijadualkan. Aktiviti menarik lain seperti gerai foto juga ada di sini, jadi jangan ketinggalan!

Akhir sekali, peminat KFC boleh melihat sendiri visual menghidupkan saat-saat manis KFC di papan iklan 3D terletak di KLCC Junction dan Pavilion ELITE.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://itsfingerlickingood.kfc.com.my/.

*Promosi ini tidak terdapat di restoran KFC yang terletak di Intermark Mall, Pavilion Shopping Centre, Avenue K Shopping Centre, 
Langkawi, Legoland, Delco, Genting & Airports.
**Produk dan harga mungkin berbeza mengikut lokasi.

###

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands):
QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga 
merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi 
restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi 
MS1500:2009. 

KFC Sweet Qismina #ItsFingerLickinGood #KempenKFCMalaysia #Pelancaran #Selebriti #SweetQismina #AdamLee #PavilionKL

Capture By: Samsung Galaxy S22+ Series Samsung #GalaxyS22Plus #Flagship #SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments