KUALA LUMPUR, Jun 27 2022 – Ahli gusti dan pelakon anak kelahiran Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka telah berjaya menembusi pasaran USA apabila muncul di kaca TV Hollywood menerusi rancangan gusti professional, “The Reality of Wrestling”.
Ayez Shaukat Fonseka muncul sebagai persona gustinya, “Shaukat” yang juga dikenali sebagai “The Nusantara Menace”. Beliau menewaskan ahli gusti veteran asal Texas, Jonathan Vega, dalam kemunculannya itu.
“Reality of Wrestling” adalah sebuah rancangan gusti professional yang dimiliki dan dikelolakan oleh ahli gusti professional lagenda, Booker T, yang juga merupakan ahli “Hall of Fame” 2 kali dalam syarikat gusti terbesar dunia, WWE (World Wrestling Entertainment).
Booker T berkenan setelah melihat perlawanan Shaukat di Malaysia pada tahun 2020, dan beliau percaya bahawa Shaukat mempunyai bakat dan pakej yang lengkap untuk tembusi pasaran antarabangsa. Menurut Booker T, Shaukat adalah seorang “karyawan yang istimewa” dalam bidang ini.
“The CW Television network” (atau lebih dikenali dengan nama The CW sahaja)
merupakan sebuah saluran televisyen Amerika yang dimiliki oleh syarikat media
besar antarabangsa iaitu CBS Entertainment Group, Paramount Global, dan Warner Bros.
Ketika di Amerika Syarikat, Shaukat juga telah dijemput oleh ahli gusti lagenda
Glenn “Kane” Jacobs yang juga merupakan datuk bandar Knoxville – serta Dr. Tom Prichard, iaitu jurulatih pada ahli gusti dan pelakon popular Dwayne “The Rock”Johnson, untuk berkongsi ilmu dan mengajar pelajar-pelajar di akademi mereka.
Ayez Shaukat Fonseka juga merupakan seorang pelakon dan pengarah di industry
tempatan, pernah memegang watak dalam filem-filem seperti Juvana 2, Juvana 3,
Apokalips X, The Spiral, Shadowplay, Gila Gusti, dan akan datang The Dark Eye.
Dalam kiriman status Facebook baru-baru ini, beliau kesal lebih di pandang di
negara luar, manakala di negara sendiri sendu dan sukar untuk tembusi pasaran
sebagai seorang pelakon. Beliau pernah ditolak oleh stesen TV dan penerbit kerana dikatakan tidak popular dan bukan seorang “selebriti”.
Namun begitu, Ayez tetap tidak akan putus asa untuk teruskan berkarya dan menempa nama.
0 Comments