Pelancaran Program PELARIS CHALLENGE Dan Program INFAQ WANITA MUDA SOLEQUE X PUTRA AMARIS

KUALA LUMPUR, 2022 - Soleque Cosmetics Malaysia dengan kerjasama Putra Amaris dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya mengadakan Pelancaran Program Pelaris Challenge dan Program Infaq Wanita Muda Soleque x Putra Amaris pada 3 Julai 2022 bertempat di Soleque Cosmetics, Menara Shaftsbury Putrajaya.

Program yang berlangsung pada 3 Julai 2022 sehingga 3 Ogos 2022 ini adalah merupakan cetusan idea daripada Soleque Cosmetics untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita muda dalam menambahkan pendapatan dan kewangan.

Program Pelaris Challenge yang dilancarkan pada hari ini merupakan program rintis dengan menggabungkan kerjasama antara Soleque Cosmetics, Putra Amaris dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya. Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000.

Pemenang akan di umumkan selepas tamat program. Selebriti Putra Amaris pula dilantik sebagai Duta Pelaris Challenge bagi mempromosi program tersebut. Pendaftaran boleh di buat di www.pelaris-challenge.com.

Selain itu, harini Soleque Cosmetics juga melancarkan Jelajah Program Infaq Wanita Muda Soleque x Putra Amaris untuk membantu wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 yang memerlukan dengan kerjasama Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya dan Putra Amaris

Jelajah ini bermula hari ini selama sebulan meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada pengasas produk dan orang persendirian untuk turut serta.

Pemberian sumbangan tersebut dilakukan secara berperingkat dan diselaraskan mengikut keperluan isi rumah. “Semoga inisiatif daripada Soleque Cosmetics, Putra Amaris dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya ini dapat meringankan beban ketika harga barangan semakin naik.” Ujar Alina Mohd Ali.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelaris Challenge boleh hubungi Norliza Ismail di talian 016-261 6772 
atau boleh melayari media sosial rasmi: -
: Soleque Malaysia

APA ITU SOLEQUE MALAYSIA?

Post a Comment

0 Comments