PETALING JAYA, 18 Ogos 2022 – QSR Trading, penggerak di sebalik KFC dan Pizza Hut Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran barisan produk kepingan keju jenama LACTIMA. Empat varian baharu - Cheddar Yellow, Toast, Mozzarella, dan Creamy akan diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai hari ini.
LACTIMA ialah jenama pengeluar keju berusia 33 tahun dari negara Poland, yang juga merupakan negara pengeluar keju ke-6 terbaik di dunia. Dengan slogan “Manfaat Kesihatan Dalam Setiap Kepingan”, setiap kepingan keju LACTIMA kaya dengan protein dan kalsium,
berkualiti tinggi, tidak mengandungi bahan pengawet, tiada organisma ubah suai genetik ‘GMO’, dan menggunakan pewarna semula jadi (karotena daripada lobak merah). Selain itu, setiap kepingan dibungkus secara berasingan dan dibalut secara bersih, menjadikan setiap kepingan benar-benar segar. Rangkaian keju LACTIMA adalah halal dan diiktiraf oleh JAKIM.
“Penerimaan keju di Malaysia semakin popular sejak 3 tahun lalu. Berdasarkan perkembangan terkini, keju semakin banyak digunakan dalam pelbagai hidangan di pasaran perkhidmatan
makanan, terutama sekali di restoran makanan segera & restoran makanan Korea. Ini telah mempengaruhi dan menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan keju dalam masakan di rumah, seperti piza keju, roti bakar berkeju, malah sesuai sebagai topping untuk pelbagai jenis hidangan. Tanpa ragu-ragu, keju semakin diterima dan popular di kalangan rakyat Malaysia” kata Encik Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.
“Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian kepingan keju LACTIMA, menambahkan lebih variasi kepada rangkaian luas yang sedia ada di pasaran Malaysia. Menurut kajian penyelidikan (Harga Jualan Runcit Euromonitor 2019), produk tenusu dilaporkan sebagai kategori makanan nombor dua teratas di Malaysia. Selain itu, dari segi saiz pasaran, keju mendahului senarai pertumbuhan nilai +51.4% dalam kategori Tenusu pada Ogos 2022 di Semenanjung Malaysia (Nielsen YTD Ogos 2020). Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa permintaan kian meningkat untuk produk keju. Justeru itu, QSR Trading ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan jenama keju yang terkenal ini untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” tambahnya.
Harga jualan yang disyorkan untuk LACTIMA Cheddar Yellow (200g) dan Toast (200g) ialah RM10.80 sepeket, manakala LACTIMA Mozzarella (200g) ialah RM11.25 sepeket. LACTIMA Creamy (130g) pula dijual pada harga RM7.16 sepeket.
Produk keju LACTIMA (Cheddar Yellow 200g, Toast 200g, Mozzarella 200g, Creamy 130g) akan tersedia di rak pasaraya-pasaraya besar & pasaraya utama (di Semenanjung Malaysia) bermula bulan Julai dan juga di kedai khusus produk-produk QSRT melalui aplikasi FoodPanda, Grab dan
HappyFresh dari bulan September seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my
###
QSR Trading Sdn Bhd adalah sayap penjualan, pemasaran dan
perdagangan QSR Brands (M) Holdings Bhd, juga merupakan pendorong di belakang restoran KFC dan Pizza Hut di
Malaysia. Ia memasar dan mengedarkan produk sejuk-beku berasaskan ayam di bawah jenama "AYAMAS" serta
pelbagai jenama dalaman seperti Golden Nuggets, Breaded Chicken Drummets, Crispy Fried Chicken, Chicken
Meatballs, Quikburger dan Premium Chicken Frankfurters. Ia juga telah meluaskan penawarannya selain produk
berasaskan ayam seperti LIFE, AYAMAS KITCHEN dan FATBOI. Di samping itu, syarikat ini juga terlibat dalam pemasaran dan pengedaran jenama milik pihak luar seperti KEWPIE, ARONA, LACTIMA dan DIVELLA.dan LACTIMA di pasaran domestik dan peringkat antarabangsa. QSRT telah memenangi banyak anugerah dan pensijilan, seperti anugerah QUDAL (QUality MeDAL), sebagai pengiktirafan kepada AYAMAS sebagai Jenama Terbaik dalam kategori Frankfurters berkualiti tinggi untuk 2016/2017 dan Anugerah Best Buy Award 2017/2018 untuk makanan sejuk beku. Syarikat ini juga menerima Anugerah The Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award dalam kategori Excellence Brand, Excellence Product, Excellence Leadership and Excellence Service Quality. QSRT akan terus memperkukuhkan kehadirannya secara rantau melalui pengembangan pasaran eksport sambil memanfaatkan
pengenalan produk baru dalam kategori makanan tahan disimpan atau ambient. Selain menyediakan produk-produk
berkualiti, syarikat ini juga berbangga dengan perkhidmatan mereka dan sentiasa berdedikasi untuk menjaga dan
meningkatkan kaliber kesemua jenamanya.
Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands):
QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009.
0 Comments