Langkawi International Folding Bike Challenge 2022 Pikat Pelancong Ke Langkawi International BLUES ROCK ASEANA (LIBRA)

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2022 -  Buat julung kalinya peminat aktiviti basikal lipat atau Folding Bike akan berpeluang berhimpun dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena Langkawi International Folding Bike Challenge (LIFBC) 2022 yang akan diadakan di Langkawi pada 16-18 September 2022.

Menurut Zainudin Kadir, CEO LTA Event Management , acara ini yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Tourism Malaysia dan LADA.

Kita menjangkakan lebih 1500 orang peserta bakal menyertai acara ini yang melibatkan penyertaan daripada dalam negara dan juga dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa ini membuktikan bahawa aktiviti basikal lipat ini berjaya menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi selepas lebih dua tahun lumpuh akibat pendemik Covid-19,” kata Zainuddin Kadir

Festival tiga hari ini melibatkan aktiviti seperti Fun RIde 30KM , Endurance 65KM, Pameran serta jualan. Hadiah bernilai lebih RM35,000 serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti peserta.

Setiap peserta akan mendapat baju jersey eksklusif LIFBC, Pingat LIFBC, Sijil Penyertaan dan goodies bag. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta juga dapat menghayati keindahan destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program ini diadakan seperti di Pantai Cenang dan sekitarnya, “ kata Zainuddin Kadir.

Selain daripada itu beberapa lagi acara pelancongan bertaraf antarabangsa akan turut mengisi kalender pelancongan Langkawi sehingga penghujung tahun 2022 ini. Antaranya adalah Langkawi International Classic Car Show  

Penyertaan masih lagi terbuka dan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi +0195553716 atau 019-2883716.

PROGRAM LANGKAWI INTERNATIONAL BLUES ROCK ASEANA (LIBRA’ 22) Vol. 3 

Program Langkawi International Blues Rock Aseana 2022 (LIBRA 22) akan diadakan pada 17hb - 19hb Disember 2022 bertempat di Langkawi. Program ini adalah program muzik perdana bagi genre muzik Blues di Malaysia. Program ini adalah hasil inspirasi lagenda Blues negara iaitu YBhg. Encik Mohd Arif bin Kendut (Ito Mohd) melalui pemerhatian dan pengalaman beliau yang luas dalam arena muzik di dalam dan luar negara. Program LIBRA’ 22 ini adalah kesinambungan dari program LIBRA pada tahun-tahun sebelum ini iaitu pada tahun 2017 dan 2018 anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Selain daripada kedua-dua program ini, terdapat juga satu program anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2018 iaitu Festival Muzik Kota Dame 2018. Program LIBRA’ 18 telah berlangsung pada 29hb - 31hb Disember 2018, bertempat di Laman Padi, Langkawi. Program ini telah berjaya menarik seramai lebih 700 orang pengunjung. Program LIBRA’ 22 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung berikutan program ini telah pun mempunyai kumpulan pengikutnya yang tersendiri. Selain daripada itu, program ini turut menyenaraikan artis / band Blues yang terkemuka dari dalam dan luar negara untuk menghiburkan pengunjung. 

Menariknya, penglibatan artis / band Blues dari negara lain seperti dari negara Singapura, Indonesia, Jepun dan Iran juga telah memberikan peluang kepada pemain muzik Blues dari dalam negara untuk bersaing dan juga dikenali di luar negara. Penjenamaan semula muzik Blues di Malaysia untuk bersifat antarabangsa dan pada masa yang sama mengekalkan intipati budaya negara adalah penting untuk kelestarian muzik Blues dalam jangka masa panjang. Program seperti ini dapat membantu untuk mewujudkan keharmonian dan memupuk kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya. 

LIBRA’ 22 mensasarkan untuk memberi penjenamaan semula kepada muzik Blues di Malaysia. Intipati program yang mempamerkan keharmonian barisan artis / band Blues dapat menyatukan peminat-peminat Blues di Asia Tenggara. Hal ini dapat menaikkan rating program ini berikutan terdapat pasaran yang luas iatu kira-kira lebih 10 juta peminat Blues di serata Asia Tenggara. Publisiti yang positif ini mampu memberi peluang kepada barisan artis / band Blues di Malaysia untuk terus maju dan seterusnya menembusi pasaran antarabangsa. 

Objektif program ini adalah seperti berikut: 

1.  Membantu menyemarakkan dan mengaktifkan industri pelancongan dan hiburan selepas pandemik Covid’ 19. 

2.  Membantu memastikan industri pelancongan dan hiburan terus berdaya Saing. 

3.  Membawa muzik Blues dan Rock Malaysia ke arena antarabangsa. 

4.  Berperanan sebagai produk pelancongan kepada negara untuk mempromosikan muzik Blues dan Rock Malaysia dan intipati budaya Malaysia yang turut diserap dalam konsep persembahan. 

5.  Untuk menyerlahkan Malaysia dan semua akar dan budaya Asia yang lain. 

6.  Untuk memberikan peluang kepada usahawan barangan vintaj, peniaga food truck dan lain-lain untuk mempamerkan jenama dan produk mereka. 

7.  Untuk meningkatkan ekonomi setempat dengan penglibatan peniaga-peniaga dan pengeluar tempatan. 

8.  Untuk menggalakkan sikap positif untuk belia melalui muzik. 9. Untuk mewujudkan Blues dan Rock komuniti di semua negeri di Malaysia. 

10.  Untuk mewujudkan satu platform untuk semua artis / band Blues dan Rock untuk mempamerkan bakat. 

11.  Untuk mendukung muzik Blues dan Rock Malaysia dan membawa lagu-lagu 

nyanyian penyanyi tempatan ke peringkat antarabangsa seperti lagu "Apo Nak Di Kato" 

12.  Sebagai medium untuk penyanyi / band Blues dan Rock di dalam dan luar negara untuk berkumpul dan membentuk jaringan kerjasama. 

Objektif jangka masa panjang untuk program ini adalah untuk membina penjenamaan muzik Blues yang kuat dan dikenali di dalam dan luar negara. Penjenamaan ini dapat dibuat untuk artis / band Blues dan juga untuk LIBRA’ 22 sebagai produk pelancongan. Kebanyakan program seperti ini yang telah berlangsung selama lebih 10 tahun terbukti dapat memberikan impak yang positif kepada penjanaan ekonomi tempatan dan peningkatan aliran masuk pengunjung dari serata dunia. LIBRA 22 mampu membina kumpulan pengikutnya yang tersendiri terutamanya dari negara ASEAN. 

LIBRA’ 22 akan melibatkan aktiviti seperti pameran yang akan berlangsung bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 malam. Selain daripada itu, terdapat aktiviti lain iaitu klinik muzik, aktiviti kKesenian dan sesi “Nasihat Otai”. Manakala persembahan pentas akan bermula pukul 5.00 petang sehingga 12.00 malam. Pengunjung program ini dapat menikmati pelbagai jenis muzik Blues daripada barisan artis / band Blues yang pelbagai dari seluruh dunia. Setiap artis / band Blues ini mempunyai kumpulan pengikutnya yang tersendiri. Hal ini dapat membantu untuk menarik pengunjung dari pelbagai tempat termasuk dari Indonesia, Thailand, Philippines, Singapura dan lain-lain negara untuk datang ke LIBRA’ 22 sekaligus meningkatkan aliran masuk pelancong ke Malaysia. 

ITOS COTTAGE MUSIC

Post a Comment

0 Comments