DATUMCORP INTERNATIONAL SDN BHD Percubaan Baru untuk Rekod Melalui Pengiktirafan Malaysia Book of Records


KUALA LUMPUR, 29 September - Datumcorp International Sdn Bhd (“DCI”) ingin mengumumkan penganugerahan ke atas percubaan satu (1) rekod baru Malaysia Book of Records untuk “Jalur Gemilang Terpanjang Dipasang di Sky Bridge”.

Majlis pengiktirafan ini telah diadakan pada 29 September 2022 di lokasi ikonik itu sendiri. Panjang yang direkodkan secara rasmi ialah sepanjang 147 kaki. 

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, DCI telah membalut “sky bridge” ikonik Residensi Datum Jelatek dengan simbolik Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Percubaan rekod baharu ini adalah satu lagi penanda aras bagi pencapaian oleh syarikat secara tidak langsung memberi inspirasi kepada makna patriotik pada struktur ikonik ini. 

Datum Jelatek telah dilancarkan pada 1 Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2022. Unit kondominium premium itu bermula dari RM750,000 dan keatas, dengan saiz kediaman bermula dari 557 kaki persegi hingga 1,657 kaki persegi. 

Dilancarkan dengan empat menara; Menara A (41 tingkat), Menara B (35 tingkat), Menara C (37 tingkat) dan Menara D (40 tingkat) dengan bayaran penyelenggaraan 55 sen kps (termasuk dana wang pelepasan).

Fasa pertama menara kediaman - terdiri daripada Menara A dan Menara D - telah direbut lebih 90%, dengan sasaran pasaran pradominasi kebanyakannya mempunyai gabungan antara penghuni pemilik muda dan berusia dari kawasan Jelatek, Setiawangsa dan Ampang Jaya. Baki unit di menara lain juga akan dijual dan diserahkan secara berperingkat. 

Post a Comment

0 Comments