PERSATUAN KARYAWAN LANCARKAN MALAM AMAL NOSTALGIA LAGENDA DI KELAB GOLF DIRAJA PERAK PADA 15 OKTOBER 2022


KUALA LUMPUR, 22 September 2022 - Kuala Lumpur, Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Diantara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd telah diadakan di sebuah Restoran terkemuka di Lembah Klang. 

Menurut Presiden Karyawan Dato’ Freddie Fernandez; “Umum tahun 2020 pandemik global Covid 19 telah memberi impak besar kepada industri hiburan apabila semua aktiviti seni terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Ramai antara artis yang terjejas. Ada yang terpaksa menjual alatan muzik bagi kelangsungan hidup, ada yang jatuh sakit malah ada yang meninggal dunia. 

Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan pencarian pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi kerajaan dan NGO seperti Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk menstabilkan keadaan sosio-ekonomi mereka. 


Perkara ini amat menyentuh perasaan semua termasuk pengasas acara ini, YM Dr Raja Putra Shah, lebih-lebih lagi apabila terbaca artikel di media sosial mengenai keadaan artis legenda, Fredo dan Shuib serta pihak yang terlibat di industri hiburan yang lain yang turut terkesan. YM Dr. Raja Putra Shah yang telah bertahun lamanya mengenali Datuk Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, telah menghubungi beliau dan mencetuskan idea acara majlis amal ini. 

YM Dr. Raja Putra Shah sememangnya tidak asing lagi dalam pengendalian program muzikal kerjasama dengan RTM dan TV3 dan berpengalaman terlibat dalam 2,000 program termasuk beberapa program dengan artis antarabangsa. Beliau yakin gabungan bersama Karyawan menerusi kolaborasi strategik ini mampu menjayakan malam amal yang dijenamakan sebagai Nostalgia Lagenda yang bertujuan meraih dana untuk artis yang terkesan. 

Kenapa pencetus idea memilih empat artis lagenda ini, iaitu Shuib, Fredo, Jay Jay dan Zur Eda? Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing pada era 80’an. Kenangan Lalu nyanyian Fredo Flybaits, Mulanya Di Sini nyanyian Shuib Freedom, Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree and Pelitaku nyanyian Zur Eda sememangnya membawa kenangan nostalgia dan menggamit memori kepada ramai di kalangan kita, rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Keempat-empat artis lagenda ini pernah dan sentiasa menjadi idola dan sumber inspirasi menerusi kehebatan suara, keasyikan melodi dan keindahan lirik yang membekas di dalam hati para pendengar sehingga kini. 


Majlis amal yang dijangka dihadiri oleh 600 hadirin di mana majoritinya merupakan para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan negara ini juga mampu menarik minat mereka memberi peluang kepada para artis legenda ini mengadakan persembahan di majlis-majlis korporat dan sosial anjuran organisasi mereka dan rangkaian niaga mereka. 

Kolaborasi majlis amal ini bukan sahaja bermula dan berakhir sulung di Kelab Golf DiRaja Perak tetapi akan diteruskan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd dengan pelantikan YM Dr. Raja Putra Shah selaku penasihat acara. 

Majlis amal ini yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) amat istimewa dengan kehadiran eksklusif Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak. Tuanku telah berkenan untuk menghadiri majlis ini setelah mereka mengadap Tuanku bagi mencadangkan dan memohon perkenan jemputan pada 9 Ogos 2022. 


Di kesempatan majlis amal ini, mereka juga bakal memberi penganugerahan kepada beberapa penerima Anugerah United Entrepreneurs Awards (UEA) berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional.

Pemilihan penerima anugerah berprestij tinggi ini dilaksanakan oleh Panel Penasihat yang dianggotai oleh empat Presiden NGO Keusahawan dan dipengerusikan oleh seorang Profesor Kepimpinan, Perniagaan Keluarga, Inovasi dan Keusahawanan yang juga merupakan Pengarah Akademi Keusahawanan institusi pengajian tinggi tempatan yang tersohor. 

Artis artis jemputan, IQA Nasra, finalis Mentor 5 dan Datin Maylene Yong, ikon penggiat kerja-kerja amal, selain kumpulan Migos, pemuzik graduan Aswara bakal ditampilkan bagi memeriahkan lagi persembahan pada malam amal tersebut. 

IQA Nasra (Finalis Mentor 5) Bersama Banner Nostalgia Lagenda Charity Dinner Di Persembahan Perak Nanti.

Dengan sukacitanya kami ingin mengajak para usahawan, individu mahupun syarikat swasta, syarikat GLC dan agensi keusahawanan, bersama menjayakan Majlis Amal Nostalgia Legenda pada 15 Oktober 2022 ini, dengan menderma sambil berhibur. 

Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Hotline di 010 3839 335 atau Sekretariat di talian 016 867 1277 bagi pengesahan kehadiran.

Walaupun kita tiada kuasa menghapuskan cabaran kesan pasca pandemik, sekurang-kurangnya kita mampu membantu artis dan penggiat seni tempatan dengan penuh bermakna.”

Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu memberi aspirasi kepada umum bersandarkan gagasan #kitajagakita dan #keluargamalaysia #karyawan #nervglobal

###


=====

#NostalgiaLagenda #CharityDinnerShow #SidangMedia #MOU #ZurEda #IqaNasraMentor5 #JayJayCarefree #FredoFlybaits #ShuibFreedom #DatinMayleneYong #PersatuanKaryawan #HawdramatKitchen

Capture By: Samsung  #GalaxyZFlip4 #FlexMode #Flagship #SamsungMalaysia

Post a Comment

1 Comments

  1. Satu inisiatif baik untuk memajukan kembali ekonomi para karyawan dan semua.

    ReplyDelete