(Kiri ke kanan) : Chan Fong (DJ Radio Malaysia), Emma Maembong (Pelakon Malaysia), Encik Loo Jooi Leng (Pengarah Pemasaran Farmasi CARiNG), Encik Soo
Chan Chiew (Pengarah Kewangan merangkap Pengasas Farmasi CARiNG), Hui Mei (TV Malaysia Hos) dan Kaka Azraff (Artis Malaysia).
CARING PHARMACY MEMPERBHARUI PROGRAM KESETIAAN & MEMPERKENALKAN KEAHLIAN 3 PERINGKAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-28
KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2022 - Sempena meraikan, sambutan ulangtahun ke-28, CARING PHARMACY menyampaikan penghargaan kepada pelanggan setia mereka dengan memperkenalkan program keahlian khas tiga peringkat melalui program keahlian Caring Loyalty. Pelancaran gilang-gemilang ini bakal diadakan di CARING Carnival, Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil dari 6-10 Oktober 2022.
Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARING Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesanan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.
Sebagai sebuah rangkaian farmasi yang memiliki keahlian terbesar di Malaysia iaitu seramal 1.3 juta ahli, CARING Pharmacy bertindak untuk menambah baik aplikasi mudah alih untuk memberi pelbagai faedah kepada pengguna. Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat.
Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring.
Demi meraikan acara ini, CARING Carnival menganjurkan peibagai aktiviti percuma seperti Sesi Zumba, Simulator tnteraktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan pelbagai lagi aktiviti mesra keluarga. Tambahan lagi, karnival ini turut menampilkan booth jenama terkenal terkenal seperti Brand’s, Ensure, Hada Labo, iconic Medicare, Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor. Para pembeli akan dihadiahkan dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahii, membeli di booth pameran, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival ini.
Bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARING Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan. Sebagai langkah inisiatif untuk lebih mendekati, langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolesterol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARING di karnival ini.
CARING Pharmacy turut menggesa masyarakat untuk “Do It Right” berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat. Pembuangan bahan perubatan yang tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Dengan menyediakan tempat pengumpulan di karnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat - ubatansecara selamat.
Tarian Flash mob selepas Pelancaran
Encik Loo Joi Leng, Pengarah Pemasaran CaRiNG Pharmacy berkata, “Saya berbesar hati meraikan ulang tahun CARING Pharmacy yang ke-28 dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan kami secara berterusan. Dengan pelancaran peringkat keahlian terbaru kami, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. CARING Pharmacy sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi mencapai sasaran kesihatan pelanggan.
Beliau menambah, “Dengan mempunyai keahlian yang paling ramai dikalangan farmasi di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab kami untuk menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi memantapkan gaya hidup para pengguna. Semenjak Januari 2022, kami berjaya merekrut 300,000 ahli baru, menjadikan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta ahli. Ini membuktikan orang ramai benar-benar memanfaatkan kelebihan yang kami tawarkan. Kami juga menyasarkan untuk memperoleh 2.5 juta ahli menjelang akhir tahun 2023.
Muat turun aplikasi Caring di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery sekarang untuk menikmati 200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARING Pharmarcy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/member-privilege/.
###
Rangkaian runcit farmasi terbesar di Malaysia, Kumpulan Farmasi CARING, telah ditubuhkan pada 10 September 1994 oleh lima ahli farmasi, yang merupakan rakan kursus di Pusat Pengajian Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM). sehingga kini, Farmasi CARING telah berkembang ke 169 kedai di seluruh negara dan 46 kedai pemerolehannya, Farmasi Georgetown & Wellings Pharmacy.
=====
#CaringPharmacy #Pelancaran #AplikasiAhliBaru2022 #Caring2u #KarnivalCaring #SempenaUlangtahunKe28 #PavilionBukitJalil
Capture By: Samsung #GalaxyZFlip4 #FlexMode #Flagship #SamsungMalaysia
0 Comments