15 Mac 2023 - M3 Shopping Mall - Buat julung kalinya Kayangan Grand Hall yang merupakan Dewan untuk majlis perkahwinan, majlis makan malam dan pelbagai lagi acara akan mengadakan ifftar Ramadhan 2023.
Kayangan Grand Hall telah memulakan operasinya pada 9 September 2022 di bawah naungan syarikat AMK Wedding & Event Sdn Bhd, dimana ianya di usahakan oleh Encik Mohammad Assraf Maidin Koty dan Datin Aisa Abu Samad sebagai Pengasas bersama Kayangan Grand Hall.
Buffet Ramadhan ini di adakan bersempena sambutan Ramadhan tahun ini, yang akan bermula dari 25 Mac 2023 hingga 20 April 2023. Bertemakan Masakan Kampung dan Tradisional Yang Terbaik Untuk Anda Sekeluarga! pastinya memberikan pengalaman yang indah buat seisi keluarga, sahabat handai mahupun untuk pasangan yang sedang berkasih untuk berbuka puasa bersama.
“Alhamdulillah, ini adalah merupakan pengalaman pertama kami meperkenalkan Buffet Ramadhan Prebiu buat julung kalinya, harapan saya semoga ianya akan menjanjikan keenakan yang tidak akan dilupakan oleh penggemar-penggemar masakan melayu” kata Mohd Assraf Maidin Koty, salah seorang Pengasas, AMK Wedding and Event Sdn Bhd.
“Saya amat berbesar hati menjemput semua untuk bersama-sama kami di Kayangan Grand Hall untuk berbuka puasa bersama keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan perniagaan” sambung beliau lagi.
Buffet Ramadhan yang kami tawarkan akan menyajikan hampir 50 jenis masakan di antaranya nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, ikan kembong masak asam pedas, ikan kembong masak lemak cili api, ikan keli sambal hijau, ayam masak merah, ayam percik, ayam goreng berempah, ayam masak kari, daging masak hitam, daging masak kurma, telur rebus masak kari, sup ayam ibu kentang, sayur campur, sayur kobis masak lemak dan kacang panjang goreng.
Selain daripada itu, kami juga menghidangkan kerabu mangga, kerabu kacang botol, kerabu taugeh, mi kari, bihun sup, bihun Singapore, mee goreng, soto, bubur kacang hijau, bubur lambuk, pengat pisang, aneka pencuci mulut, buah-buahan, aneka ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, cencaluk, kuih-muih, kek dan bermacam hidangan lagi.
Kayangan Grand Hall juga menyediakan surau untuk menunaikan solat, ruang parkir yang luas, dewan berhawa dingin untuk sebarang acara dan pelbagai pakej menarik untuk semua pelanggan kami.
Harga yang ditawarkan untuk “EARLY BIRD” bermula 1 Febuari 2023 hingga 20 Mac 2023, adalah seperti berikut :
Dewasa : RM59.90
Kanak-Kanak : RM19.90
Warga Emas : RM39.90
Manakala HARGA BIASA pula seperti tertera di bawah:
Dewasa : RM69.90
Kanak-Kanak : RM29.90
Warga Emas : RM49.90
MENU IFTAR RAMADHAN DI KAYANGAN GRAND HALL, M3 MALL
NASI :
Nasi Putih / Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas
LAUK-PAUK :
Ikan Kembung masak asam pedas / Ikan Kembung masak lemak cili api / Ikan Kembung Bakar / Ikan Keli masak sambal hijau / Ayam masak merah / Ayam percik /
Ayam goreng berempah / Ayam masak kari / Sup Ayam dan kentang / Daging masak hitam / Daging masak kurma / Daging masak rendang / Telur rebus masak kari / Ikan bilis masak sambal dengan tempe
SAYUR :
Sayur campur / Sayur kobis masak lemak / Kacang panjang goreng
KERABU :
Kerabu Mangga / Kerabu kacang botol
SAMBAL PEMBUKA SELERA :
Sambal Belacan / Cencaluk / Budu / Sambal kicap
ULAM-ULAMAN :
Timun / Bendi / Petai / Ulam Raja / Tomato
ANEKA MEE / BIHUN :
Mee Kari / Bihun Sup / Bihun goreng Singapore
ANEKA IKAN MASIN :
Ikan masin bulu ayam / Ikan sepat masin / Telur masin
KETUPAT & LEMANG :
Rendang Ayam
BUBUR :
Bubur Lambuk / Bubur Kacang Hijau
MASAKAN BARAT :
Wedges / Nugget (mayonis & cili sos)
KUIH — MUIH :
Kuih koci / Karipap / Pau sambal
KEK :
Brownies / Mable kek / Apam polkadot
Sebarang tempahan boleh dibuat terus melalui pesanan WhatsApp ke 011-58881916.
LOT L3 - 10, LEVEL 3L, M3 SHOPPING MALL, JALAN MADRASAH, TAMAN MELATI, 53100, KUALA LUMPUR
0 Comments