Mondelēz International: Rakyat Malaysia Amal Snek Bijak, Namun Kurang Peka Tentang Alam Sekitar

Tinjauan terbaharu mendedahkan 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengamalkan kawalan porsi dan menggunakan semua pancaindera ketika menikmati snek, namun hanya 1 daripada 3 mengitar semula pembungkusan snek selepas itu

(Dari Kiri ke Kanan): Lim Chain Yin, Peneraju Strategi Pemakanan Serantau dan Komunikasi untuk Asia Tenggara di Mondelēz International, | Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat & Kerajaan di Mondelez International (Malaysia & Singapura) dan | Drsatvinder Kaur, Profesor Madya di Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti UCSI pada taklimat mengenai tingkah laku snek rakyat Malaysia.

Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 – Tabiat pengambilan snek kian hari kian berubah seiring dengan kesedaran pengguna akan impak pilihan mereka terhadap kesejahteraan dan keseimbangan menyeluruh diri, serta alam sekitar. Hasil satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan, rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menjadi lebih bijak dalam tabiat snek mereka, dengan 54% responden mengawal saiz porsi secara aktif, manakala 51% menggunakan semua pancaindera untuk meningkatkan pengalaman snek mereka.

Dari segi alam sekitar, tinjauan yang sama bagaimanapun mendapati kitar semula masih jauh daripada menjadi budaya rakyat Malaysia. Hanya 36% mengitar semula pembungkusan snek dari membuang terus ke dalam tong sampah biasa. Di samping itu, 4 daripada 5 responden berpendapat penggunaan pembungkusan yang lebih rendah atau pembungkusan yang sedia dikitar semula tidak penting bagi mereka.

Semua ini merupakan antara petikan daripada tinjauan Tingkah Laku Snek Malaysia 2023 yang terbaharu oleh Mondelēz International, iaitu pengeluar jenama-jenama global ikonik dan keluaran tempatan seperti Cadbury Dairy Milk, OREO, Jacob’s, Chipsmore, Twisties dan sebagainya. Tinjauan tersebut yang dijalankan pada April 2023 bertujuan menyelami tingkah laku serta tabiat snek rakyat Malaysia, di tengah-tengah kemunculan pelbagai trend global yang baharu. 

Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat & Kerajaan di Mondelez International (Malaysia & Singapura).

Peranan snek terus berkembang, dan telah melangkaui peranan asalnya sebagai sumber nutrisi dan nikmat, untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Sebagai peneraju global dalam kategori snek, kami di Mondelēz International sentiasa merealisasikan matlamat kami bagi memperkasakan orang ramai untuk menikmati snek secara betul. Kami ingin membantu rakyat Malaysia berasa positif tentang snek mereka, tanpa perlu memilih antara snek dengan pemakanan yang betul, dan berfokus pada detik sekarang. Justeru, kami berazam untuk terus menerajui Snek Bijak,” kata Lim Chain Yin, Ketua Strategi Pemakanan Serantau dan Komunikasi, Asia Tenggara, Mondelēz International.

Snek bijak merupakan satu pendekatan berfokuskan kesejahteraan yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian. Ia menggalakkan pengguna untuk lebih peka terhadap pilihan mereka bagi meningkatkan kepuasan pengalaman snek. 

Snek bijak bukan sekadar memilih antara makanan sihat atau menyekat diri daripada menikmati snek. Sebaliknya, ia membantu kita menjadi lebih peka terhadap apa yang kita makan, tujuan kita makan dan bagaimana ia mempengaruhi perasaan kita. Ini termasuklah menentukan keperluan snek pada waktu tersebut, baik untuk kepuasan mahupun sebagai sumber tenaga, makan secara parlahan sambil mengunapakai kaedah pembahagian porsi, mengurangkan gangguan, dan menikmatinya melalui semua pancaindera kita, tidak kira bagaimana atau bila kita memilih untuk menikmatinya,” jelas Chain Yin

(Atas) Lim Chain Yin, Peneraju Strategi Pemakanan Serantau dan Komunikasi untuk Asia Tenggara di Mondelēz International atas komitmen Mondelēz International untuk mempromosikan snek yang penuh perhatian. | (Bawah) Dr. Satvinder Kaur, Profesor Madya di Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti UCSI bercakap tentang tabiat snek rakyat Malaysia.

Snek Bijak Lebih Mudah

Hasil tinjauan turut mendapati rakyat Malaysia cenderung mengamalkan “multitask snacking”, yakni menikmati snek sambil melakukan aktiviti lain. Dalam pada itu, masa pengambilan snek paling popular adalah semasa menonton TV atau melayari internet (75%) dan semasa belajar atau bekerja (44%). Selain itu, snek kekal menjadi sumber ketenangan bagi rakyat Malaysia, dengan kebanyakan responden (63%) mengambil snek untuk menghilangkan tekanan atau bersantai, manakala 61% mengambil snek untuk memuaskan keinginan.

Menyedari corak pengambilan snek sedemikian, Dr. Satvinder Kaur, Profesor Madya dari Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti UCSI, mengingatkan semua bahawa ‘multi-tasking’ atau melakukan beberapa perkara pada satu masa, dan gangguan adalah antara faktor utama yang menghalang kita daripada makan dengan betul.

Contoh snek yang disediakan menggunakan prinsip snek yang bertimbang rasa.

Snek membantu tubuh kita mengekalkan nutrisi yang mencukupi ketika kita menjalani rutin yang sibuk, khususnya bagi mereka yang tiada atau kurang selera makan. Bagaimanapun, ia tidak harus menjadi satu aktiviti pasif, kerana makan dengan tumpuan yang terganggu dapat memisahkan anda daripada naluri lapar dan kenyang tubuh. Fokus pada makanan anda semasa makan untuk mengelakkan terlebih makan, dan gunakan kaedah pemakanan seimbang seperti B.M.V. (Keseimbangan, Kesederhanaan, Kepelbagaian) untuk memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan,” kata Dr. Satvinder.

Sebahagian besar komitmen Mondelēz International terhadap Snek Bijak direalisasikan melalui fokusnya terhadap pembungkusan dan label. Ini termasuk pengenalan pek “kawalan porsi” yang kurang daripada 200kcal setiap porsi pra-bungkus, serta meletakkan ikon porsi Snek Bijak pada pembungkusan semua snek secara global menjelang tahun 2025, bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang saiz porsi yang betul serta maklumat kalori bagi setiap porsi. Satu lagi inisiatif adalah mengubahsuai produk “Better for You” dengan profil nutrisi dan ramuan yang lebih sihat. Malah, usaha ini disemarakkan lagi oleh inisiatif berterusan #JomSnekBijak bagi membudayakan kesedaran dan pendidikan tentang tabiat Snek Bijak.


Snek Bijak Kini Mencakupi Kelestarian Alam Sekitar

Meskipun pembungkusan penting sebagai sumber maklumat pengguna, namun keperluan untuk memikirkan semula kesannya terhadap kelestarian alam sekitar semakin mendesak. Tinjauan tersebut turut mendedahkan sikap rakyat Malaysia terhadap amalan snek yang lestari, termasuk tabiat kitar semula dan tindakan-tindakan mereka yang berkaitan dengan pengambilan snek.

Hasil tinjauan menunjukkan, rakyat Malaysia bukan sahaja tidak mengitar semula pembungkusan makanan ringan pada kadar yang tinggi, tetapi juga keberatan untuk menanggung kos usaha kelestarian alam sekitar. Hanya 31% sanggup membayar cukai karbon yang kecil ke atas snek untuk mengimbangi kesan alam sekitar berbanding penghasilannya. Hasil penemuan ini bertentangan dengan trend global, seperti yang didedahkan dalam laporan Tahunan ‘State of Snacking’ Mondelēz International yang Keempat, bahawa 61% pengguna bersedia membuat komitmen untuk membayar cukai karbon yang kecil.

Bagaimanapun, hampir separuh daripada responden (41%) tidak keberatan membayar kos tambahan untuk snek yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang mematuhi amalan beretika dan lestari.


“Kami percaya bahawa orang ramai berhak untuk menikmati snek yang lazat, dan mengetahui  pilihan mereka adalah baik untuk diri mereka, orang lain, serta bumi ini. Tanpa mengira kesediaan rakyat Malaysia terhadap amalan kelestarian kini, kami akan terus memainkan peranan untuk memperbaiki cara kami menghasilkan snek dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Hari ini, 96% daripada pembungkusan kami adalah sedia dikitar semula, dan kami juga sedang berusaha membangunkan infrastruktur untuk mengumpul, menyusun dan mengitar semula sisa plastik di Malaysia. Ini merupakan antara cara kami memberi kemudahan kepada pengguna, seiring dengan usaha berterusan kami untuk menyediakan snek yang betul, untuk waktu yang sesuai, dan dibuat dengan cara yang betul,” kongsi Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat & Kerajaan, Mondelez International (Malaysia & Singapura ).


Untuk maklumat lanjut tentang rangka kerja kelestarian dan strategi kesejahteraan Mondelēz International, layari www.mondelezinternational.com/Snacking-Made-Right. Kenali lebih lanjut tentang amalan Snek Bijak di https://www.snackmindful.com/

###
Tentang Mondelēz International (Malaysia)
Mondelēz International (Malaysia) adalah sebahagian daripada kumpulan Mondelēz International yang memperkasakan semua untuk menikmati snek yang lazat dan berkualiti di lebih 150 negara di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara. Dengan keuntungan bersih 2022 kira-kira $31 bilion, Mondelēz International merupakan ahli Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 dan Dow Jones Sustainability Index.

Mondelēz International menerajui pasaran dengan jenama global dan tempatan yang ikonik seperti coklat Cadbury Dairy Milk, wafer coklat Cadbury Zip, coklat Cadbury 5 Star, coklat Toblerone, biskut OREO, biskut Chipsmore, biskut Jacob's, biskut Tiger, keju Philadelphia, keju Kraft, kerepek Chachos, kerepek Chipster, Twisties dan banyak lagi. Mondelēz International telah wujud di pasaran Asia Tenggara selama lebih 70 tahun, dengan operasi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. +7,000 rakan sekerja kami bekerja di sepuluh lokasi pembuatan (termasuk kilang di Shah Alam dan Prai), pusat teknikal penyelidikan dan pembangunan, serta rangkaian penjualan dan pemasaran. Kami komited untuk menawarkan snek yang lazat dan berkualiti, pada detik yang sesuai, serta dihasilkan dengan cara yang baik.


=====

#JomSnekBijak #SnackMindFully #Cadbury #DairyMilk #OREO #Jacobs #Chipsmore, #Twisties #MondelezInternational #1FirstAvenue

Capture By: Samsung #GalaxyA545G #AwesomeLime #Midrange #SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments