Konsert Nostalgia Rock Dulu-Dulu 'Ambang Merdeka' Mega Karnival Di Padang Kunak, Sabah 25-30 Ogos 2023.


KUALA LUMPUR, 5 Julai 2023 - Sidang Media Pelancaran Konsert Nostalgia Rock Dulu-Dulu 'Ambang Merdeka' Mega Karnival yang berlangsung di Finas Hulu Klang. Antara artis yang bakal menjayakan konsert tersebut ialah Hatta Junction, Amy Search, Asheed Def Gab C, Lan Solo, Yantzen, Zamani Slam dan Mamat Exist. 

Finas menyokong sepenuhnya konsert ini kerana disamping itu penganjur juga menyalurkan sumbangan kepada artis artis yang tidak lagi aktif seperti dulu atau yang telah jatuh sakit dan kurang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan bagi menampung pembiayaan rawatan bagi sakit mereka. 


Zed Zaidi menerusi Persatuan Seniman menyatakan sebaik sahaja sumbangan diterima oleh pihak penganjur, mereka akan terus memberinya kepada artis yang terlibat. Mereka akan memulakan dengan melawat dan memberi sumbangan terus kepada pelakon lama Roslan Salleh di Melaka yang telah buta akibat penyakit yang dihidapi. Seterusnya kepada Enot yang juga telah lama sakit. 


Sama sama kita membantu dengan membeli tiket serendah RM15 di Konsert tersebut. Disamping berhibur kita juga mendapat ganjaran dengan membantu rakan rakan artis yang memerlukan. Pembeli tiket juga berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah seperti pakej umrah, motor barangan elektik dan sebagainya.


Selain itu Konsert yang akan diadakan di Kunak juga dapat memperkenalkan tempat bernama Kunak yang terletak tidak jauh dari Tawau di Sabah seterusnya menaikkan tahap ekonomi kawasan tersebut dan dikenali oleh pelancong dalam serta luar negara. 


Peminat ‘Rock Kapak’ di Sabah bakal disajikan dengan lagu-lagu rock hit tahun 80an. Mengembalikan nostalgia zaman muda ataupun zaman kanak-kanak, Nel Sambora menerusi Lowcost Fiesta Tour di Kunak mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Nostalgia Rock Dulu- dulu di Festival Nostalgia pada 25 hingga 30 Ogos ini.

======

#EcoShopMalaysia #SyokppingGilaGila #Pelancaran #SidangMedia #StesenLRTMasjidJamek

Capture By: Samsung #GalaxyA545G #AwesomeLime #Midrange #SamsungMalaysia


Post a Comment

0 Comments