Mutiara Damansara, 16 November 2023 - Pada hari ini pula, saya akan membuat satu pendedahan dimana bukan sahaja ratusan rakyat Malaysia termasuk pegawai-pegawai kerajaan, golongan professional seperti doktor-doktor, rakyat marhaen dan pelabur-pelabur antarabangsa, MALAH banyak agensiagensi kerajaan sendiri menjadi mangsa penipuan oleh Ranjeet.
Ranjeet sebenarnya seorang penjenayah kolar putih yang licik dan demi untuk melindungi berjuta-juta wang yang ditipu dari para pelabur tempatan dan luar negara, Ranjeet telah berjaya menipu beberapa agensi-agensi kerajaan, diantaranya seperti:
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
3. Bank Negara Malaysia (BNM)
4. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 5. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Saudara Lee Meiklejohn telah menemui bukti bagaimana setiap agensi ini ditipu atau dipermain-mainkan oleh Ranjeet sebagai boneka dalam melindungi dirinya dan kekayaan yang dicuri atau ditipu darik rakyat marhaen. Ini yang akan saya dedahkan hari ini
Syarikat yang saya maksudkan adalah Rothchilds Capital (I) Sdn Bhd. Dari penemuan Mr Lee, syarikat ini diguna oleh Ranjeet untuk memindah sebahagian wang pelaburan Mr Lee dari G&P Solutions Sdn Bhd. Beberapa keping salinan cek diberi Ranjeet kepada Mr Lee dan salinan penyata bank syarikat Rothchilds adalah bukti terdapat aliran wang keluar dan masuk dalam syarikat ini sepanjang sekurangkurangnya dari Sept 2010 hingga Julai 2012.
Namun Ranjeet melaporkan kepada SSM tiada sebarang pendapatan, perbelanjaan dan apa-apa aset bagi syarikat ini. Ranjeet kemudiannya memohon kepada SSM pada bulan Disember 2012 untuk menutup syarikat ini secara sukarela dengan alasan syarikat adalah ‘dormant’.
Ranjeet telah menggunakan syarikat kepunyaan beliau iaitu G&P Solutions Sdn Bhd untuk menerima wang pelaburan dari Mr Lee bagi tujuan pelaburan dalam Vasseti Berhad, yang kononnya G&P ialah sebuah syarikat yang berlesen dan dibenarkan untuk menerima pelaburan asing.
TETAPI beliau kemudiannya telah memindahkan sebahagian wang pelaburan tersebut (lebih kurang RM 17juta) ke dalam syarikat Rothcilds Capital (1) Sdn Bhd tanpa pengetahuan atau kebenaran Mr Lee. Jelas, beliau telah terlibat secara langsung dalam pengubahan wang haram dan melanggar Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
Setahu saya banyak laporan polis telah dibuat terhadap Ranjeet, namun tiada tindakan atau dakwaan pernah dikenakan. Saya percaya Ranjeet telah memutar belit atau memberi kenyataan palsu kepada polis untuk melepas diri. dua-dua salah laku tadi iaitu laporan kepada SSM dan LHDN yang dibuat oleh Ranjeet adalah satu jenayah mengikut Akta 202 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu kepada agensi kerajaan.
Saya ingin ingatkan semula bahawa tujuan PC ini ialah supaya kita dapat membenteras Ranjeet dari terus menipu pelabur pelabur. Disini saya ingin berkongsi modus operasi Ranjeet supaya para pelabur dapat pencerahan.
Nama saya adalah Shah Abdul Malek dan saya adalah seorang peniaga kosmetik. Saya adalah antara salah seorang yang terawal menjadi mangsa penganiayaan & penipuan oleh Ranjeet Singh Sidhu lebih 15 tahun lalu.
Saya akan ulang apa yang saya wartakan minggu lepas iaitu ramai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara telah ditipu hampir
RM1bil melalui satu rantaian sindiket pelaburan yang didalangi oleh seorang bernama Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu dan dilindungi oleh rakannya, seorang bergelar Tan Sri yang amat berpengaruh dalam PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan juga dalam sistem kehakiman negara.
Saya ingin jelaskan bahawa Tan Sri ini bukannya Tan Sri Syed Yusof. Tan Sri yang saya maksudkan, sama seperti Ranjeet adalah juga seorang pemilik perniagaan pinjaman wang sejak lebih 2 dekad lalu.
Sindiket penipuan mereka merangkumi penggunaan pelbagai syarikat perniagaan dan pelaburan termasuk sebuah koperasi. Saya tidak pasti nama penuh Tan Sri ini tetapi maklumat ini saya perolehi dari bekas pekerja Ranjeet sendiri dan juga dari blog internet tersebut.
Tuan-tuan boleh meneliti maklumat selanjutnya berkaitan Tan Sri ini dari blog tersebut kerana saya sendiri tidak mempunyai maklumat lebih lanjut perkara yang di tulis di blog tersebut.
Modus operandi Ranjeet adalah untuk menggunakan agen-agen kewangan atau insuran untuk memilih orang-orang yang mempunyai pendapatan berlebihan seperti peniaga-peniaga atau pemilik-pemilik kelinik-kelinik dimana terdapat banyak bayaran tunai diperolehi oleh peniaga-peniaga ini.
Sekarang benarkan saya memberi sedikit gambaran tentang apa yang saya hendak dedahkan hari ini, dimana kerajaan sendiri ditipu dan diperalatkan oleh Ranjeet.
Pada minggu lepas tuan-tuan dan puan-puan telah diperkenalkan kepada saudara LeeMeiklejohn dan diberitahu bagaimana beliau ditipu oleh Ranjeet untuk sejumlah hampir RM60 juta dimana satu lapuran polis telah dibuat terhadap Ranjeet pada 6hb November 2023.
Selepas saudara Meiklejohn membuat lapuran polis tersebut, beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan dan penyiasatan mengenai jejak wangnya yang ditipu.
Dalam pada mencari jejak wangnya, beliau telah menemui beberapa penyelewengan dan pelanggaran undang-undang yang serius dalam hal ehwal Rothchilds Capital (I) Sdn Bhd (Rothchilds) yang mempunyai pendaftaran SSM 683717-D (200501006670).
Shah Abd Malek memohon kepada mana-mana pihak yang menjadi mangsa individu berkenaan diminta tampil berhubung dengannya melalui talian 014-2214433 atau email maper.action@gmail.com.
###
PenipuanTerbesarDatukRanjeet #ModusOperandi #RakyatMalaysia #PelaburUK #MaPeRActionGroup #MangsaPenipuanRanjeet #SidangMedia ##RoyaleChulanTheCurve
Capture By: Samsung #GalaxyZFlip4 #ZSeries #FlexMode #Flagship #SamsungMalaysia
0 Comments