Penipuan Terbesar "Datuk R", Mangsa Rakyat Malaysia & Pelabur UK Ditipu Hampir RM1Bil!


Eastin Hotel , Petaling Jaya 7 November 2023 - MaPeR Action Group ingin membuat satu pendedahan dimana ratusan rakyat Malaysia termasuk pegawai-pegawai kerajaan, golongan professional seperti doktor-doktor, rakyat marhaen dan pelabur-pelabur antarabangsa termasuk kerajaan sendiri telah ditipu hampir RM1bil melalui satu rantaian sindiket pelaburan yang didalangi oleh seorang bernama Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu dan dilindungi oleh rakannya, seorang bergelar Tan Sri yang amat berpengaruh dalam PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan juga dalam sistem kehakiman negara. 

Kedua-dua sampah masyarakat ini adalah pemilik perniagaan peminjam wang yang berlesen sejak lebih dua dekad lalu dan sindiket penipuan mereka merangkumi penggunaan pelbagai syarikat perniagaan dan pelaburan termasuk sebuah koperasi. Saya tidak pasti nama penuh Tan Sri ini tetapi maklumat ini saya perolehi dari bekas pekerja Ranjeet sendiri dan juga dari sebuah blog dalam internet. Tuan-tuan boleh meneliti maklumat selanjutnya berkaitan Tan Sri ini dari blog tersebut. 

Encik Shah Abdul Malek adalah seorang peniaga kosmetik. Dan antara salah seorang yang terawal menjadi mangsa penganiayaan & penipuan oleh Ranjeet Singh Sidhu lebih 15 tahun lalu. 

Kepedihan hati dan kesusahan yang beliau alami bertahun-tahun akibat ditipu oleh Ranjeet adalah amat getir dan apabila beliau mengetahui bahawa terdapat ratusan orang-orang lain yang ditipu oleh Ranjeet dengan jumlah hampir RM1bil, maka dia bernekad untuk membantu mangsa-mangsa tersebut dengan menyediakan nasihat perundangan dan menolong mereka membuat repot polis ataupun repot dimana-mana ajensi jenayah serta menolong membuat sidang akhbar seperti hari ini. 

Pada hari ini, beliau telah membawa saudara Amarjit Singh dari Kuala Lumpur dan saudara Lee Meiklejohn dari UK yang menjadi mangsa-mangsa penipuan oleh Ranjeet. Saya, bersama-sama mereka berdua ini akan menceritakan bagaimana Ranjeet membuat penipuan terhadap mereka. 

Mangsa penipuan, Lee Rodger Meiklejohn 

Saya ingin menyeru kepada mangsa-mangsa lain penipuan oleh Ranjeet supaya tampil kehadapan berjumpa dengan saya supaya kita boleh bersama-sama menghalang sampah masyarakat ini dari terus menipu lebih ramai rakyat marhaen. 

Di samping itu, matlamat saya membuat pendedahan ini adalah supaya kita boleh bekerjasama untuk mendapatkan balik sebanyak mana yang mungkin wang yang telah ditipu oleh orang-orang bergelar Datuk Wira dan Tan Sri ini. Orang-orang seperti ini sepatutnya tidak diiktiraf dengan apa jua darjat dari mana-mana instituisi diraja malahan tindakan haruslah diambil untuk menarik balik apa jua gelaran yang dianugerahkan kepada pengkhianat-pengkhianat negara seperti mereka ini. 

Mangsa penipuan Ranjeet, Amarjit Singh

Bagaimana Ranjeet menipu saya?

Dulunya saya mula mengenali Ranjeet sekitar tahun 2007 sebagai penasihat kepada Ranjeet sebelum dilantik menjadi sebagai pengarah di syarikat pinjaman Asoke Sdn Bhd. Kerja saya tidak masuk campur dengan urusan operasi harian syarikat tetapi lebih kepada berurus dengan pihak-pihak luar, para pelabur dan urusan kerajaan atau politik. 

Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa terhadap Ranjeet mahupun operasi harian syarikat malah saya sendiri telah mula melabur wang saya dalam syarikat dan membawa masuk ramai pelabur-pelabur termasuk kaum keluarga saya sendiri dan sahabatSahabat saya untuk melabur dalam syarikat-syarikat milik Ranjeet termasuk KOUP dengan pelaburan berjuta-juta ringgit. Ranjeet menjadikan saya sebagai rakan kongsi perniagaan peminjam wang berlesen tersebut, walaupun saya tidak terlibat dalam operasi harian perniagaan tersebut. 

Selepas beberapa tahun bekerja bersama Ranjeet, saya menjadi curiga apabila ada pelabur-pelabur mula tidak senang hati terhadap Ranjeet dan terdapat peminjam-peminjam wang dari Asoke Sdn Bhd yang menjadi marah dan merasa teraniaya. 

(Kiri) Lee Rogger Meiklejohn, (Tengah) Shah Abdul Malik dan (Kanan) Amarjit Singh.

Selepas saya mula curiga, saya dapati Ranjeet membuat banyak penipuan terhadap peminjam-peminjam, terhadap kerajaan dan terhadap pelabur-pelabur. Kerana saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa kerja yang tidak bertanggungjawab dan yang saya rasa tidak betul, saya meminta balik segala wang pelaburan saya dan wang dari pelabur-pelabur yang saya bawa masuk kedalam syarikat-syarikat milik Ranjeet. 

Malangnya, saya hanya berjaya mendapat sebahagian sahaja dari duit berjuta-juta yang saya bawa masuk. Akibat tindakan saya berkeras dengan Ranjeet, dia telah menganiaya saya dengan lapuran polis palsu terhadap saya dan juga membuat tindakan mahkamah palsu terhadap saya. Ranjeet telah merosakkan hidup saya dengan beban hutang yang melambak akibat wang yang dilenyapkannya serta akibat dari tindakan palsu di mahkamah yang menyebabkan saya mulflis. 

Selepas kejadian tersebut, saya mengumpul segala maklumat tentang operasi perniagaan dan modus operandi Ranjeet dan mendapat tahu bahawa dia menggunakan banyak syarikat untuk menipu pelabur-pelabur. 

Mangsa penipuan, Lee Rodger Meiklejohn menujukkan laporan polis yang telah dibuat semalam.

Penipuan GBP 10 Juta (hampir RM 60 juta) Terhadap Saudara Lee Meikle’ohn 

Saudara Lee Rodger Meiklejohn ini adalah seorang usahawan dari UK. Beliau telah ditipu oleh Ranjeet sejumlah wang GBP 10 juta iaitu hampir RM 60 juta berdasarkan kadar pertukaran Maybank semasa ini. Penipuan tesebut berlaku antara bulan Oktober 2010 dan April 2011 dan beliau hanya sedar telah ditipu pada sekitar 14 November 2017. 

Jenayah peipuan oleh Ranjeet ini berlaku di Kuala Lumpur walaupun Ranjeet telah merancang untuk menipu saudara Meiklejohn dari pertemuannya di UK pada sekitar bulan Ogos 2010. Ranjeet telah mengenali Meiklejohn setelah diperkenalkan oleh seorang broker bernama Danny Barrs di Edinburgh, United Kingdom. Selepas berkenalan dengan saudara Meiklejohn, Ranjeet telah meminta pelaburan tertentu dalam Redeemable Convertible Cumulative Preference Shares (RCCPS) Vasseti Berhad (Vasseti Berhad kini dikenali sebagai Zavarco Berhad). Ranjeet memperkenalkan dirinya sebagai pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan serta pemegang saham utama Vasseti dan menunjukkan property's RCCPS kepadanya.

Ranjeet dan Tan Sri Syed Yusof. Hanya saham-saham_ yang dikeluarkan melalui keputusan mahkamah diterima sebagai saham yang dibayar. Pada tahap ini saudara Meiklejohn sedar bahawa dia telah ditipu oleh Ranjeet sejak awal pada tahun 2010 dan ini bukanlah sesuatu yang berlaku pada tahun 2017. 

Pada bulan Ogos 2021, saudara Meiklejohn mendapati bahawa Ranjeet juga didapati bersalah oleh Mahkamah UK kerana memegang sejumlah saham Vasseti (UK) Plc yang tidak dibayar, membuktikan bahawa beliau bersama dengan Tan Sri Syed Yusof telah menipu saudara Meiklejohn dan pelabur-pelabur lain dalam Vasseti. 

Disebabkan oleh pembohongan dan penipuan oleh Ranjeet mengenai Vasseti Berhad sauara Meiklejohn telah kehilangan bukan hanya  pelaburan modal sebanyak GBP10 juta bahlan juga semua dividen yang dijanjikan. 

Video Sidamg Media Penipuan Terbesar Ranjeet di Hotel Eastin Petaling Jaya

Pada bulan Ogos 2022, saudara Meiklejohn terbaca sebuah artikel berita di TheEdge di mana Ranjeet mengakui membayar rasuah kepada seorang CEO bank di Malaysia. Saudara Meiklejohn telah dapat melihat dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan di situ dia melihat nama sebuah syarikat yang pernah disebut oleh Ranjeet kepadanya iaitu Rothchilds Capital (1) Sdn Bhd. 

Ranjeet pada masa permulaan berurusan dengan saudara Meiklejohn disekitar tahun 2011 hingga 2017 pernah menyebut tentang Rothchilds sebagai syarikat keluarga antara beliau dan isterinya. Pada tahun 2018, Ranjeet telah memberitahu saudara Meiklejohn bahawa wang yang beliau hantar kepadanya melalui G&P Solutions untuk langganan RCCPS Vasseti pada tahun 2010 sebenarnya telah digunakan di Rothchilds untuk membeli pelaburan dalam dana lain. 

Saudara Meiklejohn juga mendapati bahawa Ranjeet masih terus menipu dan memperdaya orang hingga hari ini, dan beliau berharap bahawa jabatan polis dapat segera mengambil tindakan untuk menghentikan Ranjeet dan rakan-rakannya dengan segera, demi kebaikan pelabur tempatan dan pelabur asing langsung yang kini Sangat diperlukan oleh kerajaan Malaysia. 

Shah Abd Malek memohon kepada mana-mana pihak yang menjadi mangsa individu berkenaan diminta tampil berhubung dengannya melalui talian 014-2214433 atau email maper.action@gmail.com.

Post a Comment

0 Comments