AJL MERUPAKAN PLATFORM YANG AMAT BERNILAI KEPADA ARTIS DAN KOMPOSER


KUALA LUMPUR, 21 Disember 2023 -
Persatuan Karyawan Malaysia amat bimbang dengan tindakan beberapa artis dan komposer untuk menarik diri dari penyertaan dalam Anugerah Juara Lagu atau AJL yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kami amat bimbang dengan keadaan ini dan masa depan mereka, kerana AJL merjadi platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis dan komposer serta lagu mereka, selain menyumbang kepada pendapatan yang tinggi jika berjaya ke peringkat akhir. Bagi saya, untuk tarik diri dari mengambil bahagian merupakan suatu tindakan yang kurang bijak yang akan merugikan mereka sendiri dalam jangka masa panjangkata Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan.

”Sudah terbukti AJL merupakan sebuah program yang paling popular dengan jutaan pengikut dan penonton antara peminat seni suara di Malaysia. Sesiapa yang menang atau menjadi finalis akan berpotensi menjana pendapatan yang tinggi selepas muncul dalam program tersebut. Ia termasuk menerima undangan untuk membuat persembahan serta peningkatan populariti lagu mereka di kalangan peminat disertai sekali dengan tontonan tinggi di pelbagai platform media sosial yang sudah pasti akan membawa pulangan yang lumayan.”

Jadi bagi saya tidak masuk akal ada yang memilih untuk tarik diri atas sebab-sebab yang kurang jelas, iaitu perjanjian antara RIM dan MPA dengan Media Prima. Saya pun tak pasti apakah kaitan perjanjian itu dengan AJL kerana tiada sebarang penjelasan dalam mana-mana media yang membuat liputan atas perkara inikata beliau.

”Jika ia melibatkan bayaran duit apa yang saya faham ialah pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang  digunakan dalam siaran radio dan televisyen. Ini berjaya memberi imbuhan yang signifikan setiap tahun kepada komposer dan penulis lirik tempatan selain ahli RIM dan MPA melalui dua badan kutipan itu. Jadi apa lagi masalah dan tuntutan yang dimaksudkan itu?”

”Artis dan komposer dinasihati menjalinkan hubungan baik dengan stesyen penyiaran utama seperti Media Prima dan mendapatkan sokongan berterusan untuk kerjaya mereka melalui semua program popular stesyen televisyen mereka termasuk AJL, Melodi, MHI, Jom Heboh dan lain-lain serta penyiaran lagu-lagu melalui stesyen radio kepunyaan Media Prima yang amat popular.”

Jadi saya menasihati artis dan komposer untuk elak melakukan satu kesilapan besar dan terus menyertai program AJL yang paling berprestij ini untuk kekalkan hubungan baik dengan semua media di bawah Media Prima serta menentukan suatu masa depan yang lebih cerah bagi diri merekakata beliau.

Sekian, terima kasih.
Dato’ Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia

Post a Comment

0 Comments