Shopee Super Awards 2023: E-Dagang Bertemu Hiburan dan Inovasi


Bintang Strim Langsung dan Affiliate Terima Penghargaan di Anugerah E-Dagang Terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2023 - Shopee Super Awards 2023 kembali tahun ini untuk meraikan bintang cemerlang dalam landskap e-dagang Malaysia yang semakin berkembang. Majlis anugerah berkarpet merah ini dilangsungkan pada 14 Disember 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Naz Rahman dan Julie Woon, dan hadirin dihiburkan oleh persembahan dari Dolla dan Vanessa Reynauld. Salah satu majlis anugerah e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee Super Awards meraikan jenama dan penjual yang telah berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.

100 anugerah diberi kepada jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat yang telah mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawakan kualiti yang konsisten. Tempoh pengundian 28 hari di aplikasi Shopee pada bulan November membolehkan orang ramai untuk mengundi 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah tanpa pengundian ditentukan oleh hasil data platform.  

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, "Shopee Super Awards 2023 menunjukkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang mempunyai ekosistem dengan sumber dan sokongan kukuh yang membolehkan pemacuan ini. Platform kami sentiasa memperkasakan perniagaan untuk berjaya dalam ekonomi digital - sepertimana terbukti dengan 98,000 penjual baharu yang menyertai ekosistem kami pada tahun ini - terutamanya dengan program peningkatan kemahiran percuma seperti Shopee University, Shopee Seller Summit, dan kelas pemasaran pempengaruh. Tambahan lagi, penjual tempatan baharu di Shopee Live merekodkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan 16 kali ganda dalam peningkatan pesanan pada tahun ini berbanding tahun lepas. 

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Live Streamer

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengundi sepanjang bulan November untuk penjual Shopee yang telah disenarai pendek berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi, pencapaian dalam jumlah pesanan strim langsung tertinggi dalam kategori masing-masing, dan memacu jumlah dan keterlibatan penonton tertinggi. Para pemenang anugerah Super Live Streamer yang berjaya menawan penonton adalah: 

✓  Super Essentials Livestream Brand: MYDIN Malaysia
✓  Super Fashion Livestream Brand: XES Shoes
✓  Super Lifestyle Livestream Brand: STABILO Official Store
✓  Super Electronic Livestream Brand: 70mai
✓  Super Beauty Livestream Seller: KL-PHARMACY
✓  Super Essentials Livestream Seller: PHINIX STORE
✓  Super Fashion Livestream Seller: ELGINI APPAREL SDN BHD
✓  Super Lifestyle Livestream Seller: JAYATECH
✓  Super Electronic Livestream Seller: allblue5367

Anugerah di bawah Kategori Shopee Malaysian-Born Brand

HABIB Official Store menerima undian paling banyak dari kalangan orang ramai sebagai pemenang anugerah julung-julung kali Anugerah Malaysian-Born Brand. HABIB mempertunjukkan khidmat pelanggan cemerlang sebagai Shopee Mall Brand yang dipercayai sebagai 100% produk asli, polis pemulangan 15-hari, penghantaran percuma dan keistimewaan sebagai ahli jenama. 

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Aspiring Brand

Para pemenang Super Aspiring Brand menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori ini dari segi pertumbuhan jualan tahun ini dengan mencipta keterlibatan berperibadi dengan pembeli Malaysia di Shopee Live dan menggunakan pemasaran Shopee Affiliates. Mereka juga menyesuaikan produk secara hiperlokal dan pengalaman membeli-belah yang mementingkan pengguna melalui kempen-kempen terbesar Shopee, penghantaran percuma, dan program Coin Cashback.

✓  Super Aspiring Brand - FMCG: SKINTIFIC
✓  Super Aspiring Brand - Fashion: Zoe Arissa Luxe
✓  Super Aspiring Brand - Lifestyle: Touch 'n Go Malaysia
✓  Super Aspiring Brand - Electronics: DREAME

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Seller 

Anugerah Super Seller dianugerahkan kepada penjual yang mencapai keuntungan kedai tertinggi tahun ini dalam kategori masing-masing dengan mencuba cara pemasaran baharu Shopee 360 Marketing Solutions dan strategi taktikal lain. Para pemenang ini meningkatkan jenama dan jualan mereka apabila pembeli berpusu-pusu membeli-belah semasa Kempen Terbesar Shopee (Shopee 9.9, 11.11, dan 12.12 Jualan Hari Jadi):

✓  Super Mobile & Smart Devices Seller: Spraygadget
✓  Super Home Appliances Seller: The White Goods
✓  Super Tech & Gaming Seller: Impulse Gaming
✓  Super Fashion Apparel Seller: LAU THING HIM
✓  Super Fashion Shoes Seller: Webee
✓  Super Fashion Accessories Seller: Grimo
✓  Super Beauty Seller: LONKOOM
✓  Super Essentials Seller: Khairul Aming
✓  Super Baby & Kids Seller: Momo House
✓  Super Lifestyle Seller: MUSIC BLISS SDN BHD

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Shopee Celebrities 

Anugerah Super Shopee Celebrity dianugerahkan kepada individu yang bukan sahaja telah melancarkan kedai atau produk di Shopee pada tahun lalu, tetapi juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam keterlibatan pengguna melalui Shopee Live. Pera pemenang kategori ini menggunakan promosi secara efektif dan berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh, menunjukkan mereka sememangnya bintang dalam ekosistem Shopee. Tahun ini, pemenang termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman, Ceddy Ang, Dato’ Jovian Mandagie, Nuex Rosli, dan Ainul Aishah, di mana setiap mereka memberi inspirasi kepada usahawan dan pencipta kandungan yang lain dengan dedikasi, inovasi, dan usaha keterlibatan penonton mereka.

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Influencer

Mempertengahkan bakat hebat, Anugerah Shopee Super Influencer mengiktiraf pempengaruh yang memacu peningkatan trafik (10% atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun, yang memberi kredibiliti kepada penjual tempatan dan jenama dengan isi kandungan berkualiti yang diterima baik rakyat Malaysia. Individu-individu ini mempunyai ‘postings’ dengan kadar keterlibatan positif yang tinggi dan pertumbuhan pesat pengikut dan kecapaian:

✓  Shopee Super Influencer: Nyokki Ho 
✓  Shopee Super Influencer: Fateha
✓  Shopee Super Influencer: Chang Yong 
✓  Shopee Super Influencer: Hasha Shah
✓  Shopee Super Influencer: Nurul Najiah Hassan
✓  Shopee Super Influencer: Nurhasuna
✓  Shopee Super Influencer: Afiqchii
✓  Shopee Super Influencer: Toklez
✓  Shopee Super Influencer: Dina Sallehuddin
✓  Shopee Super Influencer: Sarah Mohd Shah

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Affiliate

Shopee Affiliates bangga dapat membina hubungan dengan pelanggan dalam cara yang boleh dipercayai, membawakan cadangan produk dan ‘review’ jujur, dan memacu trafik untuk jenama dan penjual tempatan. Lima affliate strim langsung diiktiraf atas kejayaan mencapai pesanan, keterlibatan dan ‘likes’, dan jumlah penonton unik strim langsung tertinggi sepanjang tahun. Tambahan, lima pempengaruh Super Affiliate diiktiraf atas kejayaan mereka menyumbang kepada purata pesanan harian tahun demi tahun. 

✓  Shopee Super Affiliate Livestreamer: Norashikin Binti Abd Rashid
✓  Shopee Super Affiliate Livestreamer: Ng Su Ling
✓  Shopee Super Affiliate Livestreamer: Jacklyn Goh Seoh Hooi
✓  Shopee Super Affiliate Livestreamer: Fadzilah Binti Abdul Jalil
✓  Shopee Super Affiliate Livestreamer: Chew Shiau Yin
✓  Shopee Super Affiliate Influencer: Puteri Syarlia Binti Sahfuzzaman
✓  Shopee Super Affiliate Influencer: Norita Binti Omar
✓  Shopee Super Affiliate Influencer: Indriana
✓  Shopee Super Affiliate Influencer: Nurul Iman Binti Abdul Rahim
✓  Shopee Super Affiliate Influencer: Syazwani Binti Md Saad

Penghargaan buat Rakan Penaja 

Atas sokongan dan dedikasi rakan penaja yang memainkan peranan penting dalam menguatkan ekosistem Shopee, Anugerah Shopee Super Partner termasuk jenama Carlsberg, INNISFREE, KITSUI, Pernod Ricard, Signature Market, SKINTIFIC, dan Vinda.

Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online

Para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbitkan oleh Shopee bertajuk “Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online”. Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing. 

Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” kata Soh

✓  Senarai penuh pemenang Shopee Super Awards 2023 dilampirkan.
✓  Tempoh pengundian Shopee Super Awards 2023 dilangsungkan pada 3 November 2023 sehingga 30 November 2023, dengan lebih 669,101 undian dari seluruh Malaysia. 

###
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Post a Comment

0 Comments