FINAS LANCARKAN PENYERTAAN FFM33 MULA DIBUKA HINGGA 6 SEPTEMBER 2024


HULU KELANG, 20 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching 
mengumumkan pembukaan penyertaan untuk Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) bermula hari ini hingga 6 September 2024 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang hari ini.

Malam Anugerah FFM33 akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media dengan tema "Emas" yang melambangkan evolusi dan kejayaan sinema Malaysia. 

Tema ini juga mencerminkan hala tuju baharu FINAS dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk dieksport, menjadikan industri filem sebagai nadi ekonomi kreatif dan budaya negara.


FFM33 akan mempertandingkan 30 kategori anugerah dan turut mengembalikan semula kategori Anugerah Filem Dokumentari Terbaik.

FFM merupakan festival filem bertaraf nasional yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi FINAS untuk mengiktiraf kecemerlangan kualiti filem dan bakat kreatif pada tahun semasa.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi dipilih sebagai rakan strategik serta penyiar rasmi malam anugerah ini.


FINAS turut mengalu-alukan kerjasama dan peluang penajaan daripada pelabur, penaja, syarikat produksi, syarikat korporat, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta lain-lain untuk menjadi sebahagian daripada festival berprestij ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman bin Nik Husin; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib dan ahli-ahli perbadanan FINAS. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi FFM33, https://ffm.finas.my atau hubungi Noorzillawati Yahya (penyertaan) melalui penyertaanffm33@finas.my atau 
03-41041354 dan YM Ts. Raja Mohammad `Adhzim Raja Ahmad (penajaan) melalui 
penajaanffm@finas.my atau 03-41010471.


SIDANG MEDIA PERTAMA - FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-33 (FFM33) 

Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan dalam industri filem tanah air. FFM33 bukan sahaja berfungsi sebagai platform festival filem nasional yang berprestij, tetapi juga bertujuan mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri. Program-program yang dilaksanakan melalui FFM33 diharap dapat mengangkat profesionalisme penggiat industri filem tempatan dan menyumbang kepada usaha pembudayaan sinema dalam masyarakat melalui karya-karya berkualiti. Ini sekaligus mewujudkan sistem sokongan yang mantap untuk memperkasakan industri filem Malaysia.

Penganjuran FFM33 adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Malam Anugerah FFM33 dijadualkan berlangsung pada 7 Disember 2024, bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Angkasapuri. Acara ini akan bermula dengan Karpet Merah pada jam 8.00 malam, diikuti dengan siaran langsung majlis anugerah dari jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi penyiar rasmi bagi acara ini. 


Tema yang dipilih untuk FFM33 kali ini ialah “Evolusi Sinema Malaysia (EMAS)”, yang bertujuan untuk menyorot perkembangan dan pencapaian sinema tempatan dari dahulu hingga kini. Penyertaan untuk pelbagai kategori anugerah telah dibuka mulai 20 Ogos 2024 dan akan ditutup pada 6 September 2024. Para penggiat industri boleh mendapatkan borang penyertaan di laman sesawang FINAS di https://www.finas.gov.my/ atau https://fim.finas.my.

PERKARA   |    BUTIRAN 

OBJEKTIF   |    ●  FFM33 MERUPAKAN INISIATIF PIHAK KERAJAAN MEMBANGUNKAN PLATFORM FESTIVAL FILEM NASIONAL YANG BERPRESTIJ UNTUK MENGIKTIRAF DAN MERAIKAN KECEMERLANGAN PENGGIAT INDUSTRI FILEM TANAH AIR. 

                           ●   FFM33 ADALAH BAGI MENGUKUHKAN JARINGAN DAN KERJASAMASTRATEGIK DI ANTARA KERAJAAN DAN PIHAK INDUSTRI DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM YANG MENGANGKAT PROFESIONALISME PARA PENGGIAT INDUSTRI FILEM TANAH AIR. 

                           ●   FFM33 ADALAH MANIFESTASI KEPADA USAHA PEMBUDAYAAN SINEMA KEPADA MASYARAKAT MELALUI KARYA-KARYA BERKUALITI YANG SETERUSNYA MEWUJUDKAN SISTEM SOKONGAN KEPADA PEMERKASAAN INDUSTRI. 

PENGANJUR   |   KEMENTERIAN KOMUNIKASI MENERUSI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS) 

MALAM ANUGERAH FFM32   |   
Tarikh: 07 DISEMBER 2024 (SABTU) 
Masa: 8.00 MALAM (KARPET MERAH)
9.00 MALAM - 12.00 MALAM
(SIARAN LANGSUNG) 

Tempat: AUDITORIUM SERI ANGKASA, KOTA MEDIA, ANGKASAPURI 

TEMA.    |   EVOLUSI SINEMA MALAYSIA  (EMAS)
PENYIAR RASMI.    |     RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) 

PERKARA.    |          BUTIRAN 

TARIKH PENYERTAAN. DIBUKA - 20 OGOS 2024
TARIKH TUTUP PENYERTAAN - 6 SEPTEMBER 2024 

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI LAMAN SESAWANG hittps://www.finas.gov.my/ atau https://fim.finas.my 

FFM33 akan mempertandingkan sebanyak 30 kategori anugerah, termasuklah:

SENARAI KATEGORI ANUGERAH 
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Lelaki Terbaik
4. Pelakon Wanita Terbaik
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
8. Pengarah Harapan
9. Pelakon Lelaki Harapan
10. Pelakon Wanita Harapan
11. Cerita Asal Terbaik
12. Lakon Layar Terbaik
13. Sinematografi Terbaik
14. Penyunting Terbaik
15. Penataan Bunyi Terbaik
16. Penataan Seni Terbaik
17. Kesan Khas Visual Terbaik
18. Skor Muzik Terbaik
19. Lagu Tema Terbaik
20. Tatarias/Solekan Terbaik
21. Rekaan Kostum/Busana Terbaik
22. Poster Terbaik
23. Filem Pendek Terbaik
24. Dokumentari Terbaik
25. Anugerah Khas Karyawan
26. Anugerah Khas Sepanjang Zaman
27. Anugerah Khas Juri 1
28. Anugerah Khas Juri 2
29. Anugerah Khas Juri 3
30. Anugerah Khas Filem Box Office

Dengan senarai kategori yang pelbagai ini, FFM33 dijangka akan menjadi satu lagi platform penting untuk mengangkat nama dan karya penggiat filem tempatan ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus memperkukuh kedudukan industri filem Malaysia di arena antarabangsa.

Post a Comment

1 Comments