KUALA LUMPUR, 18 November 2024  — KHALIFAH WORLD GLOBAL SDN BHD akan menganjurkan Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 yang akan diadakan pada 20hb — 22hb Disember 2024 di UTM Hotel & Residensi

Karnival berunsurkan objektif seperti *Memberdayakan Usahawan Tempatan, *Memperkasa Komuniti Ekonomi Digital, *Membuka Peluang Pendidikan dan Latihan serta *Menggalakkan Kerjasama dan Jaringan.



Karnival ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan, para profesional, dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan, membina jaringan perniagaan, serta menggali peluang-peluang ekonomi yang inovatif. 

Program ini akan menjadi platform utama dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru dalam sektor perniagaan dan ekonomi. 

[Atas] Dari Kiri ; Pn Fadhilah Nawawi (Pengarah Pengurusan Acara Khalifah World Global), En Razali Salleh (Pengarah Eksekutif Khalifah World Global Sdn Bhd), Datuk Adam Dahlan (CEO Redipay Berhad) dan En Amir Dr Md Shah (Pengerusi Koperasi Permodalan Inovasi Usahawan Berhad). [Bawah] En Razali Salleh (Pengarah Eksekutif Khalifah World Global Sdn Bhd.

Aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk: 
1.   Penjualan dari vendor-vendor tempatan;
2.   Aktiviti derma darah;
3.   Persembahan Artis seperti Radhi OAG, Lan Solo, Ani Mayuni & Shidi Data;
4.   Persembahan dari anak-anak OKU, penari-penari Aswara serta Ms & Mrs Legend
Universal
5.   Pertandingan Bowling, Snooker & e-Sport Mobile Legend;
6.   Penampilan vendor dari artis-artis Malaysia antaranya: ● Ako Mustafa ● Noraniza
Idris ● Tyzo ● Nazeera Sardi ● DJ Shah THR Gegar.