KUALA LUMPUR, 22 Mac 2025 - Sejarah demi sejarah telah dicetak. Rekod demi rekod telah dilakar namun penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd yang telah menjenamakan Jiwa Kacau masih belum mahu berhenti untuk melakar lebih banyak pencapaian dengan mempersembahkan hiburan berkualiti demi menepati cita rasa peminat muzik yang sudah bersama mereka sejak hari pertama.
Maka terimalah Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game yang akan menjadi sebuah lagi pesta gilang gemilang meraikan kepelbagaian muzik Nusantara.
Dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2025 di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, anda pasti tidak akan mahu melepaskan peluang menjadi saksi mata Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game.
Menerusi penganjuran siri Jiwa Kacau, Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game menampilkan pemuzik dan kugiran yang mempunyai reputasi dan repertoire yang sudah lama membekas di jiwa dan menjadi siulan di bibir.
Ucapkan terima kasih kepada MND Sport & Event Sdn Bhd kerana mempersembahkan line up yang terlalu power.
Mewakili Malaysia, dipersembahkan kugiran legenda, Spider bersama dua (2) band yang memiliki peminat luar biasa iaitu Hujan dan Bunkface.
Kerispatih, The Lantis & A Mystery Band pula akan diterbangkan khas daripada Indonesia untuk melengkapkan siri Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game pada 28 Jun 2025 ini.
“Selaku penganjur kami memberi komitmen terbaik dalam memastikan penganjuran siri Konsert Jiwa Kacau yang telah kami anjurkan sejak tahun 2023 berada dalam kelas tersendiri.
“Sebab itu kami mahu memastikan penganjuran setiap tahun mempunyai elemen dan faktor X yang lebih kuat daripada penganjuran-penganjuran sebelumnya.
“Kini untuk Konsert Jika Kacau 2025 - The Final Game kami sangat berbesar hati dan teruja membawakan Spider, kugiran legenda yang pertama kali menyertai pasukan kami bersama dua (2) band yang memang “pecah habis' Hujan dan Bunkface.
“Tidak dilupakan atas permintaan ramai dan semangat muzik serumpun, kami bawakan perdan kali juga The Lantis & A Mystery Band serta Kerispatih sebagai hiburan buat peminat yang tidak pernah meletakkan diskriminasi terhadap hiburan Nusantara,” ujar Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.
Buat Spider, tertibat dalam Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game adalah sebuah persetujuan yang akan membawa mereka kepada satu (1) atmosfera baharu bermain dengan kurigan generasi Kini.
“Spider tidak sabar bertemu dan melihat respons peminat pada penganjuran edisi Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game. Walaupun digelar “The Final Game' tapi ini bukan pengakhiran namun persembahan kami adalah yang terhebat anda akan saksikan!”ujar vokalis Spider, Tam.
Untuk menjadi saksi Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game, dapatkan tiket-tiket dengan kategori GENERAL ADMISSION (RM98), CAT 1 (RM148), ROCKZONE (RM168), VIP (RM228) dan JK (RM328) di platform www.ilassoticket.com.
Jangan sampai tidak “bertempur' mendapatkan 8,000 tiket yang dijual kerana Konsert Jiwa Kacau 2025 - The Final Game akan menjadi penganjuran sangat epik!
[[ INFORMASI ]]
ARTIS: HUJAN, BUNKFACE, SPIDER, KERISPATIH, THE LANTIS & A MYSTERY BAND
ACARA: KONSERT JIWA KACAU 2025 - THE FINAL GAME
TARIKH: 28 JUN 2025
LOKASI: STADIUM NASIONAL HOKI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
HARGA TIKET: GENERAL ADMISSION (RM98), CAT 1 (RM148), ROCKZONE (RM168), VIP (RM228), JK (RM328)
PLATFORM PEMBELIAN: ILASSOTICKETS | WWW.ILASSOTICKETS.COM
0 Comments