HydroShoppe Sdn Bhd sebagai pemegang saham tunggal Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) ingin menegaskan


KUALA LUMPUR, 3 April 2025 - ingin menegaskan bahawa sebelum ini, pihak kami telah mengemukakan permintaan kepada pihak Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital) bahawa sekiranya mereka serius dan mempunyai keupayaan mengambil alih operasi Menara Kuala Lumpur, mereka perlu menyerap kesemua 205 orang kakitangan MKLSB berdasarkan prinsip "no less favorable" dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan pencetusan pembayaran Termination & Layoff Benefits (TLOB) yang berjumlah RM2.69 juta.

Namun, pihak LSH Capita telah melengahkan proses serta menawarkan syarat pekerjaan yang kurang menguntungkan ("less favorable"), dan memberi kesan negatif kepada kebanyakkan pekerja Bumiputera di Menara Kuala Lumpur. Kelewatan dalam membuat tawaran ini akhirnya menyebabkan MKLSB terpaksa menanggung pembayaran TLOB, yang merupakan penganiayaan kepada MKLSB.

Maklumat yang diterima daripada bekas kakitangan MKLSB turut menunjukkan 
bahawa tawaran pekerjaan diberikan secara selektif, dan terdapat individu yang
menerima manfaat yang lebih rendah berbanding apa yang telah ditawarkan oleh MKLSB. Tidak sebagaimana yang digambarkan melalui kenyataan media mereka.

Ini semua menunjukkan pihak LSH Capital sedang bermain helah untuk memburuk-burukkan MKLSB. Di atas sebab kemungkiran berterusan pihak LSH Capital dan Kementerian Komunikasi, MKLSB berhak untuk meneruskan operasi selepas 1 April 2025 dan telah membawa pertikaian ini untuk di putuskan di mahkamah terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, terdapat usaha daripada LSH Capital untuk menawarkan 
pekerjaan kepada kakitangan sementara, yang dilihat sebagai cubaan mengganggu 
kelangsungan operasi Business As Usual (BAU) di Menara Kuala Lumpur. Kami 
juga ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh LSH Capital boleh 
dikategorikan sebagai "employee raiding", iaitu tindakan pengambilan pekerja 
secara agresif daripada MKLSB secara tidak sah dengan tujuan mengganggu 
operasi Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, bagi makluman, semua akaun bil utiliti yang berkaitan dengan operasi 
Menara Kuala Lumpur masih berdaftar atas nama MKLSB. Sehingga kini, tiada 
sebarang permohonan oleh pihak LCH Capital dibuat dimana menunjukkan 
dakwaan mereka bahawa mereka mempunyai keupayaan mengambil alih pada 1.4.2025 adalah satu sandiwara belaka.

Kami sekali lagi ingin menekankan bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah dan pihak LSH Capital dan Kementerian Komunikasi hendaklah berhenti membuat 
sebarang kenyataan yang tidak berasas serta menghormati prinsip undang-undang yang sedang berjalan.


Post a Comment

0 Comments