INDERA NASKHAH SERAM PSIKOLOGI YANG DITUNGGU, DI PAWAGAM 7 OGOS


KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2025 — Filem seram psikologi tempatan yang dinanti-nantikan, INDERA, telah diraikan dalam sebuah malam gala penuh meriah di GSC Mid Valley Megamall

Acara ini turut dihadiri oleh pengarah filem Woo Ming Jin, para pelakon utama seperti Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, Samara Kenzo, Ruminah Sidek, dan Adlin Aman Ramlie, serta wakil penerbit dari Greenlight Pictures, Lomo Pictures dan GSC Movies selaku pengedar filem.

Turut hadir ialah penggiat industri hiburan, rakan media dan peminat yang tidak sabar menantikan tayangan rasmi filem ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

Sempena pelancaran filem INDERA, GSC Cinemas dan TGV Cinemas turut mengadakan peraduan istimewa bagi menghargai penonton. Mereka yang membeli tiket berpeluang memenangi Superlux Ebike EB1, sebuah basikal elektrik premium yang eksklusif untuk penonton bertuah.

INDERA mengangkat kisah Joe, seorang lelaki yang kehilangan isterinya dalam tragedi menyayat hati, lalu terpaksa membesarkan anak perempuannya yang bisu dan pekak secara bersendirian. Dalam usahanya meneruskan hidup dan menebus rasa bersalah, Joe menerima tawaran kerja sebagai tukang kebun di sebuah rumah terpencil milik seorang wanita Jawa yang penuh misteri.

Namun, harapan untuk memulakan hidup baru bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Joe dan anaknya mula mengalami gangguan aneh, suara ghaib, bayangan mengerikan, dan peristiwa luar biasa yang perlahan-lahan mendedahkan rahsia kelam yang selama ini cuba dikuburkan.

Apa yang bermula sebagai kisah duka berubah menjadi perjalanan penuh ketegangan dan kengerian, menguji hubungan seorang ayah dan anak dalam menghadapi ancaman dari dunia yang tidak dapat dijelaskan oleh logik. Filem ini mengetengahkan tema kehilangan,
trauma, dan penyesalan, digarap dengan sentuhan budaya dan mistik tempatan yang unik.

Tajuk Filem:  Indera
Genre:  Seram
Bahasa:  B.Melayu
Klasifikasi:  P13
Durasi Filem:  105 minit
Produksi:  Greenlight Pictures, Lomo Pictures
Pengarah:  Woo Ming Jin
Penerbit:  Greenlight Pictures, Lomo Pictures
Pengedar:  GSC Movies
Tarikh Tayangan:  7 Ogos 2025

SENARAI PELAKON
Pelakon                            Watak
Shaheizy Sam                  Joe
Azira Shafinaz                 Anisa
Samara Kenzo                 Sophia
Ruminah Sidek                Aishah
Adlin Aman Ramlie         Mohseen

Penonton juga dijemput untuk mengikuti laman sosial rasmi GSC Movies dan saluran YouTube GSCM Originals bagi mendapatkan maklumat terkini tentang filem-filem edaran kami. 

Treler Rasmi Filem INDERA

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan #INDERA , sebuah filem seram psikologi yang akan menghantui anda lama selepas meninggalkan pawagam, bermula 7 Ogos 2025 di seluruh pawagam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari laman web rasmi GSC dan TGV, atau muat turun aplikasi mudah alih mereka.

Post a Comment

0 Comments