Edisi kali ini membawa tema “Merdeka Street Vibes”, menampilkan gabungan muzik santai, persembahan patriotik dan elemen seni budaya dalam suasana mesra komuniti, terbuka dan inklusif.
KL STREET JAM: - Diperkenalkan pada tahun 2013, KL Street Jam telah menjadi pentas hiburan terbuka yang menghimpunkan artis terkenal tanah air, termasuk nama-nama besar dan artis yang diberikan peluang kedua (revive) dalam industri hiburan tempatan. Sejak itu, ratusan artis telah dipersembahkan, menjadikan KL Street Jam sebagai antara acara bulanan yang paling dinantikan warga kota.
Edisi 2025 menyaksikan lokasi penganjuran dipindahkan daripada Jalan Raja ke Laman Jejak Pahlawan, menjadikannya kali pertama acara ini diadakan di lokasi baharu tersebut. Persembahan istimewa bakal menampilkan:
Persembahan Artis Jemputan ( Dengan Iringan KOMBO budaya DBKL dibawah pimpinan Tg Zainuddin ).
● Haiza (Dag Dig Dug) Lagu Persembahan Penasaran, Tanah Pusaka dan Dag Dig Dug 3.0.
● Maman (Teachers Pet) Lagu Persembahan Cinta Kita, Kasih Ku Pinjam Wajahmu dan Warisan Wanita Terakhir.
● Kumpulan Dr. Kronik .. Lagu Persembahan Hidup -Hidup Dibakar, Zero To Hero dan Fanatik.
● Artis Budaya & Kombo Budaya DBKL ..
● Pengacara: Nadia Hasnan ...
Program akan dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Artis Budaya DBKL menerusi lagu “Jalur Gemilang” dan “Madani Jiwa Merdeka”, diiringi koreografi sambil mengibarkan bendera. Artis jemputan juga akan menyampaikan lagu-lagu patriotik dalam persembahan mereka, diiringi secara langsung oleh Kombo Budaya DBKL.
WARISAN KL, RIVER OF LIFE & JEJAK PAHLAWAN - Penganjuran kali ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif WARISAN KL – satu gagasan strategik DBKL yang menyatukan pemeliharaan warisan, aktivasi ruang awam dan pembangunan budaya dalam bandar raya Kuala Lumpur. Lokasi acara, Laman Jejak Pahlawan, merupakan ruang terbuka baharu dalam Koridor Warisan KL, yang merangkumi kawasan ikonik seperti Dataran Merdeka, Masjid Negara, Tugu Negara dan Parlimen Malaysia.
Terletak dalam lingkungan projek River of Life (ROL) – usaha pemulihan sungai bandar yang menyepadukan rekreasi, budaya dan ekologi – Jejak Pahlawan kini mula dikenali sebagai ruang ikonik baharu yang sesuai untuk acara seni, kebudayaan dan komuniti.
KENYATAAN RASMI DATUK BANDAR KUALA LUMPUR - Penganjuran KL Street Jam di Jejak Pahlawan adalah langkah awal ke arah menjadikan lokasi ini sebagai pentas tetap untuk pengisian seni dan kebudayaan. DBKL menggalakkan agar lebih banyak institusi dan badan berkaitan, termasuk ASWARA, Universiti Malaya, UiTM serta NGO budaya seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), turut memanfaatkan ruang ini untuk program kesenian komuniti, latihan dan persembahan berskala kecil hingga besar. Kami mahu Kuala Lumpur bukan sahaja dikenali sebagai bandar moden, tetapi juga sebagai bandar yang mencerminkan jati diri rakyat, sejarah negara dan semangat kebangsaan.
PENYERTAAN KOMUNITI & SOKONGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN - Acara ini
terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Beberapa gerai push cart turut disediakan untuk makanan dan minuman ringan, manakala kawasan
berdekatan seperti D’Tebing dijangka menerima limpahan pengunjung, membantu memeriahkan aktiviti penjaja setempat.
0 Comments