Kuala Lumpur, Malaysia 2025 – Kumpulan alt-hardcore dari Malaysia, NO TIME FOR SILENCE, kembali dengan ledakan terbaru melalui single mereka “i dont wanna die tonight.flp”, lagu pembuka kepada album debut yang dinanti-nantikan, CRASH REPORT: braceforchange.flp has stopped working, yang bakal dilancarkan pada Disember 2025.
Dengan gabungan bunyi post-hardcore yang agresif, elemen elektronik glitch dan emosi
yang mentah, lagu ini menggambarkan keletihan emosi dan tekanan generasi digital
yang sentiasa terhubung tetapi semakin terasing.
Dentuman gitar yang bertenaga dan
vokal yang garang menjadikan lagu ini sebagai manifestasi semangat melawan
keputusasaan dan kehancuran diri.
Video muzik rasmi bagi lagu ini membawakan elemen satira gelap dan humor yang tidak
dijangka. Berlatarbelakangkan rumah orang tua yang tenang, ahli-ahli kumpulan muncul
sebagai versi tua diri mereka, menonton rakaman zaman muda mereka yang penuh
semangat di atas pentas.
Tiba-tiba, rasa nostalgia bertukar menjadi pemberontakan — mereka merempuh rutin harian, menjatuhkan kerusi roda dan menghidupkan kembali semangat punk yang pernah mereka miliki.
“Kami nak tunjukkan yang walaupun usia makin meningkat, semangat dalam diri tak
pernah padam,” kata mereka. “Kalau masih ada bara api, tak kira setua mana pun, kau
tetap boleh jadi gila sekali lagi.”
Komposer: loi xue en, yap ka wei, pang zi quan
Pengeluar: Byn, Jairo, Queng
Arranger: Byn, Jairo, Queng
Lyricist: loi xue en, yap ka wei, pang zi quan
Penerbit: Vocast Studio
Jurutera pencampuran: BYN
Single ini membuka jalan kepada konsert pelancaran album khas pada Disember 2025,
yang bakal menampilkan kolaborasi dengan beberapa band metal Malaysia lain yang
turut tampil dalam album ini.
Persembahan ini dijangka menjadi satu pengalaman audio visual yang huru-hara, ikonik, dan tidak dapat dilupakan oleh peminat muzik berat tempatan.
“i dont wanna die tonight.flp” kini boleh distrim di semua platform utama. Video muzik rasmi akan dilancarkan di YouTube pada hari Jumaat ini.
0 Comments