MALAM AMAL ‘LEGENDS’ KARYAWAN KUMPUL DANA BANTU ARTIS VETERAN UNTUK PROGRAM DI MITC MELAKA


KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2025 – Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Majlis Makan Malam Amal “Legends” yang bakal menghimpunkan bintang lagenda muzik tanah air demi misi kebajikan. 


Emcee Hos - Helmi Gimik

Doa Selamat Oleh Hj. Kamal

Ucapan oleh Dato' Freddie Fernandez (Pengasas Persatuan Karyawan Malaysia)

Acara penuh nostalgia ini akan diadakan pada Sabtu, 1 November 2025, jam 8.00 malam di Melaka International Convention Centre (MITC).


Ucapan Oleh Dato' Khatijah Ibrahim (Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia)

Dato' Ramli Sarip (Kumpulan Sweet Charity)

Ucapan Pihak Dari Melaka International Trade Centre (MITC), Air Keroh, Melaka

​Malam Amal “Legends” ini bakal menampilkan persembahan eksklusif daripada barisan artis ternama termasuk Sweet Charity, Kopratasa, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, Datuk Andre Goh, S. Mariam, dan Helen Vellu

Helen Velu

ITO (Blues Gang)

 Siso (Syed Indra Syed Omar) Kopratasa

Majlis ini bukan sahaja meraikan sumbangan besar mereka kepada industri seni, tetapi juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan terus kepada artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan.


Sani Sudin, Usop (Mohd. Yusof Ahmad) Kopratasa

Datuk Andre Goh

Dato' Khatijah Ibrahim (Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia)

​Bagi menjayakan misi mulia ini, KARYAWAN mempelawa syarikat-syarikat korporat dan individu untuk menaja meja mengikut pakej yang ditawarkan:

  • Berlian – RM100,000
  • Platinum – RM50,000
  • Emas – RM10,000
  • Perak – RM5,000
  • Meja Biasa – RM3,000

​Penaja meja bagi pakej Platinum dan Berlian akan mendapat kelebihan tambahan berupa ruang pameran eksklusif di lobi MITC untuk mempromosikan produk mereka.

Persatuan Karyawan Malaysia Lancarkan Makan Malam Amal Konsert Legends MITC Melaka di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

​Menurut Dato’ Khatijah Ibrahim, Pengerusi KARYAWAN, “Hasil sumbangan ini akan memastikan KARYAWAN terus berperanan dalam menjaga kebajikan lebih 7,000 artis tanah air, khususnya mereka yang memerlukan.”


​KARYAWAN menyeru orang ramai dan pihak korporat untuk bersama-sama menjayakan malam penuh legenda ini, demi menghargai pejuang seni negara dan menghulurkan kasih buat mereka yang memerlukan.

UNTUK TEMPAHAN MEJA ATAU MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

📞 Dato’ Freddie Fernandez: 012-207 1400

✉️ E-mel: fredez2009@gmail.com

#KARYAWAN #MakanMalamAmalLegends #SweetCharity #KonsertAmal #Melaka2025 #SeniDanAmal





Post a Comment

0 Comments