3 Syarikat Taja Konsert Hafiz Suip, SAH Entertainment Turunkan Harga Tiket Demi Peminat… Adira & Umai Artis Undangan


KUALA LUMPUR, 30 September 2025 – Penyanyi Hafiz Suip mengumumkan berita
gembira buat peminat setianya apabila harga tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip diturunkan selepas mendapat tajaan daripada tiga (3) syarikat lokal iaitu Bienz, Solustra Perfum dan Finura.


Pengumuman itu dibuat pada sidang media tergempar yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Bangsar pada malam Selasa.


Konsert yang bakal diadakan pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh SAH Entertainment dan menjanjikan pengalaman penuh emosi dengan gabungan perjalanan hidup serta katalog lagu hit Hafiz sepanjang 16 tahun bergelar anak seni.


Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, kehadiran tiga penaja berkenaan membolehkan pihak penganjur mengambil inisiatif mengurangkan harga tiket sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Sokongan syarikat penaja memberi ruang untuk kami menurunkan harga tiket agar
lebih ramai peminat dapat hadir. “Ini juga sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka bersama Hafiz sejak awal kerjaya,” katanya.


Selain persembahan solo Hafiz, konsert ini turut menampilkan artis undangan
istimewa iaitu Adira dan Umai bagi memeriahkan lagi malam bersejarah tersebut.

Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena bagi menyaksikan
konsert yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan seni Hafiz Suip.


Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi Ticketmelon. Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi SAH Entertainment melalui e-mel hello@sahentertainment.com.


Harga tiket baharu konsert adalah seperti berikut:

•  Bahagiamu Deritaku – RM788 - RM588
•  Awan Nano – RM588 - RM358
•  Takdir Tercipta – RM488 - RM288
•  Ombak Rindu – RM388 - RM228
•  Ku Akui – RM288 - RM188
•  Matahari – RM188 - RM148

Post a Comment

0 Comments