Turut Memperkenalkan Siri SMART MASTER, Mempamerkan Masa Depan Kediaman Pintar
✓ Midea mencapai pencapaian Malaysia Book of Records dengan pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, menandakan yang pertama seumpamanya dalam industri setakat ini.
✓ Peningkatan jejak runcit (retail footprint) meningkatkan pengalaman pelanggan melalui peningkatan aksesibiliti, penglibatan produk di kedai, dan sokongan selepas jualan yang lebih baik.
✓ Siri SMART MASTER yang baru dilancarkan, menampilkan peralatan rumah berkuasa AI, berkemampuan IoT yang direka untuk menyampaikan ekosistem kediaman pintar yang bersambung dengan lancar.
✓ Memperkukuh kehadiran pasaran dengan pertumbuhan dipercepat di seluruh negara, meluaskan akses kepada penyelesaian kediaman pintar Midea di seluruh Malaysia.
KUALA LUMPUR, 3 Disember 2025 – Midea Malaysia hari ini menandakan pencapaian utama dengan pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, pelancaran berskala nasional yang pertama seumpamanya dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Paling Banyak Dalam Satu Acara.”
Pelancaran di seluruh negara ini terdiri daripada 15 kedai jenama Midea yang baru, 2 Kedai-Pro Midea yang baru, dan 1 bilik pameran Kuala Lumpur yang menampilkan papan tanda yang diperbaharui, yang kesemuanya secara kolektif menyumbang kepada pencapaian rekod ini. Acara ini menggariskan pengembangan pesat Midea di Malaysia, mengubah jejak runcit fizikalnya daripada sifar kepada 18 kedai dalam satu pelancaran tunggal.
"Melancarkan 18 kedai jenama secara serentak adalah lebih daripada sekadar pengembangan – ia mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea. Dengan lebih banyak titik sentuhan di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengalami penyelesaian kediaman pintar kami secara peribadi, berunding terus dengan pakar kami, dan mengakses sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai lebih dekat dengan kediaman mereka. Pelancaran nasional ini mencerminkan momentum kukuh yang telah kami bina sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan meletakkan Midea untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran peralatan rumah yang berkembang pesat di Malaysia. Ia juga memperkukuh kepercayaan dan kemudahan yang kami sasarkan untuk sampaikan sebagai rakan kongsi kediaman pintar pilihan Malaysia,” kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia.
“Pada masa yang sama, kami berbangga untuk memperkenalkan siri SMART MASTER, yang mencerminkan visi kami untuk membawa teknologi pintar dan berpusatkan pengguna ke dalam setiap rumah. Dengan menggabungkan ciri-ciri berkuasa AI dengan peningkatan jejak runcit kami, kami bertujuan untuk menyampaikan pengalaman yang lebih lancar, bersambung, dan mudah untuk semua pelanggan kami.”
Pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Pelancaran Serentak Seluruh Negara
Dianjurkan serentak di seluruh Malaysia, acara tersebut – yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records, menampilkan kiraan detik yang diselaraskan di seluruh negara, di mana kesemua 18 kedai mendedahkan papan tanda hadapan kedai mereka pada masa yang sama. Pendedahan tersebut disiarkan secara langsung di semua lokasi termasuk di laman Facebook Midea Malaysia, melambangkan perpaduan rangkaian runcit Midea yang semakin berkembang.
Acara dibuka dengan pengenalan di skrin kesemua 18 pemilik kedai jenama, diikuti dengan tayangan video pratonton siri SMART MASTER baharu Midea. Mark Tam kemudian menyampaikan ucapan utama beliau, selepas itu majlis penyampaian plak dijalankan untuk 17 kedai jenama di luar Kuala Lumpur. Upacara itu juga termasuk penyampaian rasmi sijil Malaysia Book of Records untuk memperingati pencapaian jenama tersebut.
Memperkenalkan SMART MASTER: Teknologi Didorong AI Direka untuk Kehidupan Moden
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Midea memperkenalkan siri produk SMART MASTER kepada pasaran Malaysia, memberikan para hadirin pandangan pertama tentang bagaimana jenama itu meningkatkan pengalaman kediaman bersambung.
SMART MASTER mewakili rangkaian teknologi pintar yang tertanam merentasi rangkaian peralatan Midea, direka untuk memahami, menyesuaikan, dan bertindak balas secara bijak kepada keperluan pengguna melalui AI dan sensor pintar.
Untuk melengkapkan pameran SMART MASTER, Midea juga membentangkan barisan inovasi kediaman terkini yang lebih luas merentasi kategori, termasuk:
* Siri Avigator
* Siri Insta-Fit Master
* Suite Dobi (Laundry Suite)
* Hud Pemasak Berbentuk-L MCH-90XS38 (RFID)
* Dapur Gas Terbina Dalam (MGH-2590GL (RFID))
* Pembersih Vakum Robotik V12
* Kipas Tanpa Bilah (Bladeless Fan)
Bersama-sama, inovasi ini mencerminkan misi Midea untuk meningkatkan kehidupan pintar melalui ekosistem teknologi berpusatkan pengguna yang bersambung sepenuhnya. Dari peralatan berkemampuan IoT yang dihubungkan melalui aplikasi SmartHome, hingga sambungan RFID dan Wi-Fi yang membolehkan operasi dan automasi jarak jauh yang lancar, Midea terus memajukan persekitaran rumah yang menyesuaikan secara intuitif kepada keperluan harian pengguna.
Ekosistem ini diperkukuh lagi oleh penekanan jenama terhadap kejuruteraan cekap tenaga melalui peralatan yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga jangka panjang. Dengan mengintegrasikan kecerdasan didorong AI dengan penderiaan masa nyata dan penyelarasan rentas peranti, Midea bertujuan untuk menyampaikan pengalaman rumah pintar yang benar-benar padu, pintar, dan mudah untuk isi rumah Malaysia.
Memperkukuh Kehadiran Midea di Malaysia
Pengembangan nasional ini menandakan dedikasi Midea untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui ruang runcit moden yang selaras dengan identiti korporat barunya, sambil memperkukuh aksesibiliti produk merentasi lebih banyak wilayah di Malaysia. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian kehidupan bersambung, Midea bertujuan untuk memperkasakan lebih banyak isi rumah untuk mengguna pakai teknologi rumah pintar melalui kedua-dua jejak runcitnya yang semakin berkembang dan generasi baru peralatan berkuasa AI.
Dengan pencapaian ini, Midea terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama peralatan rumah yang paling cepat berkembang di Malaysia.
Menjelang tahun 2026, Midea menyasarkan trajektori pertumbuhan yang kukuh kira-kira 20%, didorong oleh peningkatan permintaan untuk penyelesaian cekap tenaga dan rumah pintar dalam pasaran tempatan. Jenama itu akan terus meluaskan dan menaik taraf rangkaian Kedai Jenama, memperkukuh perkongsian peniaga, dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara. Disokong oleh peta jalan produk 2026 yang mantap dan tumpuan yang lebih mendalam terhadap inovasi dan pengalaman pelanggan, Midea berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan pertumbuhan yang berterusan dan memperkukuh kepimpinannya dalam sektor peralatan rumah Malaysia.
Promosi Pelancaran Masa Terhad:
Untuk meraikan pembukaan besar 18 kedai jenama pertamanya di seluruh negara, Midea memperkenalkan siri promosi eksklusif sepanjang Disember:
Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025).
Pelanggan yang membeli produk Midea terpilih antara 1 hingga 31 Disember 2025 akan menerima Hadiah dengan Pembelian eksklusif, tersedia sementara stok masih ada.
Putar & Menang (Spin & Win) (3 – 10 Disember 2025):
Dari 3 hingga 10 Disember 2025, pelanggan yang berbelanja RM288 dan ke atas untuk produk Midea dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian akan layak untuk peluang Putar Roda (Spin-the-Wheel) untuk memenangi hadiah.
Belanja & Menang (Spend & Win) (3 – 31 Disember 2025):
Pelanggan yang berbelanja RM488 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit antara 3 hingga 31 Disember 2025 akan layak untuk peraduan Belanja & Menang, dengan hadiah menarik untuk direbut.
###
Mengenai Midea
Midea Group (Kod Saham: 000333.SZ di Bursa Saham Shenzhen dan 00300.HK di Bursa Saham Hong Kong, selepas ini dirujuk sebagai "Midea") adalah konglomerat teknologi global yang mengintegrasikan rumah pintar, tenaga baru dan teknologi industri, penyelesaian bangunan pintar, robotik dan automasi, penjagaan kesihatan, dan logistik pintar. Midea telah disenaraikan dalam Fortune Global 500 selama sembilan tahun berturut-turut dan beroperasi di lebih 200 negara dan wilayah. Dengan tumpuan utama pada kepimpinan teknologi, Midea telah menubuhkan 33 pusat penyelidikan dan pembangunan dan 43 tapak pembuatan utama di seluruh dunia. Sepanjang lima tahun yang lalu, Midea telah melabur lebih daripada 8 bilion USD dalam penyelidikan dan pembangunan. Portfolio jenama syarikat termasuk Midea, COLMO, TOSHIBA, Comfee, Little Swan, Hualing, Clivet, Eureka, KUKA, GMCC, Welling, LINVOL, dan Wandong Medical dan lain-lain.
Mengenai Midea Scott & English Electronics Sdn Bhd
Anak syarikat tempatan Midea, MSEE memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2006 dengan pendapatan RM 12 juta. Dengan pengukuhan berterusan imej jenama, syarikat tersebut berjaya mencapai pendapatan jualan sebanyak RM 730 juta pada tahun 2023; pertumbuhan sebanyak 61 kali dalam 17 tahun. Beberapa produk Midea kini memegang kedudukan No.1 di Malaysia. Dengan pelancaran lebih banyak produk inovatif, pintar, dan harga yang kompetitif, kami menjangkakan bahawa banyak produk Midea akan mendaki ke kedudukan No.1 dalam tempoh 3 tahun akan datang. Untuk maklumat lanjut tentang Midea dan rangkaian produknya, sila layari https://www.midea.com/my.
0 Comments