Saksikan kisah luar biasa figura Raja wanita Melayu yang bangkit mempertahankan maruah, keberanian dan cintanya dalam sebuah pementasan muzikal penuh irama, warna dan emosi.
KUALA LUMPUR, 3 Disember 2025 – Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA) dengan Kerjasama Persatuan Alumni ASWARA kini kembali dengan sebuah naskhah muzikal baharu bertajuk Teater Muzikal Paduka Cik Siti yang bakal dipentaskan pada 19hb - 21hb Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin , Putrajaya.
Teater muzikal ini merupakan sebuah karya megah yang mengangkat ketokohan dan keberanian seorang Raja wanita Melayu dalam menghadapi tekanan sosial, politik dan cinta pada zamannya. Dipersembahkan dengan gabungan lakonan, muzik, tarian, serta estetika visual yang memukau serta naratif yang menyentuh jiwa.
Dengan barisan pelakon handal dan berpengalaman , rekaan pentas berskala besar serta sentuhan pengarahan yang bertenaga, produksi yang terlibat adalah gabungan serta kolaborasi yang menyatukan alumni, pensyarah dan pelajar ASWARA.
Muzikal Paduka Cik Siti mengisahkan Cik Siti Wan Kembang yang merupakan satusatunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga, baginda terpaksa
mengantikan pemerintahan ayahanda saudaranya almarhum Raja Husein yang
mangkat dan demi menyempurnakan pesanan almarhum ayahandanya Raja Ahmad. Menolak segala pinangan raja-raja yang ingin menyuntingnya tetapi baginda nekad menyahut amanah sebagai paduka raja demi negeri yang tercinta.
Tugas sebagai Raja Wanita tidaklah semudah yang disangka, cabaran dipersoalkan kewibawan oleh pembesar sendiri, diancam oleh Siam dan hati yang diragut kesepian kerana cinta yang didiamkan. Demi negeri, segala halangan dan dugaan ditangani dengan bijaksana. Paduka Cik Siti bukan hanya tentang perjuangan wanita memimpin negeri tetapi pengorbanan menundukkan kehendak hati dan perasaan.
Teater Muzikal ini merupakan idea asal dan arahan Che Kem, tulisan oleh Roziah
Adama dan Khairunazwan Rodzy , lirik oleh Dr. Hairul Anuar Harun diterajui oleh para pelakon seperti Asmidar, Taqim Zaki, Dr. Norzizi Zulkifli, Shahrul Mizad, Nesa Idrus, Serra Kamal , Zizi Hazirah dan ramai lagi. muzikal ini menjanjikan persembahan berskala besar dan berimpak tinggi.
Tiket sedang diual di https://www.cloudjoi.com/shows/4822-teater-muzikal-padukacik-siti pada harga RM 40.00 sehingga RM 150.00
Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan teater muzikal ini, boleh ikuti rapat laman sosial berikut untuk kemas kini terkini:
Instagram : @aswara.official/@Persatuan_alumni_aswara
TikTok : aswara.official, persatuanalumniaswara
Facebook : https://www.facebook.com/@aswara.edu
###
Tentang ASWARA
Ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK), ASWARA kini muncul sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi berteraskan seni budaya dan warisan yang didokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Sepanjang lebih tiga dekad, ASWARA telah memainkan peranan penting sebagai peneraju dalam pembangunan seni dan budaya negara, dengan komitmen mendidik serta membentuk bakat muda dalam pelbagai disiplin seni tradisional dan kontemporari.
Tentang Persatuan Alumni ASWARA
Ditubuhkan pada tahun 2009 ,Persatuan kini mempunyai lebih 1000 orang ahli,
dibentuk untuk menyatukan graduan ASWARA dari pelbagai latar belakang dengan hasrat untuk terus menyokong perkembangan mereka dalam industri seni. Dalam masa yang sama ramai Alumni ASWARA yang bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kesenian untuk komuniti bagi memastikan seni terus hidup. Antara alumni ASWARA adalah seperti Namron, Nad Zainal , Sherry Al-hadad, Amyra Rosli, Amerul Affendi, Zahiril Adzim, Aubrey Suwito, Hazra Dollah dan ramai lagi.
0 Comments