KUALA LUMPUR, 03 December 2025 – Pengarah Urusan merangkap Penerbit
Filem United Nine Creative Sdn. Bhd., Dato’ Mohd Rosdi Shair, hari ini menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama MBP Solutions Sdn.Bhd (Sykt milik penuh TFP Bhd) bagi memperkukuh kolaborasi strategik dalam pembangunan serta pemodenan industri kreatif negara melalui transformasi digital.
Kerjasama ini bertujuan memberi ruang lebih luas kepada karyawan industri kreatif – termasuk pengarah filem dan drama, penulis skrip, pencipta lagu,
juruvideo, pelukis batik, pelukis potret serta penggiat seni lain – untuk memperkasa hasil karya dan perniagaan mereka menerusi sistem digital yang
inovatif dan berdaya saing global.
Produk terbaru keluaran United Nine Creative, iaitu Nine Flix, merupakan satusatunya platform berasaskan teknologi Blockchain pertama di Asia yang dibangunkan khusus untuk industri kreatif. Melalui Nine Flix, para penggiat seni
dapat melindungi hak cipta, menjejak royalti secara automatik dan telus, serta
menikmati peluang pendapatan baharu dalam ekosistem kreatif yang berintegriti
tinggi.
Dalam persefahaman ini,MBP Solution Sdn.Bhd turut menunjukkan minat untuk
membekalkan produk dan perkhidmatan Fintech mudah alih (mobile Fintech),
dompet digital (digital wallet), serta sistem sokongan pembayaran pintar yang
dapat digunakan oleh semua ahli NineFlix. Langkah ini dijangka membuka
lembaran baharu dalam cara penggiat seni menerima bayaran, mengurus royalti, dan menjana keuntungan secara langsung daripada pengguna dan peminat.
Menurut Dato’ Mohd Rosdi Shair
“Persefahaman ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan United Nine
Creative untuk membina jambatan antara dunia kreatif dan teknologi digital. Kami mahu melihat setiap karyawan diiktiraf dan menikmati hasil usaha mereka dengan lebih adil dan sistematik melalui Nine Flix.”
Beliau turut menambah bahawa inisiatif ini juga menyokong hasrat kerajaan dalam mempromosikan ekonomi digital dan memperkukuh keusahawanan kreatif, selaras dengan agenda Malaysia menuju status negara digital sepenuhnya
menjelang tahun 2030. Perancangan Masa DepanSebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang, United Nine Creative merancang untuk:
1. Menubuhkan Akademi Kreatif Digital Nine Flix, yang akan berfungsi sebagai pusat latihan dan pembangunan bakat baharu dalam bidang penerbitan digital, penulisan skrip, serta pengurusan hak cipta menggunakan teknologi Blockchain.
2. Melancarkan aplikasi mudah alih Nine Flix menjelang suku pertama tahun
2026 bagi memudahkan karyawan memuat naik karya, menjejak prestasi
tontonan, dan berinteraksi terus dengan peminat.
3. Membangunkan pasaran serantau yang melibatkan kolaborasi bersama rakan kongsi dari Indonesia, Thailand, dan Singapura bagi mewujudkan Asian Creative Blockchain Network (ACBN) – satu rangkaian yang menghubungkan seluruh pemain industri kreatif Asia Tenggara.
4. Menjalin kerjasama strategik dengan institusi kewangan dan pelabur swasta, bagi membentuk dana khas pembangunan industri kreatif digital.
Dengan perancangan ini, United Nine Creative yakin bahawa Nine Flix akan
menjadi platform revolusioner yang bukan sahaja mengubah cara karya dihasilkan dan dikomersialkan, tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai peneraju
utama dalam inovasi industri kreatif berasaskan teknologi Blockchain di Asia.
United Nine Creative Sdn. Bhd.
03 December 2025
0 Comments