Ratu Rock Ella Raikan Media & Barisan Artis Jemputannya Dalam Sebuah Majlis Istimewd Anjuran Hitman Solutions & Rockqueen
KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2026 — Menjelang detik bersejarah sempena perjalanan seni ratu rock negara Ella, sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29 Januari 2026, jam 11.30 pagi bertempat di Restoran Cili Kampung, Sunway Pyramid. Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada rakan media yang telah menjadi saksi serta menyokong setia perjalanan seni beliau lebih tiga dekad.
Majlis jamuan tengah hari ini menjadi pembuka tirai kepada konsert berskala stadium iaitu Majlis Tertinggi Rockqueen Ella, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu 14 Februari 2026 nanti.
Pertemuan Mesra, Penghargaan Bermakna
Dalam suasana santai penuh makna, Ella memilih untuk berkongsi detik dan cerita bersama rakan media, sebagai tanda terima kasihnya atas sokongan berterusan mereka yang tidak Pernah pudar padanya sejak awal pembabitan beliau dalam industri muzik tanah air.
Barisan Ikon Satu Pentas Sejarah
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan artis ternama tanah air yang sekaligus menjadi majlis pengumuman artis jemputan pada konsert beliau nanti. Antara nama mereka yang hadir ialah Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider, serta kumpulan The Boys (Ella & The Boys), sebagai simbolik penyatuan gabungan lapisan generasi dan sekaligus sebagai Penghormatan terhadap perjalanan karier seni Ella.
Dari Hati Seorang Ratu Rock
Bagi Ella, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen ini membawa makna yang jauh mendalam dari hanya sebuah persembahan pentas, ujarnya, “Ini adalah perjalanan emosi dan penghargaan buat peminat yang telah bersama saya sejak awal kerjaya. Kami sedang mengukuhkan perjalanan kandungan konsert selain latihan intensif pada fizikal, vokal serta mental kerana ini merupakan persembahan solo terbesar sepanjang karier saya.”
Beliau turut menegaskan bahawa konsert ini bertunjangkan misi kebajikan, selari dengan kepercayaannya bahawa muzik mampu menyatukan dan memberi impak bermakna, jelasnya, “Anda bukan sekadar penonton, namun anda adalah sejarah itu sendiri!”
Produksi Berskala Stadium Menghormati Legasi
Menurut En. Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, pentas konsert ini dibangunkan dengan inspirasi dan idea penuh teliti sebagai tanda hormat terhadap legasi Ella. Aspek audio, visual dan susunan kandungan persembahan dirancang teliti dalam kebersamaan untuk memberikan pengalaman bertaraf antarabangsa yang belum pernah disaksikan di Malaysia.
“Konsep pentas Separa Bulan / ‘Half Moon’ sepanjang 35 meter nanti melambangkan ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ sebagai simbol penyatuan peminat, hadirnya para penggemar muzik melalui sejarah yang dicipta bersama,” katanya.
Merchandise Rasmi Untuk Peminat Setia
Sebagai pelengkap kepada pengalaman konsert, cenderamata eksklusif rasmi termasuk koleksi t-shirt, jersi, baju panas, jaket, topi, beg, serta pelbagai barangan rasmi lain lagi telah mula dijual sejak 14 Januari 2026 di laman web www.hitmanlive.com.
Rakan Strategik
Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen turut disokong oleh rakan-rakan rasmi termasuk Perbadanan Stadium Malaysia (lokasi rasmi), Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Gegar FM (radio rasmi), Astro Gempak, Meletop dan Hlive (media rasmi), serta rakan media luar Ad Box, Wow Media dan Warisan Outdoor.
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian wakil kami di +6012-2655783 atau emelkan ke concerts@hitman.group.
0 Comments