KUALA LUMPUR, 7 Januari 2026 — Restoran Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Jelajah Rasa”. Para tetamu dijemput untuk meraikan bulan suci Ramadan dengan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan bermula dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Berinspirasikan warisan kulinari Malaysia yang kaya dan pelbagai, tema "Jelajah Rasa Ramadan" tahun ini akan membawa pengunjung mengembara ke seluruh pelosok negara melalui hidangan. Bufet ini menampilkan pelbagai pilihan kegemaran tradisional dan hidangan istimewa yang disediakan dengan teliti oleh pasukan kulinari berbakat Restoran Zende bagi menonjolkan rasa autentik dan resipi turun-temurun.
Pengunjung boleh menantikan seleksi hidangan utama yang menyelerakan, lengkap dengan stesen masakan secara langsung (live cooking stations) yang menambah keterujaan serta menjamin kesegaran hidangan.
Menampilkan lebih daripada 15 gerai makanan, bufet ini mengetengahkan pelbagai kepakaran Ramadan yang wajib dicuba, termasuk:
● Rantau Sup Warisan Ramadan (Aneka Sup)
● Dataran Kambing Panggang Nusantara (Kambing Panggang)
● Masakan Asli Kari Kepala Ikan
● Rasa Asli Pahang (Ikan Patin Tempoyak)
● Pelbagai hidangan Salai yang beraroma, serta banyak lagi masakan klasik tempatan yang digemari ramai.
Jamuan yang disusun rapi ini menjanjikan detik kebersamaan yang bermakna sambil menghayati intipati sebenar bulan Ramadan.
Restoran Zende menawarkan suasana yang mesra dan selesa buat keluarga, rakan-rakan, serta kumpulan korporat untuk berkumpul sepanjang bulan mulia ini.
Butiran Acara:
● Tarikh: 20 Februari — 18 Mac 2026
● Masa: 6.30 Petang — 10.00 Malam
● Tempat: Restoran Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
● Harga:
● Dewasa: RM158.00 Nett seorang
● Kanak-kanak (6-12 tahun) & Warga Emas: RM79.00 Nett seorang
● Promosi ‘Early Bird’: RM128.00 Nett (Dewasa) – Sah sehingga 31 Januari 2026.
Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda untuk meraikan semangat dan kemeriahan rasa Ramadan bersama-sama. Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Restoran Zende di talian +6011-3916 8907.
Layari laman web Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur di www.seripacifichotel.com atau WhatsApp ke +6018-205 7525 untuk maklumat lanjut.
Ikuti kami di Facebook Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dan Instagram @seripacificofficial untuk kemas kini promosi terkini.
Untuk Pertanyaan Lanjut:
+603 4042 5555 (Talian Umum)
+6011 2175 3626 (Talian Terus)
###
Mengenai Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang ikonik. Hotel ini menawarkan pelbagai pilihan penginapan mewah, kemudahan bertaraf dunia, dan perkhidmatan cemerlang bagi memenuhi keperluan pengembara perniagaan mahupun santai.
0 Comments