AEON MALL Bukit Tinggi Raikan Tahun Baharu Cina Melalui Inisiatif CSR ‘Prosperity Blossom’ 2026

Bukit Tinggi, 7 Februari 2026 — Sempena sambutan Prosperity Blossom AEON MALL bagi Tahun Baharu Cina, AEON MALL telah berjaya menganjurkan sebuah acara perayaan bermakna yang menggabungkan warisan budaya dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di AEON MALL Bukit Tinggi.

Antara sorotan utama acara tersebut adalah Majlis Sumbangan Kepala Singa. Sebanyak sembilan (9) persatuan tarian singa sekolah dan pertubuhan telah menerima kepala singa baharu sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan AEON MALL terhadap pembangunan belia dan pemeliharaan budaya.


Penerima sumbangan tersebut termasuk:
 √  Persatuan Kebajikan Jing Sun
 √  Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana Malaysia
 √  Sekolah Menengah Persendirian Hin Hua
 √  Sekolah Menengah Persendirian Kuen Cheng
 √  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya
 √  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri
 √  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sinar Bintang KL
 √  Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke Malaysia
 √  Persatuan Tarian Naga dan Singa Hong Yi


Majlis bermula dengan upacara Upacara Menitik Mata Singa (Lion Head Dotting Ceremony) yang disempurnakan oleh pihak pengurusan AEON MALL bersama enam rakan niaga penaja yang dihargai — The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang, dan Hock Kee. Upacara ini melambangkan kemakmuran bersama, kolaborasi, dan nilai murni yang dikongsi.


Sumbangan kepala singa ini bertujuan untuk:
 √  Menyokong kesinambungan amalan budaya tradisional.
 √  Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
 √  Mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh persatuan sekolah.
 √  Memperkasa generasi muda melalui disiplin dan kerja berpasukan.


Inisiatif ini mencerminkan peranan AEON MALL sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, bekerjasama rapat dengan rakan penyewa untuk mewujudkan impak komuniti yang positif dan mampan, terutamanya semasa musim perayaan yang utama.

Laman Web: www.aeonmallmy.com
Instagram: @aeonmallmalaysia

#AEONMALL #AEONMALLProsperityBlossom

Post a Comment

0 Comments