Sempena Bufet Ramadan 2026 Dengan Sajian Tradisi Nusantara
Ampang, Selangor 5 Februari 2026 – De Palma Hotel Ampang hari ini secara rasmi memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan “Citarasa Serantau” menerusi satu majlis Ramadan Preview & Media Tasting, menampilkan kepelbagaian hidangan tradisi serantau yang kaya dengan rasa, warisan dan nostalgia.
Ramadan sentiasa menjadi bulan yang penuh makna — bulan kesyukuran dan tradisi. Di De Palma Hotel Ampang, kami percaya bahawa pengalaman berbuka puasa bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga tentang layanan, suasana dan kenangan yang tercipta bersama insan tersayang.
De Palma Hotel Ampang kini berada di bawah pengurusan baru, iaitu The Blanket Collection. Seiring dengan perubahan ini, kami komited untuk membawa penambahbaikan dari segi kualiti servis, pengalaman pelanggan dan keseluruhan sentuhan hospitaliti agar setiap kunjungan ke De Palma Hotel Ampang menjadi lebih bermakna dan berbeza.
Berlangsung sepanjang 1 hingga 28 Ramadan 2026, bufet ini direka khas untuk membawa para tetamu menyelami keunikan masakan Melayu dan Nusantara, disediakan dengan resipi autentik serta sentuhan profesional pasukan kulinari De Palma Hotel Ampang.
Antara hidangan utama yang diketengahkan termasuklah Nasi Keraian yang aromatik, Kambing Bakar yang lembut dan berempah, tarikan unik di Palma Mongolian Stall, sajian gorengan klasik serta pelbagai pencuci mulut tempatan yang digemari ramai.
“Tema Citarasa Serantau dipilih untuk meraikan kepelbagaian rasa dan budaya makanan yang dekat di hati masyarakat kita.
Kami mahu setiap tetamu merasai kehangatan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang selesa dan meriah,” kata Pengurus Hotel De Palma Hotel Tawaran ini menjadikan bufet Ramadan De Palma Hotel Ampang antara pilihan paling berbaloi di sekitar Ampang untuk keluarga, syarikat dan kumpulan korporat.
.
Lokasi Strategik & Sesuai Untuk Berbuka Berkumpulan
Dengan lokasi strategik di Ampang serta ruang makan yang luas dan selesa, De Palma Hotel Ampang menjangkakan sambutan positif daripada pelanggan setia, komuniti setempat serta pasaran korporat yang mencari pengalaman berbuka puasa berkualiti pada harga berpatutan.
Kami memperkenalkan tema “Citarasa Serantau” untuk bufet Ramadan tahun 2026. Kami juga amat memahami kepentingan nilai dan kemampuan kepada pelanggan. Justeru, De Palma Hotel Ampang menawarkan harga pembelian awal serendah RM78.00 nett, selain harga istimewa untuk warga emas dan kanak-kanak, supaya lebih ramai dapat menikmati pengalaman berbuka puasa bersama keluarga dan rakan rakan dalam suasana yang selesa dan berkualiti.
Harga Istimewa & Tawaran Pembelian Awal:
Sebagai nilai tambah kepada pelanggan, De Palma Hotel Ampang turut menawarkan harga pembelian awal (Early Bird) bermula RM78.00 nett bagi tempahan dari 1 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
Harga bufet Ramadan 2026 adalah seperti berikut:
Dewasa: RM88.00 nett
Warga Emas: RM60.00 nett
Kanak-kanak: RM58.00 nett
Untuk tempahan sila hubungi 03-4270 7070 atau 014-305 5083.
Alamat: De Palma Hotel Ampang, Jalan Selaman 1, 2, Jln Ampang, Palm Square, 68000 Ampang, Selangor.
Facebook: De Palma Hotel Ampang
Instagram: @depalmaampang
0 Comments