KUALA LUMPUR, 12 FEBRUARY 2026 – Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, jenama masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan keaslian rasa dan warisan kulinari, menawarkan pengalaman berbuka puasa unik dengan harga bermula daripada RM44.
Mengangkat nostalgia juadah Ramadhan dalam sentuhan moden, buffet ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana penuh kemeriahan, dihiasi dekorasi berinspirasikan suasana kampung, persembahan muzik busking serta ruang makan yang mesra keluarga. Dihoskan oleh Emcee Alif Hadi semasa Prebiu Bufet Ramadan 2026 ini.
Kolaborasi strategik ini menyatukan kepakaran kulinari autentik Negeri Sembilan dengan fasiliti premium Heritage Valley, menjadikan Ramadhan Feast Buffet antara acara berbuka paling dinanti-nantikan tahun ini.
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk sajian masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, dengan pilihan seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak.
Aroma tradisi salai menambah lapisan rasa pada kuah santan berlemak dan pedas, sementara tekstur siput sedut yang unik memberi pengalaman makan yang menyeronokkan.
Kedua-duanya dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikan ia antara sajian warisan yang pasti memikat selera pengunjung bandar.
Selain itu, dengan puluhan pilihan hidangan setiap malam, pengalaman buffet Ramadhan di sini dijamin kaya dengan pelbagai rasa. Antara juadah tradisional yang boleh dinikmati termasuk ayam kampung, satey, dan aneka kuih kampung, di samping pilihan antarabangsa seperti aneka pasta Itali, soto Betawi dan bakso Indonesia, serta hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop.
Info Ramadhan Feast Buffet
● Tempoh Buffet: 20 Februari – 18 Mac 2026.
● Waktu Operasi: 6.00 petang – 10.00 malam setiap hari.
● Harga: RM88 (Dewasa) | RM44 (Kanak-kanak).
Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa, dengan kemudahan mesra pengunjung seperti parkir percuma, ruang solat yang luas dan selesa, serta persekitaran berbuka yang mesra keluarga.
Untuk menambah kemeriahan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan.
Menjelang Syawal, Heritage Valley turut merancakkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya termasuk Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol, aktiviti menganyam ketupat, serta elemen kampung di tengah kota.
Kesemua inisiatif ini diadakan bagi menghidupkan kembali semangat Ramadhan dan Raya yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya, sekaligus melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Heritage Valley.
Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar berkata, “Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah‑olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley akan menjadi destinasi utama berbuka puasa di Kuala Lumpur.”
Ramadhan Feast Buffet ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di ibu
negara.
Tempahan untuk Ramadhan Feast Buffet kini dibuka. Tetamu boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://luxeacre.onpay.my/order/form/1, dan juga boleh menghubungi nombor 018-7617688 untuk sebarang pertanyaan.
###
Tentang Heritage Valley
Heritage Valley Kuala Lumpur, yang mula beroperasi pada 2025, merupakan destinasi gaya hidup moden yang menggabungkan makanan, komuniti, seni dan acara dalam satu lokasi. Sebagai “one-stop urban hub”, Heritage Valley menghimpunkan vendor tempatan, ruang acara, festival komuniti dan aktiviti kreatif dengan fokus kepada kolaborasi, kreativiti serta sokongan terhadap perniagaan kecil. Dengan fasiliti mesra acara termasuk kapasiti sehingga 300 pax, kemudahan parkir yang luas dan ruang solat, Heritage Valley bukan sekadar tempat menjamu
selera, tetapi juga ruang interaksi, pengalaman dan peluang ekonomi untuk masyarakat bandar.
Instagram: https://www.instagram.com/heritagevalleykl/
0 Comments