Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi Atas Permintaan, Dibarisi 10 Penyanyi Hebat Era 80an dan 90an


Artis yang ditampilkan adalah Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan. 

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2026  - Kehadiran Ramadan memang sering dinantikan umat Islam di seluruh dunia kerana pada bulan inilah kita diwajibkan menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ibadah berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang dilarang. 

Selain ibadah berpuasa, kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan doa, bermuhasabah diri, bersedekah dan membantu orang lain serta memperbaiki akhlak dan hubungan sesama manusia. 

Bahkan, Ramadan yang merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam juga sangat dinantikan kerana Al-Quran pertama kali diturunkan pada bulan ini, knususnya pada malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadar (Malam Kemuliaan), yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. 

Maka, tidak hairan mengapa banyak pihak yang mengambil keberkatan di bulan suci ini dengan menganjurkan pelbagai acara atau program berkaitan dakwah dan kebajikan setiap tahun, tidak terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd. 

Kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 ini. 

Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan. 

Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, penganjuran konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima daripada peminat seni. 

“Rata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini. 

“Di mana kita bukan sahaja menampilkan elemen persembahan dengan nilai-nilai spiritual dan ketuhanan yang bersesuaian, namun apa yang lebih penting ia turut diisi dengan beberapa aktivit} ibadah yang cukup signifikan di di bulan ramadan. 

“Antaranya, tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula,” katanya Mubarak. 

Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk menjayakan konsert ini. 

“Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat,” katanya. 

Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk program konsert ini. 

“Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang dihulurkan. Pemberian duit raya pula akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan. 

“Semoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anakanak seni ini menjelang sambutan Aidilfitri, manakala pemberian duit raya pula akan memberikan kegembiraan buat anakanak yatim ini,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments