KUALA LUMPUR | 04 Februari 2026 | Khamis - Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan konsep Ramadan 2026 bertemakan “Di Bawah Langit Yang Sama", sebuah falsafah yang menekankan nilai kebersamaan, kesederhanaan dan kemanusiaan — selari dengan roh sebenar bulan Ramadan.
Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato' Che Umar, tema ini bukan sekadar konsep, sebaliknya satu refleksi tentang bagaimana Ramadan menyatukan manusia tanpa mengira latar belakang, budaya dan perbezaan.
“Walau siapa pun kita dan dari latar mana sekalipun, kita semua bernaung di bawah langit yang sama — berkongsi waktu berbuka, berkongsi rezeki dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama,” ujar beliau.
RUANG TERBUKA, LEBIH INKLUSIF & MESRA RAMADAN
Seiring dengan tema tersebut, Saloma Kuala Lumpur membuka ruang berbuka puasa di kawasan luar restoran — satu (1) pendekatan yang lebih inklusif, santai dan dekat dengan suasana Ramadan sebenar. Ruang ini diwujudkan bagi memberi pengalaman berbuka yang bukan hanya berfokus kepada makanan, tetapi juga ruang untuk berkumpul, berehat dan menghayati ibadah,
Bagi melengkapkan pengalaman ini, Saloma Kuala Lumpur turut menyediakan ruang khas solat dan tarawih, agar para tetamu dapat menunaikan Ibadah dengan tenang dan khusyuk tanpa perlu meninggalkan suasana berbuka dengan tergesa-gesa.
“Bagi kami, Ramadan bukan sekadar apa yang dihidangkan di atas meja, tetapi memberi ruang kepada hati untuk kembali tenang dan dekat dengan Allah SWT,” tambah Datin Sri Dr. Riza.
CITARASA PELBAGAI, SATU MEJA, SATU LANGIT
Konsep Ramadan 2026 di Saloma Kuala Lumpur turut menampilkan kepelbagaian citarasa sebagai lambang keharmonian masyarakat Malaysia. Dalam satu (1) ruang berbuka, tetamu dapat menikmati sajian Melayu, Cina, India, Arab dan Jepun — mencerminkan keterbukaan, saling menghormati serta kekayaan budaya negara.
Saloma Kuala Lumpur percaya bahawa makanan adalah bahasa penyatuan, dan di bawah satu langit, kepelbagaian rasa diraikan bersama sebagai simbol kebersamaan.
LIVE COOKING & LIVE STALL — HIDUPKAN TRADISI RAMADAN
Pengalaman berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur Ramadan 2026 dimeriahkan dengan konsep live cooking dan live stall, bagi menghidupkan kembali suasana tradisi Ramadan yang autentik. Antara tarikan utama termasuk:
✓ Live stall kambing bakar
✓ Sajian panggang segar
✓ Pelbagai hidangan panas yang disediakan secara langsung
Konsep ini memberi peluang kepada tetamu menikmati hidangan segar sambil merasai kehangatan suasana berbuka puasa secara bersama.
Manakala menu istimewa berbuka puasa kali ini pula, Saloma Kuala Lumpur membawakan hidangan-hidangan pilihan antaranya seperti:
1) Nasi Kambing Kebuli
2) Udang Lemak Daun Chekur
3) Ais “Teller" Pak Belalang
4) Mee Udang Tergolek
5) Bubur Lambuk Rusuk Kiri
HOSPITALITI BERTERASKAN NILAI
Di Saloma Kuala Lumpur, hospitaliti ditakrifkan sebagai memberi ruang kepada semua untuk merasa diterima — dari meja makan hingga ke ruang ibadah. Ramadan menjadi medan untuk menyemai empati, kesederhanaan dan perkongsian rezeki.
“Di bawah langit yang sama, kita duduk bersama, berbuka bersama, beribadah bersama dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama-sama," ujar Datin Sri Dr. Riza.
Saloma Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan, rakan kerjasama, vendor serta para tetamu yang terus mempercayai Saloma Kuala Lumpur sebagai destinasi berbuka puasa yang menyatukan budaya, rasa dan nilai Ramadan.
30 Ramadan @ Saloma
30 Ramadan @ Saloma Kuala Lumour 2026 adalah pengalaman berbuka puasa selama sebulan yang menawarkan hidangan tradisional dan kontemporari Malaysia yang disusun dengan teliti di dalam tempat berinspirasikan warisan ikonik Saloma. Pengalaman ini menggabungkan rasa asli, persembahan yang halus dan suasana Ramadan yang hangat. tetamu boleh memilih tarikh makan pilihan mereka dan menikmati pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja.
Layari Laman Web Rasmi Saloma KL:
Facebook: Saloma Kuala Lumpur
Instagram: @salomakualalumpur
Untuk maklumat lanjut & Tempahan Ramadan:
✓ Saloma Kuala Lumpur
✓ 1700 828 576
0 Comments