Kuala Lumpur, 23 Februari 2026 – Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur berbesar hati menganjurkan satu inisiatif komuniti sempena Ramadan melalui program Pengagihan Bubur Lambuk & Majlis Iftar Bersama Komuniti SPHKL, dengan kerjasama Saji Malaysia dan KL Hop-On Hop-Off.
Program ini akan berlangsung pada Isnin, 23 Februari 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam di Grand Pacific Ballroom, Seri Pacific Kuala Lumpur.
Selaras dengan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur program akan mengadakan sesi gotong-royong Bubur Lambuk yang melibatkan kakitangan hotel, diikuti dengan pengagihan bubur kepada orang ramai dan tetamu jemputan.
Antara aktiviti utama program ini termasuk sesi gotong-royong Bubur Lambuk bersama kakitangan hotel, diikuti pengagihan kepada orang ramai dan tetamu istimewa.
Selain pengagihan di hotel,lawatan pengagihan ke lokasi utama di Kuala Lumpur seperti KLCC, Sungei Wang, Dataran Merdeka, dan SOGO turut dijalankan, membawa semangat Ramadan terus kepada komuniti SPHKL, sebagai simbolik nilai perpaduan, kasih sayang, dan kesepakatan sempena bulan Ramadan.
Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Saji Malaysia, yang menyediakan produk masakan premium untuk penyediaan Bubur Lambuk. Kerjasama ini menunjukkan komitmen bersama untuk menyumbang kembali kepada komuniti sambil memastikan setiap hidangan disediakan dengan kualiti terbaik.
Melalui kolaborasi dengan KL Hop-On Hip-Off, pengagihan di seluruh bandar meningkatkan lagi usaha hotel untuk menjangkau komuniti di luar premis hotel, memastikan semangat Ramadan dapat dirasai di seluruh Kuala Lumpur.
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menjemput media dan orang ramai untuk Bersama-sama menyambut nilai kasih sayang, perpaduan, dan kemurahan hati sepanjang bulan Ramadan ini.
Layari laman website www.seripacifichotel.com or WhatsApp +018-205 7525 untuk maklumat
lanjut.
Ikuti kami di Facebook Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dan di Instagram @seripacificofficial untuk kemas kini promosi terkini.
Untuk pertanyaan lanjut:
+603 4042 5555 (Talian Am)
+6011 2175 3626 (Talian Terus)
###
Mengenai Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah hotel 5-bintang yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, bersebelahan dengan World Trade Centre (WTC). Hotel ini menawarkan pelbagai pilihan penginapan mewah, kemudahan bertaraf dunia, dan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi keperluan pelancong perniagaan dan santai.
0 Comments