JAKIM, YWM SANTUNI 150 ASNAF MENERUSI PROGRAM TEMU SERU RAMADAN 1447H


KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 / 20 Ramadan 1447 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) akan menganjurkan program Program Temu Seru Ramadan 1447H pada 10 Mac 2026 bertempat di Jakel Mall dan Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Program akan disempurna oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Asasnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan Tabung Musa’adah JAKIM-YWM bagi tujuan melancarkan program pemerkasaan Kebajikan dan kesejahteraan sosial ummah  sejak tahun 2020. 

Antara tujuan awal penubuhannya adalah menangani krisis pandemik COVID-19 di mana ribuan keluarga kehilangan sumber pendapatan dan akses kepada keperluan asas pada ketika itu.

Sempena Ramadan 1447H, JAKIM YWM bersama rakan-rakan strategik melalui Tabung Musaadah dengan kerjasama JAKEL dan Sekretariat Dakwah Korporat akan menganjurkan Program Temu Seru Ramadan bersama asnaf bagi menggembirakan insan-insan yang kurang bernasib baik menjalani ibadah Ramadan dan membuat persiapan berhari raya di bulan Syawal.

Objektif penganjuran program ini adalah memberi sumbangan Baju Raya kepada asnaf sebagai persiapan menyambut hari raya Aidilfitri melalui sumbangan syarikat korporat kepada asnaf yang memerlukan. 

Selain itu juga, ia dapat memberikan kegembiraan kepada asnaf dengan majlis berbuka puasa istimewa serta mempromosikan aktiviti kemasyarakatan JAKIM dan pihak penaja dalam menyantuni asnaf.

Seramai 150 orang asnaf diraikan dalam majlis ini terdiri daripada 40 orang pelajar asnaf Felda Gedangsa dan Soeharto, orang OKU (Celebral Palsy) daripada Pertubuhan Kasih, Wheel Runners, Procjaya, juga OKU penglihatan daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan serta orang golongan rentan.

Semoga dengan penganjuran sebegini akan menjadi jambatan kasih yang menghubungkan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mereka yang dikurniakan kelebihan rezeki.  Sambutan berbuka puasa dan penerimaan duit raya kepada Asnaf bersama YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM

Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan, serta menyemai rasa syukur dan keinsafan dalam hati kita semua. 

Semoga lebih ramai pihak tampil bersama menghulurkan bantuan, kerana sekecil-kecil kebaikan yang dikongsi mampu membawa kebahagiaan besar kepada mereka yang sedang menanti.

Post a Comment

0 Comments