Persatuan Karyawan Malaysia Dan FINAS Raikan Penggiat Seni Dalam Majlis Iftar Ramadhan Karyawan 2026


HULU KLANG, 8 MAC 2026 – Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan Karyawan 2026. Majlis yang penuh keberkatan ini berlangsung di Dataran Karyawan, FINAS Hulu Klang, bagi menghargai jasa serta mengeratkan silaturahim di kalangan warga industri kreatif tanah air. 


YB Turut hadir Datuk Azman, Dato Hans Isaac, Dato Afdlin Shauki., Dato Freddie Fernamdez Pengasas Persatuan Karyawan Malaysia. Dan Pemgerusi Persatuan Karyawan Malaysia Datuk Khatijah Ibrahim.


Majlis yang bermula seawal jam 5.00 petang itu dihadiri oleh barisan penggiat seni, ahli-ahli persatuan, serta wakil media. Suasana petang diserikan dengan alunan muzik nasyid dan lagu-lagu rohani, sebelum diteruskan dengan slot Tazkirah Ihya’ Ramadhan oleh ustaz jemputan bagi memberi pengisian jiwa sebelum berbuka puasa.


Selain daripada aktiviti kerohanian seperti bacaan suci Al-Quran dan solat Maghrib berjemaah, agenda utama majlis ini adalah sesi Penyampaian Sumbangan Kepada Artis. Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan Persatuan Karyawan Malaysia dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.


Presiden Persatuan Karyawan Malaysia dalam ucapannya berkata:

"Majlis hari ini bukan sekadar acara berbuka puasa, tetapi merupakan platform penting untuk kita berkumpul dan bertanya khabar. Pemberian sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban rakan-rakan artis dan menunjukkan bahawa kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan persatuan."

PENERIMA SUMBANGAN:

1. ZAITON BINTI SAMEON (ZAITON SAMEON) 

2. ABASS BIN ABU BAKAR (MAMU ABASS BAKAR) 

3. A.JALIL BIN A.HAMID (JALIL HAMID)

4. RAZALI BIN JAAFAR (ZALEE REDANG) 

5. MOHD SALIH BIN YACCOB (SALLEH YAACOB) 

6. VILLENGUEZ ALFREDO VALENTINO (FREDO FLYBAITS) 

7. MOHD ALI BIN ISMAIL (ALI XPDC) 

8. MUHAMMAD YUNUS BIN ABDUL RASHID (EBBY YUS) 

9. SHUAIB MD SHAARI (SHUIB FREEDOM) 

10. ERNEELYA ELYANA EMRIZAL (ELYANA) 

11. ABDUL RANI BIN KULUP ABDULLAH (AYAH RANI KULUP) 

12. HARUN BIN HASHIM (HARUN HASHIM) 

13. ZALEHA BINTI SALLEH (S.MARIAM) 14. ZAIRI BIN MOH (ZAIRI MOH) 

15. SITI HASLINDA BINTI ABDUL HAMID (SHASHA HAMID) 

16. BESRAN ZULKIFLY (AAN WAYS) 

17. ZULKIFLI BIN MOHAMED YUSUF (ZUL ZUR EDA) 

18. SALIM BIN IBRAHIM (DR.SAM) 

19. MOHAMAD JAMIL BIN ZULKIFLI (M JAMIL) 

20. RAJA ISKANDAR BIN RAJA IBRAHIM (IS WOW) 

21. SYED MAHDI BIN SYED FAOZI (SYED MAHDI) 

22. UMARUL MAHDZAR EMBONG (UMARUL IKLIM) 

23. AHMAD LOKMAN BIN ISMAIL (LORD LOKMAN) 

24. FAIZULL HERMAN BIN MOHAMAD YAHYA (FAIZUL ROCK) 


Majlis diakhiri dengan suasana santai melalui segmen 'Open Mic' oleh Emcee Helmi Gimmick yang memperlihatkan bakat-bakat seni menyampaikan lagu-lagu raya, sekali gus menyuntik semangat keriangan dalam menyambut bulan mulia ini.



Acara ini turut mendapat sokongan penuh daripada FINAS yang sentiasa komited menyediakan ruang dan fasiliti bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembangunan komuniti seni tempatan.

###

Mengenai Persatuan Karyawan Malaysia:

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk memperjuangkan hak, kebajikan, dan pembangunan profesional para penggiat seni dalam pelbagai bidang termasuk muzik, lakonan, dan seni persembahan di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments