Konsert “For You Nourul” DIJADUAL SEMULA Ke-30 Mei 2026 Sebuah Preview Fasa Baru Kehidupan Nourul Depp


KUALA LUMPUR, 31 MAC 2026 -
Demi memberi kepuasan maksimum kepada peminat dan memastikan kualiti terbaik
sebelum ‘membuka panggung’ dengan konsert sulung yang cukup bermakna
sepanjang lebih tiga dekad dalam industri, Nourul mengumumkan penukaran tarikh
konsert For You Nourul.

Konsert yang sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 17 April 2026 kini
dijadualkan semula ke 30 Mei 2026.

Justeru, Nourul akan bertemu dan berpesta bersama para peminatnya pada tarikh ,baharu yang disifatkan paling tepat oleh pihak penganjur, ND Entertainment.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu tetap optimis bahawa konsert solo ini akan mendapat sambutan hangat dan menjadi momen terindah yang telah dirancang rapi sejak sekian lama.

Konsert ini akan menjadi satu ‘preview’ kepada fasa baru dalam perjalanan saya. Ia adalah permulaan kepada satu bab baru dengan mindset, tenaga, dan visi yang
berbeza,” ujar Nourul.

“Pihak penganjur dan Nourul telah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta
Aidiladha.

Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei 2026 sangat sesuai bagi memberi
ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan. Kami
mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam
suasana yang lebih selesa dan meriah, ”tambahnya

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab, 49, berkata penukaran tarikh ini juga memberi kelebihan dari segi perancangan produksi dan barisan artis jemputan.

Antara sebab tarikh For You Nourul ditukar kepada 30 Mei 2026 adalah kerana
melalui proses perbincangan bagi mencapai kata sepakat untuk penyusunan semula jadual perjalanan konsert susulan penukaran penganjur lama kepada syarikat saya sendiri,” jelas Nourul.

“Hari ini merupakan satu langkah penting, bukan sahaja untuk saya sebagai seorang
artis, tetapi juga untuk ND Entertainment sebagai penganjur rasmi konsert ini. ND
Entertainment sebenarnya lahir daripada satu keadaan yang tidak dirancang —
apabila kami perlu mengambil alih penganjuran konsert ini daripada penganjur terdahulu.

Saya juga sedar, jika saya memilih untuk membatalkan konsert ini, mungkin saya
tidak akan dapat meningkatkan standard saya sebagai seorang penyanyi. Konsert
ini bukan sahaja tentang persembahan, tetapi tentang pembelajaran, tentang
memahami proses, dan tentang membawa sesuatu yang baru dalam perjalanan
saya sebagai seorang artis dan juga seorang usahawan,” ujar Nourul.

Menurut Nourul lagi, kali ini dia bukan muncul sebagai penyanyi sahaja tetapi
menggalas tugasan yang besar sebagai penganjur, usahawan, isteri, kakak dan juga seorang wanita yang melalui pelbagai cabaran.

Dalam masa yang sama, Nourul melahirkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada suami yang menjadi tonggak kekuatan dirinya serta pasukan ND
Entertainment yang berdiri teguh di belakangnya.

Mereka telah menunggu detik ini selama hampir 15 tahun — sejak saya mengambil
keputusan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan membina perniagaan kami dalam Herbalife,” tambahnya.

Memilih Eddie Slam sebagai pengarah muzik untuk konsert ini, Nourul juga
menegaskan bahawa ND Entertainment akan memberikan yang terbaik dari segi
penganjuran dan produksi melalui acara perdana mereka ini.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket mengikut kategori harga yang telah
ditetapkan:

RM198 – Sehati Sejiwa
RM298 – Cinta Azali
RM328 – Keliru
RM388 – Kerana Terluka
RM6,000 – VIP Box

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi:
Nah, sekarang catat dalam kalender betul-betul!

Konsert For You Nourul akan berlangsung pada 30 Mei 2026, jam 8.00 malam
bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh emosi, nostalgia dan cinta — khas
For You.

Jangan sampai ‘Keliru’ kerana anda pasti ‘terluka’ jika terlepas temu janji For You
Nourul tanggal 30 Mei 2026 ini. Janji ya, kena ‘Sehati Sejiwa’ di For You Nourul
nanti!

INFORMASI
Artis: Nourul
Acara: For You Nourul
Tarikh: 30 Mei 2026
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
Masa: 8 Malam
Penganjur: ND Entertainment

Harga Tiket: RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka), RM6,000 (VIP Box).

Post a Comment

0 Comments