KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – Pencipta kandungan Malaysia, Muhammad Noor Zakaria atau MadNor, tampil sebagai duta jenama Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP dengan gaya penyampaian bersahaja dan berjenaka dalam mengetengahkan amalan perbelanjaan bijak bersama Shopee VIP. Dikenali sebagai figura “abang” dalam kalangan Gen Z, MadNor sering menegur tabiat berbelanja secara impulsif dengan cara yang santai tetapi penuh pengajaran, menjadikan beliau mudah difahami dan dekat di hati golongan muda. Ramai juga merujuk beliau untuk tip praktikal dalam mengurus kewangan harian, berdasarkan pandangannya yang jujur dan relevan.
Sempena kempen ini, MadNor menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan lebih bijak melalui pelbagai manfaat Shopee VIP seperti Penghantaran Percuma Harian tanpa Perbelanjaan Minimum, tawaran akses awal VIP 50% diskaun, serta baucar VIP bernilai lebih RM4,400.
MadNor Berkongsi Tip ‘Reward Diri’ dengan Shopee VIP untuk Lebih Penjimatan
Dalam kandungannya, MadNor sering mengingatkan Gen Z supaya berbelanja mengikut kemampuan, terutamanya apabila berdepan trend viral seperti pembelian matcha dan blind box. Pendekatan ini juga menjadi amalan MadNor dalam kehidupan seharian, di mana beliau masih menikmati membeli-belah, namun dengan lebih terkawal dan penuh pertimbangan.
Baru-baru ini, MadNor berkongsi bagaimana dia mengurus pembelian untuk barangan yang diminatinya di Shopee. “Kebelakangan ini saya minat jam tangan, sut dan Baju Melayu. Tapi saya tak terus beli — biasanya saya masukkan dulu dalam troli Shopee untuk fikir semula. Aib! Kadang-kadang kita mudah ikut kehendak hati, jadi cara ini bantu saya buat keputusan yang lebih bijak,” katanya. “Sekarang dengan Shopee VIP, saya tak perlu tunggu lama — saya dapat akses awal ke tawaran eksklusif, boleh gabungkan baucar, dan nikmati penghantaran percuma tanpa had. Jadi saya yakin saya memang dapat nilai terbaik.”
MadNor turut menekankan bahawa Shopee VIP membantu beliau kekal berdisiplin dalam berbelanja sambil memaksimumkan nilai setiap pembelian. “Shopee VIP memang berbaloi. Anda boleh cuba percuma selama sebulan, dan selepas itu melanggan pada hanya RM4.50 sebulan,” katanya. “Bagi saya, nilai sebenar terletak pada bagaimana ia bantu saya mengurus bajet dengan lebih baik. Sempena kempen 4.4 ini, saya boleh menikmati lebih banyak penghantaran percuma, akses awal kepada tawaran sehingga 50% diskaun, serta baucar bernilai lebih RM4,400 — jadi perbelanjaan harian pun terasa lebih terkawal. Jwanji Jimat!”
Sebagai duta jenama Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP, MadNor melihat peranan ini sebagai peluang untuk berkongsi cara perbelanjaan yang lebih praktikal melalui kandungan yang dekat dengan pengguna. Beliau akan bersiaran di Shopee Live pada 3 April (8PM–10PM), 4 April (12PM–2PM), dan 15 April (12PM–2PM), untuk berkongsi tip berbelanja dengan lebih bijak menggunakan Shopee VIP.
Beli Lebih Bijak Bersama MadNor Sempena 4.4
Menjelang Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP, pengguna boleh mendaftar Shopee VIP sekarang dengan percubaan percuma selama 1 bulan, diikuti yuran bulanan RM4.50, untuk menikmati pelbagai manfaat eksklusif. Antaranya termasuk Penghantaran Percuma Harian tanpa Perbelanjaan Minimum, tawaran akses awal VIP 50% diskaun, serta baucar VIP bernilai lebih RM4,400 — memberikan lebih banyak peluang untuk berjimat dalam setiap pembelian.
Selain itu, ahli Shopee VIP juga boleh menikmati tawaran eksklusif daripada rakan kerjasama dalam kategori gaya hidup dan produktiviti seperti Trip.com, iQIYI, VIU, ClassPass, ChatGPT dan banyak lagi.
Langgan Shopee VIP hari ini dan mula membeli-belah sempena Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP untuk memaksimumkan penjimatan anda. Janji Jimat! Ketahui lebih lanjut di: https://shopee.com.my/m/4-4
###
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terbesar merentas rantau di Asia Tenggara dan Taiwan, serta merupakan salah satu platform terkemuka di Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.
0 Comments