Sakura Band Kembali dengan Album Terbaharu ‘RE:START;, Menandakan Kebangkitan Semula Kumpulan Muzik Ini!


Kuala Lumpur, 17 April 2016 - Selepas melalui tempoh rehat yang agak panjang, kumpulan muzik tempatan, Sakura Band, kini kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi pelancaran album terbaharu mereka berjudul ‘RE:START’ yang menandakan satu titik kebangkitan semula buat kumpulan ini. Album ini dilancarkan menerusi persembahan istimewa kumpulan ini dalam sidang media yang dianjurkan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur. 

Menurut Mell atau nama sebenarnya Melly Matius yang mewakili Sakura Band, pemilihan judul ‘RE:START’ bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan fasa baharu yang dilalui oleh kumpulan itu. 


Konsep kali ini memang lebih kepada kemunculan semula Sakura Band selepas lama kami berehat. Sebab itu kami pilih nama RE:START. Dari segi muzik, memang ada perubahan sedikit. Kali ini, kami lebih ke arah pop rock tetapi dalam masa yang sama kami masih kekalkan identiti Sakura Band itu sendiri,” katanya. 

Album ini dibuka dengan trek pengenalan berjudul “RE:START” yang berfungsi sebagai pembuka jalan kepada keseluruhan naratif album. Mell menjelaskan bahawa setiap lagu dalam album ini membawa cerita tersendiri yang dekat dengan pengalaman peribadi mereka. 


Kebanyakan lagu datang daripada apa yang kami sendiri lalui seperti perkara-perkara dalam hidup kami. Jadi semua ini sangat dekat dengan kami,” katanya. 

Sebagai strategi memperkenalkan semula identiti muzik mereka kepada peminat lama, Sakura Band memilih sebuah lagu berunsur pop sebagai single pertama iaitu “Masih”.


Kami fikir dari segi strategi juga, nak bagi peminat lama rasa ‘ini Sakura Band yang mereka kenal’. Lagu ini ada elemen pop yang kuat dan vibe dia hampir dengan lagu Melepaskanmu. la jadi seperti ‘bridge’ untuk bawa pendengar kembali kepada muzik kami,” ujar Mell

Dari segi produksi, album ini turut menyaksikan kolaborasi bersama nama-nama berpengalaman dalam industri. Sakura Band kembali bekerjasama dengan penyanyi / penulis lagu, Adi 6Gixth Sense di samping menjalin kerjasama pertama dengan penerbit Laq, gitaris kumpulan Akim & The Majistret. 


Proses rakaman untuk lagu “Masih” dan “Bulan & Bintang” yang melibatkan Adi dan Laq berjalan dengan sangat lancar. Mereka jelas dengan hala tuju lagu dan kami pula bebas berkongsi idea. la jadi satu proses kolaboratif yang sangat positif,” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments