Kumpulan Teknologi Global dengan 50% Pegangan Pasaran Mini LED Pacu Pengembangan Serantau, Sasar Pertumbuhan Segmen Pertengahan hingga Premium
KUALA LUMPUR, 30 April, 2026 – TCL, kumpulan industri teknologi global dengan pendapatan tahunan melebihi RM206 bilion (356 bilion yuan), hari ini mengumumkan strategi produk dan komersialnya untuk Malaysia bagi tahun 2026 dengan pelancaran sulung proprietarinya, teknologi SQD-Mini LED serta portfolio penuh produk rumah pintar.
Langkah ini dijangka mengukuhkan fokus TCL terhadap segmen pertengahan hingga premium serta pengembangan pasaran luar negara.
Diiktiraf sebagai jenama televisyen yang bereputasi dan dipercayai, TCL telah berkembang menjadi antara pengeluar TV terkemuka dunia, dengan populariti yang meningkat di pelbagai pasaran global.
Penghantaran TV TCL di peringkat global melebihi 30 juta unit pada tahun 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan utamanya dalam kategori Mini LED dan TV skrin besar 98 inci. TCL juga menguasai 50 peratus pasaran Mini LED global.
Pengarah Urusan TCL Malaysia, Ms Carolyn, berkata Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan strategik bagi pengembangan Ekosistem Smart IoT TCL. “Dengan teknologi SQD-Mini LED, kami bukan sekadar melancarkan produk, kami menetapkan penanda aras baharu bagi teknologi paparan dalam segmen premium”.
Dalam bidang teknologi, TCL terus giat membangunkan teknologi paparan termaju dan kecerdasan buatan, dengan komitmen untuk memacu pembangunan serta aplikasi produk paparan berprestasi tinggi.
TCL CSOT, sebagai syarikat teknologi paparan semikonduktor global terkemuka, telah melabur hampir RM170 bilion (300 bilion yuan) untuk membina rantaian industri bertaraf dunia dan menerajui kepimpinan dari segi teknologi hingga ekosistem, serta mengembangkan teknologi paparan baharu seperti OLED cetakan inkjet, Micro-LED dan Mini-LED.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran Mini-LED telah berkembang pesat dan kadar pertumbuhannya telah mengatasi OLED, menjadikannya teknologi pilihan untuk TV flagship di seluruh dunia.
“Kedudukan perintis dan kepimpinan TCL dalam bidang Mini-LED bukan sahaja mencerminkan pilihan pasaran tetapi juga kekuatan teknologi,” kata beliau.
Siri Produk TCL 2026:
Siri Produk TV
Syarikat juga dilaporkan akan mengkomersialkan tiga generasi Mini LED di Malaysia. Model flagship X11L, yang menampilkan SQD-Mini LED dengan kecerahan puncak 10,000 nits dan 20,736 zon peredupan tepat, menyasarkan segmen ultra-premium. Siri C8L dan C7L pula memperluaskan SQD-Mini LED ke pasaran volum tinggi premium dengan kecerahan sehingga 6,000 nits. Kesemua model dilengkapi sistem audio yang ditala oleh Bang & Olufsen.
“SQD-Mini LED mengatasi OLED dari segi kecerahan, jangka hayat dan kos pemilikan keseluruhan, selain menghapuskan risiko terbakar. Bagi rakan runcit dan pengguna yang melabur dalam kitaran pembaharuan 5–7 tahun, kebolehpercayaan ini memberikan nilai sebenar. Inilah kelebihan TCL dalam segmen premium,” kata Ms Carolyn.
Siri Produk Penyaman Udara
TCL turut memperkenalkan Siri Penyaman Udara VoxIN dengan teknologi penjimatan tenaga pintar T-AI, yang mampu menjimatkan sehingga 37 peratus tenaga berbanding model konvensional – satu kelebihan penting dalam situasi kos tenaga yang meningkat. Kawalan suara luar talian dan fungsi pembersihan kendiri turut mengurangkan kerumitan penyelenggaraan bagi rakan saluran.
Barisan Produk Peralatan Rumah
Portfolio peralatan rumah TCL menekankan estetika terbina dalam dan kapasiti. Peti sejuk terbina dalam nipis dengan integrasi kabinet 1cm dan teknologi pensterilan T-Fresh, serta mesin basuh C682 dengan Super Drum 540mm dan Auto Dose, menyasarkan segmen kediaman bandar premium yang semakin berkembang di Malaysia.
“Produk TCL 2026 selaras dengan strategi global kami iaitu memacu penembusan segmen pertengahan hingga premium, memanfaatkan kerjasama Olimpik untuk meningkatkan jenama, serta memberikan nilai nyata melalui kecekapan tenaga dan integrasi ekosistem,” tambah beliau.
Sebagai rekod, TCL telah menandatangani perjanjian pada Februari 2025 untuk menjadi rakan global Sukan Olimpik Musim Panas Los Angeles 2028, sekali gus membantu membawa acara tersebut ke era teknologi baharu serta menyediakan pengalaman tontonan imersif kepada pengguna global melalui teknologi paparan terkini.
Sepanjang lima tahun lalu, melalui dua kumpulan industrinya iaitu TCL Industries dan TCL Technology, jumlah hasil TCL meningkat daripada lebih RM96 bilion (165.9 bilion yuan) pada tahun 2020 kepada lebih RM206 bilion (356 bilion yuan), dengan kadar pertumbuhan tahunan purata 16.5%. Hasil luar negara TCL meningkat daripada RM42.59 bilion (73.46 bilion yuan) kepada RM98.62 bilion (170.1 bilion yuan), dengan kadar pertumbuhan tahunan purata 18.30%.
###
Mengenai TCL
Ditubuhkan pada tahun 1981, TCL beroperasi sebagai dua kumpulan industri: TCL Industries dan TCL Technology. Dengan 47 pusat R&D, 40 pangkalan pembuatan, 160,000 pekerja dan 124,271 paten, TCL melayani 1.3 bilion pengguna di lebih 160 negara dan wilayah. Dari tahun 2021 hingga 2025, pelaburan R&D mencapai 74.5 bilion yuan. Jumlah hasil meningkat daripada 165.9 bilion yuan pada tahun 2020 kepada 356 bilion yuan, dengan hasil luar negara mencecah 170.1 bilion yuan, masing-masing pada kadar CAGR 16.5% dan 18.30%. Misi TCL ialah “Teknologi Terunggul, Keharmonian Bersama.”
0 Comments