MALAM GALA ‘NAR’SATA: SEKUTU SETAN’ MERIAH, TAMPIL FILEM THRILLER GORE PALING BERANI MIG

Petaling Jaya, 12 Mei 2026 – Majlis Malam Gala filem Nar’sata: Sekutu Setan berlangsung meriah di TGV Sunway Pyramid dengan kehadiran barisan pelakon, rakan media serta penggiat 
industri.Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini tampil sebagai percubaan berani dalam genre thriller gore, dengan pendekatan lebih ekstrem dan matang berbanding karya mereka terdahulu.

Menurut penerbit, David Teo, naskah ini merupakan satu taruhan berisiko tinggi, namun diyakini mampu membawa kelainan kepada landskap filem tempatan. Filem ini ditulis dan diarahkan sepenuhnya oleh Pierre Andre, yang tampil dengan gaya pengarahan lebih keras, menggabungkan elemen psikologi, spiritual dan gore dalam satu penceritaan yang gelap serta intens. 

Filem ini turut diklasifikasikan 18SG dan disasarkan khusus kepada penonton matang.

Nar’sata: Sekutu Setan mengisahkan Balqis, seorang wanita yang hidupnya musnah selepas menjadi mangsa keganasan sekumpulan lelaki. Diselamatkan oleh seorang wanita tua misteri, Balqis kemudiannya terikat dengan satu perjanjian ngeri yang membawanya ke jalan dendam dan kuasa gelap.

Dipenuhi babak aksi ganas dan elemen gore yang berani, filem ini menjanjikan pengalaman tontonan yang intens dan berbeza, khusus buat peminat genre thriller gore yang mencari kelainan.

Filem ini diterajui oleh Trisha Ooi, pemenang Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-33, bersama Mawar Rashid sebagai pelakon utama, sekali gus memperlihatkan gabungan dua figura wanita yang membawa kekuatan emosi dan daya tarikan komersial kepada filem ini.

Turut membarisi filem ini ialah pelakon muda seperti Fadlan Hazim, Khenobu, Dai Fuad, Imranul Effendy dan Aniq Suhair. Kekuatan lakonan mereka turut diperkukuhkan dengan kehadiran pelakon berpengalaman seperti Khatijah Tan, Namron, Wan Hanafi Su, Ashraf Muslim serta Vanidah Imran.

https://youtu.be/D1FjptH76N8?si=TdN_rsA7O739lPt1

Filem Nar’sata: Sekutu Setan akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei 2026.Dalam perkembangan lain, Metrowealth turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang menjalani penggambaran filem Jangkar, arahan Jason Chong, yang dijangka ditayangkan pada tahun 2027

Post a Comment

0 Comments