Saksikan EXO di Kuala Lumpur dengan Peraduan Tiket Konsert Eksklusif Shopee Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 Mei 2026 – EXO-L kini mempunyai peluang terakhir untuk menyaksikan EXO secara langsung di EXO PLANET #6 EXhOrizon di Kuala Lumpur menerusi Shopee, platform rasmi yang menawarkan peluang kepada para peminat untuk memenangi tiket konsert dan koleksi eksklusif edisi terhad.

Cheryl Ang, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kemunculan semula EXO selepas tujuh tahun sememangnya detik yang dinantikan ramai peminat di Malaysia. Menerusi peraduan ini, pelanggan Shopee VIP berpeluang menyaksikan konsert secara langsung serta membawa pulang koleksi eksklusif. Di Shopee, kami sentiasa komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dengan mendekatkan para peminat kepada artis dan momen yang mereka gemari.”

Langgan Shopee VIP dan Menangi Tiket Konsert EXO serta Koleksi Eksklusif di Shopee

Pelanggan Shopee VIP berpeluang memenangi hadiah eksklusif dengan melengkapkan tugasan harian di Shopee Mission untuk mengumpul “Golden Tickets” serta menghantar penyertaan kreatif dari 26 Mei hingga 6 Jun 2026.

Cara penyertaan di Shopee:
1.  Peserta mestilah pelanggan Shopee VIP. Pengguna yang belum melanggan boleh mendaftar di sini untuk menyertai giveaway ini.
2.  Hantar penyertaan kreatif mengenai sebab anda ingin menghadiri konsert EXO dan bagaimana langganan Shopee VIP menjadikan pengalaman ini lebih istimewa.
3.  Lengkapkan tugasan harian di Shopee Mission untuk mengumpul mata dan menebus “Golden Tickets”.
4.  Kumpulkan sekurang-kurangnya satu (1) Golden Ticket untuk layak menyertai. Lebih banyak “Golden Tickets” yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk menang.

Pemenang akan diumumkan melalui aplikasi Shopee, notifikasi push, e-mel atau media sosial pada 10 Jun, menjelang konsert EXO pada 20 Jun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketahui lebih lanjut di sini. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Nikmati Ganjaran Lebih Berbaloi Sempena 6.6

Raih lebih nilai dengan setiap pembelian sempena Shopee 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini. Dapatkan penghantaran segera dan penghantaran pada hari yang sama di seluruh negara, Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta diskaun sehingga 50% untuk tawaran Shopee Lagi Murah Jualan Kilat. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan peraduan menarik, layari di sini.

###

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.

Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.

Post a Comment

0 Comments