Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 – Industri perfileman tempatan terus merancakkan tahun ini dengan sebuah filem aksi-drama penuh intensiti berjudul The Furious:
Pertaruhan Maruah, yang menggabungkan elemen pertarungan tinju, konflik
kekeluargaan serta tema maruah, dendam dan pengorbanan dalam sebuah naratif
yang sarat emosi.
Filem ini dipersembahkan oleh gabungan penerbit terkemuka iaitu ACT 2 Pictures
Sdn. Bhd., Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd., Astro Shaw Sdn. Bhd., dan SunStrong
Entertainment, dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital
serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), manakala pengedaran rasmi dijalankan oleh GSC Movies.
Filem ini merupakan debut pertama buat pengarah baru Heng Aik Siong, yang
selama ini menjadi pembantu pengarah kepada pengarah terkemuka Adrian Teh. Di dalam The Furious: Pertaruhan Maruah, mereka bersama-sama membawakan visi
filem aksi tempatan yang menonjolkan pertarungan fizikal di gelanggang, serta
pertarungan emosi di dalam hubungan kekeluargaan yang rapuh
The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham & Marisa Yasmin. Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.
Malam Gala The Furious: Pertaruhan Maruah telah berlangsung dengan meriah
pada 19 Mei 2026 di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, dan disambut dengan kehadiran rakan media, tetamu industri serta barisan pelakon yang memeriahkan acara tayangan perdana tersebut.
Dengan gabungan aksi tinju yang realistik, drama kekeluargaan yang dekat dengan
jiwa penonton serta emosi yang kuat, The Furious: Pertaruhan Maruah dijangka
menjadi antara filem aksi tempatan yang paling mencuri perhatian tahun ini. Filem
ini akan mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.
https://youtu.be/YZhX1GIl1ms?si=mB4L5S1qWv8T0W1_
BARISAN PELAKON
● Zul Ariffin sebagai Firdaus
● Sky Iskandar sebagai Hakim
● Ikmal Amry sebagai Danial
● Sandra Lim sebagai Lydia
● Zamarul Hisham sebagai Emmet
● Marisa Yasmin sebagai Mastura
Sebarang liputan media terhadap filem The Furious: Pertaruhan Maruah amatlah
dihargai. Hashtag Rasmi: #TheFuriousPertaruhanMaruah #TheFurious
0 Comments