KUALA LUMPUR, 8 JUN 2026 – Seramai 34 penerima diraikan pada Anugerah Media
Agrobank hari ini bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam menghasilkan laporan dan karya berkualiti yang memperkukuh kefahaman awam mengenai sektor pertanian, keterjaminan makanan serta inisiatif pembangunan Agrobank.
Memasuki tahun ketiga penganjuran, Anugerah Media Agrobank mengekalkan
kedudukannya sebagai satu-satunya anugerah media yang dianjurkan oleh institusi kewangan di Malaysia.
Sebagai institusi perbankan yang mempunyai mandat khusus dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, Agrobank menjadikan anugerah ini sebagai platform untuk menghargai peranan media dalam membina kefahaman awam, mengangkat naratif pertanian serta memperluas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sektor agromakanan negara.
Sejak penganjurannya pada 2024 dan 2025, Anugerah Media Agrobank telah mengiktiraf
35 pengamal media daripada pelbagai organisasi media tempatan termasuk BERNAMA, The Star, The Malaysian Reserve, Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia, RTM, TVS, Suara Sarawak, New Straits Times dan Sin Chew Daily, atas sumbangan mereka dalam mengetengahkan karya berkaitan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.
Pada tahun ini, hadiah keseluruhan bernilai RM60,000 ditawarkan kepada para pemenang merentasi beberapa kategori, termasuk Anugerah Media Cetak & Portal Berita (Berita), Anugerah Media Cetak & Portal Berita (Rencana), Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita), Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Dokumentari), Anugerah Media Radio, Anugerah Kewartawanan Teknologi & Digital Agrobank serta kategori baharu, Anugerah Video Pendek Pelajar.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah
Raja Hussin berkata, “Media memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk
naratif dan kefahaman masyarakat terhadap isu pertanian, keterjaminan makanan serta
pembangunan komuniti agromakanan. Melalui Anugerah Media Agrobank, kami ingin memberi pengiktirafan kepada pengamal media yang bukan sahaja melaporkan berita,
tetapi turut membantu menjelaskan isu, mengetengahkan suara komuniti dan
mengangkat kepentingan sektor pertanian kepada masyarakat,” katanya.
1. ANUGERAH VIDEO PENDEK PELAJAR
TEMPAT PERTAMA
Norshakinah binti Afendi, Farah Khairin Binti Muhaideen Kader, Wan Muhammad Nur Aiman Bin Wan
Zuhaimi, Muhammad Afif Haziq Bin Abu Hassan, Ahmad Ammar Syazani Bin Ahmad Fairus (UMK)
Harvest Herd Farm (H2f) - Usahawanan Muda Agromakanan Masa Hadapan
TEMPAT KEDUA
Muhammad Asraf Bin Mat Rani (UMK)
Dari Import ke Inovasi: Memperkasa Bekalan Anak Pokok Tempatan
TEMPAT KETIGA
Afnan 'Adeel bin Omar (UiTM)
IgroBiz: Dari Ladang Ke Legasi
“Kategori baharu untuk pelajar ini amat bermakna kerana ia membuka ruang kepada
bakat muda untuk menyampaikan perspektif baharu mengenai sektor pertanian dan
keterjaminan makanan. Dengan sektor pertanian kini semakin dilihat sebagai bidang yang berpotensi, kami percaya inisiatif ini dapat memupuk minat generasi muda terhadap kewartawanan, sekali gus membawa sudut pandang baharu dalam mengangkat kepentingan sektor agromakanan negara,” tambah beliau.
2. ANUGERAH MEDIA CETAK & PORTAL BERITA - BERITA
TEMPAT PERTAMA
Mohd Alhafiz Bin Ithnin (Harian Metro)
Kerah Kudrat Ubah Nasib
TEMPAT KEDUA
Ahmad Mukhsein Bin Mukhtar (News Strait Times)
Dari Import ke Inovasi: Memperkasa Bekalan Anak Pokok Tempatan
TEMPAT KETIGA
Nurul Huda Hussain, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor, Siti Zubaidah Zakaraya, Nurul Hidayah Hamid
(Sinar Harian)
Baja Lewat, Negara Rugi Jutaan Ringgit
3. ANUGERAH MEDIA CETAK & PORTAL BERITA - RENCANA
TEMPAT PERTAMA
Chong Chuan Ying, Ho Hwa Kiong (Sin Chew Daily)
Siapa Akan Mengusahakan Sawah Esok
TEMPAT KEDUA
Nurul Isnaini binti Mohd Muslim (BERNAMA)
Genetics to Ensure Food Security Series
TEMPAT KETIGA
Kalsum Binti Mohammadin (Suara Sarawak)
Siri 1: Pertanian Lestari Masa Depan Sarawak; Berbakti Kepada Tanah; Lada Lestari Ulu Katibas
Siri 2: Padi Lestari S.R.I Ba’kelalan; Gabungan Tradisi Dan Inovasi
Siri 3: Menyemai Pendidikan Lestari; Lahir Generasi Agro Gemilang
Siri 4: Sentuhan Kerajaan Rancakkan Ekonomi Lestari Sarawak
Siri 5: Wwf, Mpb Pacu Pertanian Mampan
4. ANUGERAH MEDIA PENYIARAN TELEVISYEN & VIDEO DALAM TALIAN - BERITA
TEMPAT PERTAMA
Muhammad Hafeezzur Rahman Bin Muzamir, Nur Azmina Syafiqah Binti Dolhan, Azmeerul Ahmad Bin
Rashid Ahmad (TV Sarawak)
Siri 1: Emas Hitam, Pengikat Kehidupan
Siri 2: Emas Hitam: Dari Kebun Ke Pasaran Dunia
TEMPAT KEDUA
Febbright Ansie Anak James @ Tuba, Abdul Aziz Bin Soleh (TVS)
Sagu Sarawak: Dari Bumi Kenyalang Ke Pentas Dunia
TEMPAT KETIGA
Kong Keng Chung, Teo Chong Chiek (8TV)
Chronicles Of The Equatorial Coconut Groves
Majlis Anugerah Media Agrobank 2026 telah berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala
Lumpur dan diserikan dengan kehadiran YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri
Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Anugerah Media Agrobank ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Agrobank untuk memperkukuh komunikasi awam mengenai peranan institusi kewangan
pembangunan dalam menyokong sektor pertanian.
5. ANUGERAH MEDIA PENYIARAN TELEVISYEN & VIDEO DALAM TALIAN – DOKUMENTARI
TEMPAT PERTAMA
Rozihan Binti Mohd Raji (RTM)
Dokumentari Dia: Shahrizal Denci
TEMPAT KEDUA
Wahidah Binti Abdullah@Nadus, Baharulah Bin Baba (RTM Sabah)
Berbudi Pada Tanah....Onsoi
TEMPAT KETIGA
Ahmad Muies Bin Abdul Gapar (RTM)
Agrotek - Agro Bayu
6. ANUGERAH MEDIA RADIO
TEMPAT PERTAMA
Wan Nadia Khairani Wan Chik (BERNAMA Radio)
‘Dari Makmal Ke Meja Makan: Menyingkap Isu Halal, Potensi Dan Cabaran Inovasi Daging Kultur'
TEMPAT KEDUA
Nor Ain Binti Abu Bakar (RTM Perak)
Keterjaminan Makanan: Dari Ladang ke Sekuriti Makanan
TEMPAT KETIGA
Noor Sharidah Binti Shaffie (RTM Perak)
Di Sebalik Polibeg : Kisah Ketabahan Petani Muda
7. ANUGERAH KEWARTAWANAN TEKNOLOGI & DIGITAL AGROBANK
TEMPAT PERTAMA
Haniza Mohamed Hanippon (RTM)
Episod 9: Kehebatan Mekgeopadi
TEMPAT KEDUA
Muhammad Basir Roslan (BERNAMA)
Benteng Awal Keselamatan Makanan: Vaksin Tempatan Yang Mengubah Industri Ayam Negara
TEMPAT KETIGA
Muhammad Farid Bin Ahmad Tarmiji (KOSMO!)
Reban tertutup UPM pembekal telur.
Melalui liputan media yang berkesan, mesej berkaitan akses pembiayaan, pembangunan usahawan tani,keterangkuman kewangan, inovasi pertanian danketerjaminan makanan dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada masyarakat Malaysia.
###
MENGENAI AGROBANK
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk menguku hkan sektor pertanian. Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersi alnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dilaksanakan menerusi 207 rangkaiannya yang merangkumi 140 cawangan dan 67 rangkaian perbankan yang lain. Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.
*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk mena mbah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.
Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan atau jenayah kewangan, segera hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1 -300-88-2476 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (PRSK) di talian 997.
Dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Agrobank
0 Comments