FELDA DAN ENCORP JALIN KERJASAMA BAGI PROJEK PERUMAHAN KAKITANGAN


KUALA LUMPUR, JUMAAT, 5 JUN 2026 — Encorp Berhad (ENCORP), sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang terlibat dalam sektor pembinaan, pelaburan hartanah dan pengurusan fasiliti, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan perumahan kakitangan FELDA

Majlis berlangsung di Menara FELDA di mana MoU ditandatangani oleh Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, Pengarah Besar FELDA, dan Encik Ahmad Harzimi bin Mohd Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENCORP, serta turut disaksikan oleh Dato’ Sri Anmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA dan Encik Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, Pengerusi ENCORP. 

Menerusi kerjasama ini, ENCORP akan dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina projek tersebut, tertakluk kepada kelulusan dan perjanjian muktamad keduadua pihak. Langkah ini membuktikan komitmen FELDA dalam mengutamakan kebajikan warga kerjanya melalui penyediaan kediaman yang selesa, praktikal dan kondusif, sekali gus menyokong kesejahteraan dan produktiviti harian kakitangan serta memperkukuh infrastruktur sosial. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENCORP, Encik Ahmad Harzimi bin Mohd Taib, “Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menyumbang kepakaran dalam aspek pembinaan untuk pembangunan FELDA dan amat komited untuk menyediakan kediaman yang moden, terancang dan berkualiti demi kesejahteraan warga kerja FELDA.” 

Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada rekod prestasi ENCORP dalam projek berkualiti menerusi anak syarikatnya, Encorp Development Sdn Bhd setelah berjaya menyiapkan Fasa 1 Lamanda Chuping pada tahun 2024, yang menyediakan 224 unit kediaman kos rendah dan sederhana untuk warga peneroka dan generasi FELDA serta 17 unit komersial.

Melalui portfolio sedia ada seperti Tilia Shah Alam, perancangan fasa seterusnya bagi Lamanda Chuping, serta pengukuhan segmen pelaburan hartanah, ENCORP menyasarkan untuk membawa standard yang sama ke dalam inisiatif ini bagi menyediakan ruang kediaman untuk warga kerja FELDA

###

Mengenai Encorp Berhad (ENCORP)
Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia (Kod Saham: ENCORP/6076), ENCORP merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam tiga perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pembinaan. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ENCORP di www.encorp.com.my atau ikuti kami di Facebook di @encorpbhd 

Post a Comment

0 Comments