PAPUH ANJUR PROMOSI KARNIVAL PELANCONGAN ISLAM PAPUH MUSLIM TRAVEL FAIR 2026 YANG TERBESAR DI SELANGOR

PLATFORM TERBESAR PELANCONGAN MESRA MUSLIM BAGI MEMPERKASA | PELANCONGAN SAH DAN MELINDUNG! PENGGUNA NDUSTRI 

SHAH ALAM, 10 JUN 2026 - Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) akan menganjurkan Karnival Pelancongan Islam PAPUH Muslim Travel Fair 2026 pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam. 

Penganjuran karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mendapatkan perkhidmatan pelancongan, Umrah dan Haji daripada syarikat pelancongan yang berdaftar, berlesen dan sah di sisi undang-undang. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes penipuan pakej pelancongan dan umrah terus dilaporkan, melibatkan kerugian jutaan nnggit serta menjejaskan impian ramai rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah dan melancong dengan selamat. 

Selain menawarkan pelbagai pakej umrah, haji, pelancongan domestik dan antarabangsa, karnival ini turut menyediakan sesi perkongsian ilmu, konsultasi pelancongan, promosi istimewa serta peluang kepada pengguna untuk memahami hak mereka sebagai pelanggan. 

Majlis pelancaran dan sidang media ini telah dihadiri oleh Dato’ Sri Haji Razali bin Mohd Sham, Presiden PAPUH merangkap Pengerusi Kamival Pelancongan Islam PAPUH Muslim Travel Fair 2026, bersama Tuan Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan, Naib Presiden PAPUH (Kebajikan & Keusahawanan) merangkap Timbalan Pengerusi Kamival, serta Encik Hafeezuddin Abdul Razak, Pengurus Besar PAPUH Sdn. Bhd. merangkap Ketua Sekretariat Karnival

Menurut Dato’ Sri Haji Razali, “Karnival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga satu usaha pendidikan kepada masyarakat. Kami mahu Pengguna lebih peka dalam memilih agensi pelancongan yang berlesen dan berdaftar bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan yang semakin berieluasa.” 


Beliau turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati terhad murah dan tidak munasabah. “Dalam keadaan kos operasi industri pelancong yang terus meningkat termasuk kos hotel, bahan api, tiket penerbangan dan kos berkaitan lain, pengguna perlu lebih berhati-hati dengan tawaran pakej yang terlalu murah. Jika harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa, pengguna perlu membuat senakan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran".


Selain itu, penganjuran kamival ini juga bertujuan memperkukuhkan ekosistem pelancongan Islam dan pelancongan mesra Muslim di Malaysia, selain menyediakan platform terbaik kepada pemain industri untuk mempromosikan produk, perkhidmatan serta destinasi pelancongan dalam dan luar negara kepada masyarakat umum. 

Menurut beliau lagi, karnival ini dijangka menjadi antara acara pelancongan Islam terbesar di Selangor yang Menghimpunken agensi pelancongan, pengendali umrah dan haji, syarikat penerbangan, pengusaha hotel, institusi kewangan Islam, penyedia teknologi pelancongan serta pelbagai pihak berkepentingan dalam industri. 

Sepanjang tiga (3) hari penganjuran, pengunjung akan berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran istimewa pakej umrah, pelancongan Islamik dan destinasi pelancongan menarik, selain menyertai sesi perkongsian ilmu, forum industri, promosi eksklusif serta aktiviti interaktif yang disediakan oleh para peserta pameran. 


Pusat Sehenti Industri Pelancongan Islam 

Pada kamival ini, penglibatan bersepadu pelbagai jabatan kerajaan, agensi berkaitan pelancongan, syarikat penerbangan, institusi kewangan Islam serta syarikat swasta merupakan antara komponen utama yang akan memberikan nilai tambah kepada pengunjung. 

Melalui penyertaan pelbagai pihak ini, selain berpeluang mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelancongan mesra Muslim, pakej umrah dan haji, perkhidmatan pelancongan antarabangsa, orang ramai juga berpeluang mendapatkan makiumat berkaitan perlindungan takaful, kemudahan pembiayaan serta pelbagai khidmat nasihat berkaitan industri pelancongan Islam di bawah satu (1) bumbung. 

Karnival ini bukan sahaja menjadi platform promosi dan pemasaran bagi pemain industri, malah berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang memudahkan pengunjung membuat perbandingan, mendapatkan konsultasi terus daripada pakar industri serta merancang perjalanan mereka dengan lebih yakin dan teratur. 

Pendekatan ini turut memperkukuhkan hubungan antara sektor awam dan swasta dalam usaha memajukan ekosistem pelancongan Islam serta memperluaskan akses masyarakat kepada perkhidmatan yang berkualiti dan diyakini. 


“Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 100 syarikat dan organisasi yang mewakili pelbagai segmen industri pelancongan, umrah dan haji, serta menjangkakan kehadiran ribuan pengunjung dari seluruh negara sepanjang tiga hari penganjuran. Sasaran ini mencerminkan keyakinan industri terhadap potensi karnival ini sebagai platform utama dalam memperkukuh jaringan perniagaan, memperluaskan pasaran serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap perkhidmatan pelancongan yang sah, berlesen dan berkualiti.

Karnival kali ini menyasarkan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk bakal jemaah umrah dan haji, keluarga Muslim, pencinta pelancongan, golongan profesional, penjawat awam, usahawan, pelajar institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan pelancongan Islam dan destinasi mesra Muslim. 

Selain itu, karnival ini turut menyasarkan penglibatan pemain industri pelancongan, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, institusi kewangan Islam, pengusaha hotel, penggiat teknologi pelancongan dan rakan strategik industri sebagai platform jaringan pemiagaan (business matching) dan pembangunan industri. Dengan lokasi strategik di Kompleks PKNS Shah Alam, pihak penganjur menjangkakan kehadiran pengunjung dari seluruh Selangor, Lembah Klang serta negeri-negeri berhampiran sepanjang tempoh penganjuran. 


Konsep Karnival Dekat Dengan Pengguna 

Berbeza dengan penganjuran karnival sebelum ini yang diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang, edisi kali ini tampil dengan konsep yang lebih dekat dengan masyarakat melalui penganjuran di Kompleks PKNS Shah Alam. Pendekatan ‘Travel Fair Dalam Pusat Membeli-belah' ini membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat, promosi dan khidmat konsultasi pelancongan secara lebih mudah dan santai, sekali gus meningkatkan aksesibiliti serta penyertaan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. 

Pemilihan Kompleks PKNS Shah Alam sebagai lokasi penganjuran pertama adalah sejajar dengan matlamat PAPUH untuk mendekatkan industri pelancongan kepada pengguna melalui lokasi yang menjadi tumpuan harian pengunjung dan keluarga. 


Konsep ini membolehkan para peserta pameran berinteraksi secara terus dengan pengguna, sekali gus meningkatkan kesedaran serta keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan yang di yang ditawarkan

Penganjuran di Shah Alam ini juga merupakan permulaan kepada siri jelajah nasional PAPUH Muslim Travel Fair Roadshow yang akan diperluaskan ke beberapa pusat membeli-belah utama di seluruh negara selepas tamat program di Selangor. 


Antara negeri yang telah dikenal pasti untuk siri jelajah seterusnya ialah Johor, Melaka, Perak, Kedah, (Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak, dengan objektif untuk memperluaskan capaian industri pelancongan Islam kepada masyarakat di setiap wilayah. 

Menurut PAPUH, pendekatan ini akan mewujudkan satu ekosistem pemasaran yang lebih efektif dan berterusan kepada penggiat industri pelancongan, selain memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan makiumat terkini, pakej promosi khas serta berinteraksi secara langsung dengan syarikat-syarikat pelancongan yang sah dan berdaftar. 

Pendekatan ini juga diyakini mampu memperkukuhkan hubungan antara industri dan pengguna, selain menjadikan maklumat berkaitan umrah, haji dan pelancongan Isiam lebih mudah diakses oleh masyarakat setempat. 

###

Tentang PAPUH Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) merupakan sebuah persatuan yang mewakili penggiat industri pelancongan Islam, umrah dan haji di Malaysia. PAPUH komited dalam memperkukuhkan profesionalisme industri, melindungi kepentingan pengguna serta mempromosikan amalan perniagaan yang beretika dan berintegriti. 

《Maklumat & Pertanyaan Karnival Pelancongan Islam PAPUH Muslim Travel Fair 2026》

Post a Comment

0 Comments