"Rindu Peminat di Brunei, Dato' Khatijah Ibrahim Kembali Temui Peminat Sempena Brunei Consumer Fair & Trade Expo 2026"


Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, 25 Jun 2026 – Selepas sekian lama tidak bertemu, Penyanyi, Pelakon dan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia, Dato' Khatijah Ibrahim, akhirnya kembali menemui peminat di Brunei menerusi sesi Meet & Greet sempena Brunei Consumer Fair & Trade Expo 2026 yang berlansung pada 24 sehingga 28 Jun 2026 , sambil memperkenalkan produk keluarannya, Sos Cili Pedas IBU.

Penyertaan ini merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan jenama tempatan Malaysia di pasaran Brunei, selain memberi peluang kepada peminat untuk bertemu secara dekat dengan figura seni yang telah mewarnai industri hiburan selama lebih empat (4) dekad.

Sepanjang ekspo berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi bertemu mesra bersama Dato' Khatijah Ibrahim, bergambar, mendapatkan autograf serta mencuba sendiri keenakan Sos Cili Pedas IBU, yang terkenal dengan rasa pedas, seimbang dan sesuai dinikmati bersama pelbagai jenis hidangan.


Menurut Dato' Khatijah Ibrahim, kunjungan kali ini amat bermakna kerana beliau sudah lama merindui peminat di Brunei yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan seninya.

"Saya benar-benar rindu untuk bertemu peminat di Brunei. Sudah lama kita tidak berjumpa dan saya sangat teruja akhirnya dapat kembali ke sini. Sokongan peminat Brunei sentiasa dekat di hati saya. Pada masa yang sama, saya juga ingin memperkenalkan Sos Cili Pedas IBU yang kini telah berada di lebih 70 pasaraya dan kedai di Brunei dan berharap produk buatan Malaysia ini akan terus diterima baik oleh masyarakat di sini, " katanya.

Sos Cili Pedas IBU merupakan produk keluaran IBU Heritage Sdn. Bhd. yang dihasilkan menggunakan ramuan berkualiti tinggi dengan cita rasa asli Malaysia. Produk ini kini semakin mendapat sambutan di Malaysia dan Brunei serta terus memperluaskan rangkaian pengedarannya di kedua-dua negara.


Orang ramai dijemput mengunjungi Brunei Consumer Fair & Trade Expo 2026 untuk bertemu sendiri Dato' Khatijah Ibrahim, menikmati promosi eksklusif serta merasai pengalaman mencuba produk Sos Cili Pedas IBU.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen IBU Heritage Sdn. Bhd. dalam memperkenalkan produk tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa, di samping mengukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Brunei melalui industri makanan, keusahawanan dan seni.

Mengenai IBU Heritage Sdn. Bhd.

IBU Heritage Sdn. Bhd. merupakan syarikat makanan dan minuman tempatan yang menghasilkan pelbagai produk berasaskan resipi asli Malaysia. Produk utamanya, Sos Cili Pedas IBU, dihasilkan dengan penekanan terhadap kualiti, rasa premium dan kepuasan pengguna, serta kini sedang berkembang ke pasaran serantau

Post a Comment

0 Comments