SEJARAH SULUNG BAKAL TERCIPTA BERSAMA MUS, JO, BLACK & EDDIE IN| BABAK PENTING BIRU MATA HITAMKU - 30 TAHUN ANNIVERSARY


KUALA LUMPUR, 29 Jun 2026 - Tidak boleh dinafikan kumpulan Wings cukup dikenali dengan nama-nama anggota yang gah dan cukup dekat di hati para peminat . Namun sejarah juga tercatat bahawa kumpulan ini melewati fasa-fasa seperti kugiran dunia iaitu bertukar anggota ; dan itu bukan senario yang luar biasa. 

Hal yang menjadi luar biasa adalah tukar ganti anggota terutama dalam kes Wings telah meninggalkan kesan dan impak yang cukup besar. Salah satunya sewaktu vokalis utama Wings diterajui oleh Mus. Mus yang merupakan anggota May mencetuskan fenomena tersendiri dalam Wings lewat genre rock dan heavy metal mereka. 

Bersama Mus, JoBranko, Black dan Eddie memulai bab kedua dalam babak muzik Wings. Wings kembali ‘berkepak’ dengan album diberi judul Biru Mata Hitamku yang juga merupakan album studio pertama Mus bersama JoBranko, Black dan Eddie. 

Biru Mata Hitamku kini sudah berusia 30 tahun sejak pertama kali dipasarkan pada 1996. Dan merayakan ulang tahun ke-30 Biru Mata Hitamku, kejayaan karya di dalam album ini mahu dihidupkan semula. Karya-karya yang pernah menjadi penawar dan pengisi dahaga peminat akan diperdengarkan secara langsung dalam sebuah konsert berskala besar. 

Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary. Begitu nama konsert yang dijadual berlangsung pada 5 September 2026 di Mega Star Arena Kuala Lumpur dibawakan oleh Icon Entertainment. 

Konsert Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary juga bakal menyaksikan persembahan secara langsung selama tiga dekad yang ditunggu oleh peminat. Biru Mata Hitamku -30 Tahun Anniversary bakal menjadi malam penuh ‘Enigma’ yang merupakan ‘Idaman’ semua. 

“Wings melalui album Biru Mata Hitamku membuktikan jangka hayat sesebuah kugiran bukan bergantung semata-mata kepada vokalis atau anggotra lain yang silih berganti. 

“Tapi ia tentang karya berkualiti dan mengekal atau menaikkan piawaian mereka. Itu yang Wings lakukan menerusi album Biru Mata Hitamku. 

“Album Biru Mata Hitamku mungkin under rated tapi jangan dilupa, album ini memiliki lagu-lagu berkualiti yang telah dihidupkan dengan cara rersendiri Mus bersama JoBranko, Eddie dan Black. 

“Biru Mata Hitamku juga pernah menjadi finalis dalam Juara Lagu. Maka Icon Entertainment dengan bangga menganjurkan Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary pada 5 September 2026 di Mega Star Arena Kuala Lumpur untuk memanjangkan sejarah dan menunjukkan kualiti karya Wings yang bukan bergantung kepada anggota semata-mata tapi bagaimana pada waktu berdepan konfilik, seseorang atau sesebuah kugiran boleh bangkit semula dalam babak yang lebih baik,” ujar pengasas Icon Entertainment, Iman Tang. 

Bagi JoBranko, Biru Mata Hitamku yang dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996 (AIM 96) merupakan salah satu babak penting Wings dalam perjalanan karier mereka. Dan karya-karya dalam Biru Mata Hitamku layak dirayakan sempena 30 tahun perjalanan pada 5 September 2026 di Mega Star Arena. 

“Biru Mata Hitamku mungkin hanya sebuah album yang dikerjakan Wings bersama Mus tetapi lagu ini telah menjadi salah sebuah lagu ikonik kami. Malah lagu-lagu lain dalam album ini seperti Makam Kekasih, Jika Kau Tahu dan Enigma juga menjadi kegemaran peminat. 

“Maka sempena 30 tahun kelahirannya, Biru Mata Hitamku layak dirayakan dalam sebuah keraian ulang tahun. Dan tidak ada perayaan yang lebih baik selain daripada keraian bersama. Sampai jumpa di Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary pada 5 September 2026 di Megastar Arena,” ujar JoBranko. 

Kelak pada malam penuh bersejarah itu, Icon Entertainment tidak akan ‘menekannekan’ peminat dengan tema yang di luar kotak. Hanya hitam di malam yang ‘biru’ itu nanti. 

“Cukup hitam pada satu malam penuh bersejarah di Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary pada 5 September di Mega Star Arena nanti,” kata Iman lagi. 

Tiket-tiket dengan harga IDAMAN (RM228), MR BARBARIK (RM338), JIKA KAU TAHU (RM368), ENIGMA (RM418), GRAND VIP (RM1,500) boleh dibeli menerusi ticket2u.com/birumatahitamku. 

Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary bakal mengisi ‘Satu Titik Kosong’ yang pernah hilang dan didambakan peminat yang sekian lama menanti ia dipersembahkan secara langsung. 

Maka inilah satu malam eksklusif untuk anda ber-‘Asmara’ dan ‘Jalan-Jalan’ bersama Mus, JoBranko, Black serta Eddie dalam Biru Mata Hitamku - 30 Tahun Anniversary. la akan menjadi malam eksklusif yang lebih ‘meletus’ dari ‘Gegar Gunung Gemora’, 


INFORMASI 

ACARA: BIRU MATA HITAMKU - 30 TAHUN ANNIVERSARY ARTIS: MUS, JOBRANKO, EDDIE, BLACK 
TARIKH: 5 SEPTEMBER 2026 
LOKASI: MEGASTAR ARENA KUALA LUMPUR 
MASA: 8.30 MALAM 

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT 

HARGA TIKET: IDAMAN (RM228), MR BARBARIK (RM338), JIKA KAU TAHU (RM368), ENIGMA (RM418), GRAND VIP (RM1,500).


PEMBELIAN TIKET: TICKET2U.COM/BIRUMATAHITAMKU 

RAKAN STRATEGIK

RADIO RASMI: ERA, SINAR, THR GEGAR MEDIA DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK 
MEDIA: KAYPOH, THE NEWS 

Post a Comment

0 Comments